BAB 6

Family Completed 7308

Meriah. Itu yang dapat digambarkan apabila melangkahkan kaki ke rumah bangle tiga tingkat ini. Cukup meriah majlis yang diadakan dengan kehadiran sanak-saudara. Lauk yang dimasak oleh khidmat katering cukup menyelerakan. Tetapi, kehadiran Qas ke sini bukan untuk menikmati hidangan.

Dia hadir kerana ingin bertemu empat mata dengan dua mempelai yang diraikan pada hari ini. Kakinya segera dihayunkan ke meja dimana dua mempelai sedang makan beradab. ‘Kamu berdua memang sepadan.’ Semakin dia menghampiri Hazli dan Haiza, semakin kuat pula degupan jantung ini. ‘Ya Tuhan, tabahkanlah hati ini.’

“Abang, itu Qas kan?” soal Haiza. Sungguh dia terkejut apabila melihat susuk tubuh yang menghampiri meja makan mereka. Haiza hampir tidak mengenali Qas. Ya, kerana Qas kelihatan susut dan mukanya yang cengkung membuatkan dia hampir tidak mengenali rakannya.

Hazli mengangkat wajahnya memandang wanita yang berada di hadapannya kini. ‘Qasrina ke ini? Kenapa… kenapa lain benar wajahnya? Sakitkah dia?’ terlalu banyak persoalan yang tak mampu diajukan. Dia sebenarnya berasa takut. Takut kalau-kalau Qas cuba untuk membuat kacau di majlisnya ini.

“Selamat pengantin baru Haz, Haiza.” Qas menghulurkan sebungkus hadiah dan salam kepada Haiza. Sakit. Sakit melihat mereka berdua. Tapi, apakan daya kerana dia yang merelakan keadaan menjadi sebegini rupa.

Haiza hanya tersenyum biasa seraya membalas salam rakannya itu. Sungguh dia rasa bersalah tetapi bukan dia yang meminta semua ini berlaku. Malah, Hazli sendiri yang datang kepadanya dan meyakinkan dia untuk meneruskan perhubungan mereka. “Terima kasih, Qas. Terima kasih sebab kau sudi hadir ke majlis aku ini. Dan… terima kasih kerana kau merelakan kami mengecapi kebahagiaan ini.” lantas Haiza mendakap tubuh Qasrina. Sedih dan bersalah. Dua perasaan yang bercampur menjadi satu. Akhirnya, air mata yang berjuraian ke bumi. ‘Maafkan aku, Qas.’

Qas cepat-cepat meleraikan pelukan itu. Dia malu. Malu kerana orang sekeliling mula memerhatikan mereka. “Aku doakan kau dan dia bahagia. Jaga dia baik-baik ya.” Sedari sejak dia datang, Hazli hanya diam membatu dan memaling muka ke lain. ‘Dia benar-benar tidak sudi untuk memandang aku kan?’

“Tak apalah. Aku kena pergi. Korang jaga diri baik-baik ya. Aku balik dulu ya, Za.” lantas dia berpaling dan melangkah kaki untuk pergi.

Kini, dia dapat rasakan betapa sakitnya rasa di hati ini. Tetapi, dia akan cuba untuk mengikhlaskan semua ini. ‘Aku buat semua ini sebab aku nak tengok dia bahagia. Bahagia dengan wanita benar-benar menyayangi dan mencintai dia. Haiza ialah pilihan yang tepat.

Dia mampu menjaga kau, Haz’ bisik hati kecil Qas seraya air matanya mengalir di pipi putih mulus miliknya. “Ya Allah, jika ini yang terbaik dariMu, aku menerimanya dengan hati yang ikhlas. Jika ada yang lebih baik untukku selepas ini, ku sedia menerima ketentuanMu itu dengan hati yang terbuka.” luah Qas dalam keadaan yang tersedu-sedan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience