BAB 8

Family Completed 7308

‘Jika ini yang dikatakan derita, biarlah ia menjadi derita yang terakhir buatku. Jika selepas ini kebahagiaan yang datang kepadaku, tak akan sekali aku menolaknya pergi. Tetapi, andai kata aku perlu menderita sekali lagi, aku rela Engkau mengambil aku dari duniaMu ini, ya Allah. Dan aku hanya mahukan kebahagiaan di sana.’ Qas segera tersedar dari lamunannya apabila terdengar bunyi pintu dikuak dari luar. Terpacul wajah-wajah kesayangannya. Wajah yang sentiasa menemaninya dengan gelak tawa. Tetapi, kini wajah-wajah itu tampak kesedihan seolah-olah baru sahaja lepas menangis.

Puan Hannan terus sahaja masuk dan mendapatkan anaknya. Dia mendakap tubuh anaknya. Sungguh, dia berasa sedih. Hanya Qasrina sahaja yang dia ada. Dia tidak mempunyai anak lain. Ini sahajalah harta peninggalan arwah suami buat dia. ‘Dulu, babah pergi tinggalkan ibu. Sekarang Qas pun nak tinggalkan ibu ke?’ soalan yang hanya mampu diluah di dalam hati. Tak mampu untuk dia luahkan di hadapan Qasrina. Kerongkongnya berasa tersekat untuk menyuarakan soalan itu.

Hati ibu mana yang tidak sedih apabila terpaksa menerima kenyataan sebegitu rupa. “Ya Allah, tabahnya hati anakku ini. Engkau lihatlah wajah sugulnya. Dia masih mampu tersenyum walaupun dalam keadaan sebegini rupa.’ bisik hati Puan Hannan seraya meleraikan pelukannya itu.

“Kak Ina rasa macam mana sekarang? Okay?” Ju cuba untuk mengelakkan suasana menjadi semakin hiba. Dia perlu menceriakan suasanan ini. Dia perlu melakukan sesuatu supaya Kak Ina tersenyum bahagia sebelum dia pergi. Pergi meninggalkan kami semua.

Qas lantas mengangguk dan tersenyum memandang adik angkatnya yang satu itu. Adik yang bibirnya tidak pernah lekang dengan nasihat dan senyuman. Kelihatan terlalu cantik juga apabila dia tersenyum sehingga menampakkan dua lesung pipitnya di belah kanan dan kiri pipinya itu.

“Ila, kau apa khabar? Dah lama tak jumpa kau. Sibuk memanjang aje kau ni kan?” Qas cuba mengajak sahabatnya berbual kerana sedari tadi, Suhaila membatukan diri di sisi katilnya. ‘Maafkan aku, Ila’

“Eh aku… aku biasa-biasa je. Kau ni apa pasal? Dapat-dapat berita je, masuk hospital. Kau ni kerja kuat sangat ni.” Ila turut cuba menceriakan suasana. Dia perlu kuat demi Qas.

“Takde apalah. Aku cuma tak berapa sihat sangat dua tiga hari ni. Jangan risau ya.”

Tiba-tiba, pintu dikuak dari luar. Doktor Syam masuk dengan wajah yang sangat tenang. “Maaf kerana mengganggu tetapi saya ada beberapa perkara yang ingin dibincangkan dengan Cik Qasrina dan Doktor Julia.”

“Ouh baiklah doktor. Makcik, mari kita ke surau ya. Kita solat asar dahulu. Qas, aku keluar sekejap ya. Nanti aku datang semula.”

“Yalah. Kau tengok-tengokkan ibu ya.” pinta Qas dengan rasa berat hati. Sungguh, di saat-saat genting ini dia hanya mahu berada di samping yang tersayang sahaja. Dia menghantar ibu dan Ila hingga ke muka pintu dengan pandangan yang sayu. Dia kembali memberi fokus kepada Doktor Syam.

“Cik Qasrina, saya minta maaf kalau apa yang ingin saya sampaikan ini mungkin merosakkan mood cik Qas.” Dia berjeda sebentar.

“Tak apa. Apa yang doktor nak sampaikan. Cakap sajalah.”

“Begini cik Qasrina. Setelah saya mengkaji serba sedikit tentang apa yang cik Qas alami ini, terdapat beberapa organ dalaman cik Qas yang telah rosak. Dan disebabkan itu, peluang… peluang untuk cik Qas teruskan hidup semakin tipis.”

“Ada tak apa-apa inisiatif untuk cik Qas meneruskan hidupnya?” celah Doktor Julia. Sungguh dia tidak tega melihat nasib kakaknya menjadi sebegini rupa.

Pantas Doktor Syam menggeleng. Dia sendiri berasa tidak percaya dengan keputusan ujikaji yang dilakukannya. Keputusannya menunjukkan negatif. Tetapi apabila dia memandang keadaan Qasrina, dia percaya bahawa pesakitnya itu cuba untuk menjadi seorang yang kuat dan tabah. Mungkin juga Qasrina pasrah dengan kehendak Allah. Sebagai hambaNya, kita sewajarnya menerima apa pun yang telah ditetapkan olehNya kerana mungkin ini yang terbaik buat kita. ‘Aku kagum melihat dia yang masih mampu tersenyum walaupun waktunya semakin hampir.’

“Tak apalah, Ju, Doktor Syam. Saya redha dan terima semua ini. Mungkin ini yang terbaik buat saya kan. Saya dah bersedia andai masanya tiba.” ujar Qasrina lantas melemparkan segaris senyuman kepada dua orang doktor dihadapannya ini.

“Ju, Kak Ina nak minta tolong sikit, boleh?”

“Apa dia Kak Ina? InshaAllah, kalau Ju mampu tolong, Ju akan tolong. Kak cakaplah apa dia.”

“Ju tolong jaga ibu untuk Kak Ina ya. Kalau Kak Ina dah tak ada nanti, tengok-tengokkan ibu ya. Jagakan makan pakai dia, kesihatan dia, dan jangan biarkan dia rasa keseorangan. Bolehkan Ju?” lantas dia meraih tangan Ju berharap agar Ju mengerti dengan permintaannya yang satu itu.

Ju hanya mampu mengangguk. Dia tak mampu untuk bersuara. Dia berasa seolah-olah ada sesuatu yang tersekat di kerongkongnya yang menghalang dia untuk berbicara.

“Ju, nanti Ju pergi kondo Kak Ina ya. Ju masuk bilik Kak Ina dan buka laci yang ada dekat meja solek. Dekat dalam laci tu ada kad bank, kad kredit, dan buku bank kepunyaan Kak Ina. Kak Ina nak, Ju ambil semua tu dan berikan pada ibu apabila kak dah tak ada nanti. Kunci kondo dan kereta, Ju ambil ya.” Dia berjeda sebentar untuk melepaskan keluhannya. Sungguh berat rasa hatinya. Dia risau untuk meninggalkan ibunya sendirian.

“Ju juga kena janji dengan Kak Ina ya. Janjiyang Ju akan tunaikan hasrat ibu. Ibu pernah berhasrat untuk ke Mekah. Dan kira-kira Kak Ina, duit yang Kak Ina tinggalkan buat ibu dah lebih dari cukup. Cukup untuk Ju dan ibu gunakan ketika pergi menunaikan umrah. Ju temankan ibu ya nanti.” pohon Qas. Dia tahu Ju akan melaksanakan permintaannya ini.

“Baiklah Kak Ina. Kak jangan risau ya. InshaAllah, Ju akan cuba tunaikan permintaan kak itu. Dah, Kak Ina berehatlah ya. Ju nak pergi surau nak solat asar. Nanti Ju datang semula dengan ibu dan Kak Ila ya.” Dia lantas mencium dahi kakaknya dan menggenggam erat tangan kakaknya untuk memberi sedikit kekuatan supaya Kak Ina terus kuat meneruskan hidup.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience