BAB 3

Family Completed 7308

Dia berasa dirinya semakin lemah dan tidak terdaya lagi. Sepatutnya dia sudah pulang ke kondonya semula untuk menyiapkan segala minit mensyuarat yang perlu dihantar pada hari esok. Tetapi, dia benar-benar keletihan dan tidak terdaya. Ubatnya pula sengaja ditinggalkan di kondo kerana takut kalau-kalau ibunya terjumpa kotak ubat yang penuh dengan segala jenis ubat.

Dia masih teringat tatkala dia pulang ke rumah ibunya itu. Bermacam soalan yang diajukan oleh ibunya dek kerana khuatir apabila melihat wajah anak kesayangan semakin pucat tidak berdarah.

“Qas sayang. Qas okay tak ni? Ibu tengok muka Qas pucat semacam aje. Qas tak sihat ke?” soal Puan Hannan kepada anak tunggalnya. Sungguh, dia amat khuatir dengan keadaan anak tunggalnya ini. ‘Ya Allah, kau jauhkanlah anakku ini daripada sebarang penyakit. Sesungguhnya hanya dia sahaja yang aku ada di dunia ini.’ detik hati Puan Hannan.

“Qas okay je, bu. Mungkin Qas letih sebab banyak kerja dekat pejabat yang perlu disiapkan. Lepas tu, tadi Qas redah jalan jammed lagi. Ibu jangan risau ya. Qas okay je. Qas naik bilik dulu ya. Nak rehat.” pinta Qas dengan nada gembira yang dibuat-buat. ‘Maafkan Qas, ibu. Belum masanya ibu tahu semua ini.’

“Yalah. Qas naik dulu ya. Nanti ibu panggil, kita makan sama-sama. Ibu nak masak lauk kegemaran Qas ya.” ujar Puan Hannan dan terus menghayun kaki ke dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience