BAB 9

Family Completed 7308

Puan Hannan menguis nasi goreng di pinggannya. Dia tidak berselera untuk menjamah nasi di hadapannya. Minda dan hatinya sering mengenangkan anak gadisnya yang masih terlantar di hospital ini. Sudah tiga hari anaknya berada di situ. Semakin hari keadaan anaknya semakin teruk. Langsung tiada perubahan yang positif.

“Ibu, Kak Ina bu. Kak Ina.”

“Kenapa? Kenapa dengan Kak Ina kamu, Ju?”

“Kak Ina. Kak Ina dah tenat, ibu. Kita pergi tengok dia ya.” Lantas dia mencapai tangan Puan Hannan dan pergi ke wad yang menempatkan Qasrina. Kak Ila dan Doktor Syam telah menemani Kak Ina di dalam wad.

“Ibu. Ibu, maafkan Qas ya. Halalkan segala makan dan minum, air susu yang ibu berikan, kasih sayang yang tidah belah bahagi dan segala yang ibu berikan pada Qas ya” Puan Hannan menggenggam tangan anaknya. Sebak dadanya melihat anaknya seperti ini.

“Ila, kau tengokkan ibu ya. Ju pun tau. Jaga ibu untuk Kak Ina ya.” Dia berasa sesak di dadanya. Saat itu, dia hanya mampu mengucap kalimah Allah sahaja. Doktor Syam segera memeriksa nadi dan denyutan jantung Qasrina.

“Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un….” ucap Doktor Syam. Ya, Qasrina sudah tiada. Qas dah pergi meninggalkan mereka semua di sini. Puan Hannan lantas mengucup dahi anaknya itu dan menarik selimut untuk menutup wajah pucat tidak berdarah itu.

‘Damailah di sana anakku. Biarpun di saat-saat akhir hidupmu kau terpaksa menanggung derita, jadikanlah ia sebagai derita terakhir. Dan ibu akan sentiasa mendoakan mu agar anak ibu ini menemui bahagia di sana.’

Wahai Tuhan, biarkan malam ini aku menangis, menangis mengenang puteri yang pergi dan mengumpul kekuatan menerima ketentuan Illahi ini. Walau perit harus ku gagahkan, sesungguhnya Tuhan telah hentikan deritanya, tiada lagi tangisan dari puteriku, semoga di akhirat sana dia menjadi antara bidadari syurga, menari, menyanyi dan kegirangan di taman Syurga Firdausi. InshaAllah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience