BAB 2

Family Completed 7308

“ Ju, Kak Ina sakit apa sebenarnya? Sejak-sejak ni, Kak Ina kerap demam dan keletihan. Mulanya, Kak Ina fikir mungkin letih kerana kerja. Tetapi, makin lama rasa makin teruk pula.” ujar Qas.

Julia atau mesra dipanggil Doktor Ju itu diam seribu bahasa. Dia tidak sampai hati untuk memberitahu keputusan uji kaji pesakitnya itu merangkap kakak angkatnya juga. Berat hatinya.

“Kak, Ju harap kak terima semua ini ya. Ini takdir Allah buat kak. Kak kena kuat ya.” serba salah Ju dibuatnya.

“Kenapa ni Ju? Kak Ina tak fahamlah. Sakit Kak Ina ini tak memudaratkan diri kan?” desak Qas mahukan kepastian dari adik angkatnya itu.

“Sebenarnya, Kak Ina mengalami penyakit SLE atau lebih diketahui sebagai Sistematik Lupus Eritematosus. Penyakit ini sering menyerang golongan wanita dan boleh merebak di organ-organ dalaman seseorang pesakit itu. Antara gejala yang menyebabkan seseorang mampu menghadapi penyakit ini adalah seseorang itu akan sering demam, keletihan dan penurunan berat badan.” jelas Ju pada kakak angkatnya itu. Terpancar rasa kecewa di wajah putih mulus kakaknya itu.

Qas tersedar dari lamunanya apabila terdengar deringan telefon menandakan mesej masuk. Ibunya mengirim mesej meminta dia pulang ke rumah keluarga. Sebenarnya Qas sudah lama tidak pulang ke rumah orang tuanya. Rasa bersalah menyelubungi diri apabila terpaksa meninggalkan ibunya sendirian. Babah telah lama meninggal dunia dan Qas pula tidak mempunyai adik-beradik yang lain kerana dia anak tunggal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience