BAB 12

Romance Completed 7193

setahun kemudian....

mai hanya tinggal lima bulan di korea , selama lima bulan tu dia perlu siapkan tugasan akhir sebelum balik malaysia , ikmal ? dah setahun dorang tidak berhubung sejak kejadian itu , mai yang sibuk dengan tugasan tidak hiraukan pasal ikmal , walaupun dia rindu pada teman sehidup semati itu tapi dia tetap sedih sebab kena marah , selagi ikmal tak mintak maaf , selagi itu dia ego , mai selalu melihat last seen ikmal yang selalu online tapi tidak bertanya khabar , ini lah punca cinta jarak jauh mesti ada pergaduhan , mai pun tidak tahu ikmal still setia dengan dia ke tidak selama setahun ni , " ha takpah lah , biarlah dia , baik aku fokus dekat tugasan ni , tak sabar nak balik malaysia !!!!! "- jerit mai sambil menghadap laptop di depan nya , tangan mai pantas tekan satu per satu , kekadang lepas mai habis kan tugasan sikit , dia pergi bersiar siar , melihat kecantikan , melihat sekumpulan lelaki menari tarian kpop , memakan kek ikan , ha yang penting selfie , itu lh cara nak lupakan ikmal sekejap dan lepaskan tekanan , " ha siap ! penat nya jari aku , jom lag pergi jalan jalan , nak usya oppa oppa kat sini " - mai mencapai telefon dan terus keluar , ketika mai sedang berjalan di bawah pokok bunga yang sangat cantik , mai terima satu sms , mai melihat sms dari ikmal , muka mai yang tersenyum terus bertukar sedih , " mai , maafkan i , i tak nak u jadi girlfriend i dah , bye -ikmal " , mai terduduk di tanah , semua memandang pelik , mai menangis teresak esak selepas melihat chat dari ikmal , " sampai hati dia buat camtuh "....

lima bulan lalu....hari terakhir mai berada di korea , baru beberapa hari lepas dia berjaya menamatkan sem , mai tak sabar pulang ke malaysia , mai menghantar sms kepada mama nya utk memberi tahu yang dia akan balik esok , mama dan abah mai sangat gembira dan tak sabar nak tunggu anak kesayangan dia kembali ke malaysia , mai yang merindui makanan malaysia , sekali sekala je mai dapat makan makanan malaysia tapi tak sesedap di malaysia , tangan mai pantas mengemas barang " ha jangan satu pun tertinggal kat sini , malas nak datang balik hahaha , taksabar nyaaaaa , lepasni nak keluar kejap lah , nak tengok seoul buat kali terakhir hihihi " , mai cepat cepat habiskan mengemas , lalu memakai tudung untuk bersedia untuk keluar , mai berjalan di sekitar seoul , melihat acara yang di ada kan di situ , mai tersenyum melihat gelagat budak budak situ , pagi tadi mai sudah selesai kan perkara pelajaran di kampus seoul , mai bersiar sehingga malam , apabila malam sudah tiba , mai pulang ke bilik , untuk rehatkan diri , dia ingin habis kan waktu selebihnya di dalam bilik , mai tertidur setelah pulang tanpa tukar baju , beg dan barang yang lain sudah pun di susun di tepi katil...

keesokan paginya....mai yang tidak sabar nak balik ke malaysia sudah pun bangun awal awal pagi tadi , sempat mai keluar bersarapan , mai menelefon mama nya untuk beritahu yang dia otw ke lapangan terbang , setelah mai habis memberitahu , mai terus bersiap siap , ketika mai memakai tudung , dia teringat akan wajah ikmal , setiap kali dia teringat wajah lelaki itu , mesti hati nya pedih bagai dicucuk pisau , mai tersenyum untuk menutup kesedihan , mai keluar dari tandas dengan penuh gembira , setelah habis bersiap , mai menarik beg pakaian dan mengangkat beg laptop lalu melihat sekeliling bilik itu , mesti dia akan rindukan kenangan kelam kabut dia selama setahun setengah ini hahaha , mai melangkah keluar dan terus ke lapangan terbang , mai melambai menunjukkan dia akan pulang ke malaysia , sepanjang perterbangan itu mai hanya tidur dan makan sahaja....setelah tiba dia malaysia , mai yang tidak sabar itu terus keluar dengan tergesa gesa , mai memesan kepada abah nya jangan amik dia , dia mahu pulang sendirian , ketika di KLIA , mai tersenyum , mai terus berlari keluar , tapi dia tidak perasan yang ikmal sedang berdiri di satu sudut dan melihat gelagat mai dari jauh lalu ikmal tersenyum..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience