BAB 4

Family Completed 7308

“Kak Zah, hari ni Qas minta cuti ya. Qas tak berapa sihat. Dan tentang minit mensyuarat tu, nanti Qas emel pada Kak Zah ya.”

“Ouh yalah. Tak apalah kalau macam tu. Qas rehat la ya. Nanti dah sihat, Qas naik kerja tau. Qas jangan lupa emel kak ya pasal minit mensyuarat tu. Nanti bising pulak Dato’ tu.”

“Ya kak. Kak jangan risau eh. Assalamualaikum.” akhirnya dia akui kelemahan diri. Dia cuba gagahkan diri untuk bangun dan bersiap untuk ke pejabat tetapi dia gagal. Semakin lama semakin teruk rasanya. Dia mengalah. Dia perlu berjumpa dengan Ju. Dia telah menelefon Ju untuk datang ke kondonya. Nasib baik hari ini hari cuti untuk Ju jadi dia tidaklah keberatan sangat untuk meminta adik angkatnya itu untuk datang ke rumah.

Ding dong! Itu pasti Ju. Akhirnya Qas gagahkan diri untuk bangun dari katil dan berlalu keluar. Sampai di muka pintu, dia terus menjemput Ju untuk masuk.

“Ju duduk dulu ya. Kak nak buat air kejap dekat dapur.”

Ju memaling muka ke kakaknya seraya mengangguk. Dia cukup mengagumi kakak angkatnya. Walaupun tinggal seorang diri, dia masih mampu menghias rumahnya ini. Cantik, pujinya di dalam hati.

“Ju, jemputlah minum. Air bujang aje.”

“Terima kasih, kak.” Dia mencapai jus oren itu lalu disuakan ke bibir sedangkan mata masih tidak lepas memandang di segenap penjuru rumah kakaknya ini. Beruntung siapa dapat Kak Ina. Dahlah cantik, bekerjaya, pandai mengemas, dan pandai memasak pula tu.

“Kak Ina macam mana sekarang? Semakin sihat?”

“Entahlah Ju. Kak Ina tak tahu nak cakap macam mana. Sebenarnya, Kak Ina dah hampir seminggu tak masuk pejabat. Badan Kak Ina rasa letih dan tidak berdaya. Kak Cuma mampu baring dan bangun hanya apabila perlu sahaja. Nak makan pun dah tak berselera.”

“Kak Ina ada skip makan ubat tak?”

“Hm ada jugak.”

“Selalu ke Kak Ina skip?”

Qas seraya mengangguk. Dia memang kerap tidak makan ubat. Sejak kecil lagi dia memang tidak suka makan ubat.

“Dari segi pemerhatian Ju dan disiplin Kak Ina, sakit kak ni dah semakin teruk. Kak pernah mempelajari serba sedikit tentang sakit SLE ni?

Qas lantas menggeleng. Dengan keadaannya yang sakit dan kerja yang menimbun, dia benar-benar tiada kesempatan untuk mengkaji tentang sakitnya.

“Kak, Ju pernah bagitahu kak kan bahawa penyakit kak ni bergantung sepenuhnya kepada ubat. Kalau kak selalu skip ubat, macam mana nak ada perubahan? Kalau kak selalu skip ubat, maknanya kak mesti skip ubat yang wajib dimakan, kan? Kak tak boleh berterusan macam ini.”

“Kalau Kak Ina nak tahu, apabila kak berhenti atau skip mengambil ubat, semakin banyak sel badan kak yang akan rosak. Dan mungkin juga akan merebak. Sekaligus, kak akan sentiasa rasa keletihan dan penat. Kak perasan tak yang tangan kak ni dah keluar tompok-tompok merah? Ini juga antara tanda-tanda pesakit mengalami penyakit SLE. Penurunan berat badan dan demam juga tanda-tanda penyakit SLE. Kak, saya nasihatkan supaya kak jangan skip atau berhenti makan ubat.

Sekarang ni hidup kak bergantung pada ubat sahaja!” tambah Ju. Dia geram dengan kakak angkatnya ni. Dia tahu dan cukup kenal dengan sikap degil Kak Ina tetapi dalam hal seperti ini, dia perlu buang sikap degilnya itu demi hidupnya juga.

“Ju, apa yang akan terjadi kalau Kak Ina terus-terusan tidak mengambil ubat?” tanya Qas untuk kepastian. Tiba-tiba, dia berasa takut apabila mendengar penjelasan adik angkatnya itu.

“Kemungkinan, kak berada di tahap kritikal. Seseorang pesakit SLE yang mencapai tahap kritikal mungkin tiada peluang untuk hidup. Ini kerana sel-sel yang rosak itu telah merebak pada organ-organ seperti jantung dan peparu.” terang Ju.

Qas berasa sebak mendengar keterangan itu. Air mata mula bertakung di tubir matanya. Hanya tunggu masa untuk mencurah ke bumi. Sungguh besar ujianMu, Ya Allah.

“Nanti Kak Ina datang klinik saya ya. Kita akan buat pemeriksaan lebih lanjut. Hm… Ju tak boleh lama ni. Ju ada janji dengan kawan petang ni. Ju balik dulu ya Kak Ina.” pinta Ju kepada kakaknya. Dia perlu segera pergi kerana pasti kakaknya ingin berseorangan.

Qas lantas bangun dan menghantar Ju di muka pintu. “Terima kasih ya, Ju”

“Sama-sama. Kak Ina bawa bersabar ya. Kak Ina jaga diri tau” Ju pun berlalu pergi dengan rasa bersalah dan sedih yang bercampur aduk. ‘Semoga Kak Ina tabah menghadapi semua ini.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience