BAB 1

Family Completed 7308

“Kalau aku nak tanya boleh?’’

‘’Tanyalah,’’ jawabnya.

‘’ Qas, kenapa kau biarkan saja Hazli tu tinggalkan kau. Dia tunang kau. Dah hampir setahun kau dengan dia bertunang. Lagipun, bulan depan kan kau dan dia nak berkahwin.” bebel Suhaila.

Dia tidak mengerti dengan sahabatnya kini. Selama ini, Qasrina sering mengingatkan dia bahawa sebagai seorang wanita, kita perlu mempertahankan hak kita. Hazli adalah milik Qas yang Qas perlu pertahankan. Tetapi kini, Qas seolah-olah merelakan Hazli pergi meninggalkan dia dan menanggung segunung kekecewaan.

“ Aku tak boleh, Ila. Aku tak mampu. Dia terlalu sayangkan Haiza. Dan, aku tak sanggup nak hancurkan kebahagiaan aku yang satu itu.” ujar Qas. Dia punya alasannya sendiri. Alasan yang tak mampu untuk dia luahkan. Biar. Biar dia simpan. Dia ikhlas lakukan semua ini.

“ Kebahagiaan? Lepaskan orang yang kau sayang pada orang lain, kau kata tu kebahagiaan kau? Eh Qas, kau sedar taka pa yang Hazli buat pada kau ni? Dia tinggalkan kau demi orang lain. Dalam erti kata lain, dia curang.” marah Suhaila. Ya, dia berasa marah. Sungguh, dia tak mengerti. Kadang dia rasa bahawa yang berada di hadapannya ini bukan Qasrina.

Qasrina seorang yang tegas dengan pendiriannya. Dan dia tidak mudah mengalah dalam apa jua perkara. Tidak sama sekali. Tetapi apabila kecurangan kekasih hati sudah terbukti di depan mata, Qas diam. Marah pun tidak, apatah lagi bertindak sesuatu. Ila dapat rasakan sesuatu. Sesuatu yang menghalang sahabatnya untuk bertindak. Tetapi, apa yang menghalang Qas? Ahh buntu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience