BAB 8

Romance Completed 14669

“ Shah. Dia betul-betul datang lamar saya. Apa patut saya buat? Dan masa dia datang tu, dia hadiahkan potret wajah saya. Cantik dia lukis awak. Tapi..”

Nafisa mengeluh perlahan. Dua hari lepas, Iszam tiba-tiba datang dengan tujuan melamar aku. Aku sama sekali tak sangka dia akan buat apa yang dia kata tu. Ya Allah. Apa patut aku buat? Aku belum bersedia nak mendirikan rumah tangga.

Tapi kenapa? Sebab Shah?

Bukan.

Habis? Tolonglah Fis. Shah dah lama tak ada. Dia pun minta kau cari orang lain. Please Fis. Keluar daripada perasaan kepompong kau tu.

Aku tak boleh. Aku masih sayangkan Shah.

Tapi jodoh kau yang sebenar sedang tunggu kau tau tak?

Dia ke?

InsyaAllah. Aku rasa dia. tengok. Hati kau pun tenang bila tengok dia. kan?

Aku. Aku…

Sudahlah. Fikir demi kebahagiaan kau Fis. Kalau Shah tengok, dia pun pasti suruh kau terima lamaran dia.

Akhirnya, Nafisa mengeluh selepas berperang dengan dirinya sendiri.

“ Nafisa. Saya terima apa saja keputusan awak. saya tahu semua ini mengejutkan. Tapi ini hasrat yang lahir daripada hati saya. Awak nak tengok senyuman saya kan? saya akan berikan. Tapi selepas awak jadi hak saya.”

Kata-kata itu terus bermain dalam fikirannya. Sekali lagi dia melihat potret yang dilukis Iszam itu. dalam diam dia tersenyum. pandai awak lukis Zam. Saya bangga dengan awak. terima kasih.

“ Saya datang kerana Allah. Allah yang beri saya petunjuk. Saya tahu semua ni macam cepat sangat. Cuma, saya tak suka tangguhkan hasrat saya.”

Nafisa terus bangun daripada duduk. Potret wajahnya diletakkan di atas katil. Telefon bimbitnya pantas dicapai dan nombor Iszam terus didailnya. Dengan debaran dia menanti jawapan daripada Iszam.

“ Helo.”

Nafisa menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembuskannya.

“ Saya terima awak. saya terima.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience