BAB 7

Family Completed 7308

“ Ya Ju. Baiklah, ibu pergi sekarang.” Resah dibuatnya apabila mendapat panggilan daripada Doktor Julia memberitahu bahawa Qasrina baru sahaja dimasukkan hospital. ‘Ya Allah, apa yang berlaku pada anakku? Kau lindungilah dia, Ya Allah.”

Sesampai sahaja Puan Hannan di hospital, dia terus berjumpa dengan Doktor Julia. Dia ingin tahu apa yang terjadi kepada anak gadisnya.

“Ju, kenapa dengan Kak Ina kamu? Apa yang dah jadi Ju?” soal Puan Hannan bertubi-tubi.

“Ibu, ibu sabar ya. Doktor sedang melakukan sedikit pembedahan untuk menyelamatkan Kak Ina.”

“Kenapa? Kenapa kena lakukan pembedahan? Ju, kenapa dengan Kak Ina? Dia sakit apa Ju? Cuba Ju bagitahu ibu. Ibu tak faham apa-apa ni.”

“ Ibu, sebenarnya Kak Ina menghadapi penyakit SLE dan sekarang dia berada di zon kritikal.”

“Dia masih ada peluang untuk hidup kan?” celah Ila, yang ternyata baru sampai dan terdengar penjelasan doktor muda itu.

“Hmm, peluangnya tipis Kak Ila.” lantas Puan Hannan mendakap tubuh kecil molek Ila untuk mencari sedikit kekuatan. Dia merasakan seperti ada batu besar yang jatuh ke atas kepalanya. “Ila, Qas. Qas, anak ibu.” Puan Hannan sudah tidak berdaya lagi lalu dia jatuh terduduk di atas kerusi yang berhampiran.

Ila menemani Puan Hannan. Sungguh, dia sendiri rasa tidak percaya. Baru sahaja sebulan lebih tidak bersua muka dengan sahabatnya itu. Kini, dia menerima berita yang sungguh merentap jiwanya. ‘Qas, ini ke sebabnya kau melepaskan Hazli pergi? Ini ke sebabnya?’ Dia berasa seolah-olah dirinya tidak berguna. Sahabatnya sakit pun, dia tidak tahu. ‘Maafkan aku Qas. Maafkan aku kerana tidak pernah mahu memahami engkau.’

“Doktor Julia, mana ahli keluarga Cik Qasrina?” soal seorang doktor lelaki yang berumur dalam linkungan 30 itu.

“Itu mereka. Doktor Syam, macam mana dengan keadaan Cik Qasrina? Dia baik-baik je kan?”

“Bila-bila masa sahaja dia akan pergi. Masanya terlalu tipis. Saya sarankan kepada awak supaya bawa ahli keluarganya untuk berjumpa dia sebelum terlambat. Apa-apapun, kuatkan hati ya.” Doktor Syam menepuk bahu Julia dan berlalu pergi meninggalkan dia dalam keadaan yang seolah-olah ingin jatuh menyembah bumi. ‘Ju, kau kena kuat. Kau kena kuat demi Kak Ina dan ibu.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience