BAB 10

Romance Completed 14669

“ Shah! Saya ni tak berguna ke buat dia? Kenapa dia buat saya macam ni? Kenapa?”

Laju air matanya mengalir memandang tasik. Di depan tasiklah tempat dia selalu menghamburkan tangis, gembira mahupun marah. Sebab itu saja cara untuk buatkan dia tenang.

“ Shah. Saya dah jatuh cinta pada dia. Tapi tak salah kan?”

Tunduk dia memandang jari. Cincin yang setia berada pada jari manisnya itu dipandang sepi.

“ Agaknya dia terima aku sebab simpati kot. Yelah. Kan?”

Nafisa tersenyum dalam keadaan sakit. Apa-apa pun dia kena reda. Maybe ini dugaan buat dia. Sabarlah wahai hati.

“ Saya tak pernah terima awak sebab simpati.”

Suara garau itu mengejutkan Nafisa daripada lamunan yang panjang. Pantas dia bangun dan menoleh ke belakang. Iszam!

Iszam memandang tajam ke arah Nafisa. Ingin saja dia menyeka air mata itu. tapi dia tak mampu selagi Nafisa belum menjadi hak dia.

“ Saya tak pernah kata saya terima awak sebab kasihan.” Sekali lagi Iszam menuturkan kata-kata itu.

“ Habis tu? Apa? Kalau awak sayangkan orang lain. Kenapa awak datang melamar saya? Kenapa?”

“ Sebab saya sayangkan awak.”

“ tapi perempuan tu siapa?”

Iszam mendekati Nafisa dengan perasaan bersalah. Bahu Nafisa disentuh lembut. Nafisa hanya membiarkan. Tapi air matanya degil tak mahu berhenti mengalir.

“ Maafkan saya. Saya buat awak sedih.”

Nafisa mengetap bibir.

“ Itu adik saya.”

Dengan tenang Iszam menjelaskannya kepada Nafisa. Nafisa yang mendengar tersentak. Ya Allah. Aku dah salah sangka? Ya Allah.

“ Arwah adik saya.”

Sekali lagi Nafisa tersentak. Lagi laju air matanya mengalir. Iszam hanya memandang dengan penuh perasaan bersalah.

“ Maafkan saya sebab buat awak sedih. Saya tak patut rahsiakan perkara tu daripada awak. tu sebenarnya adik saya. Dah lama dia pergi meninggalkan kami. Dia meninggal dalam kemalangan. Saya rindu dia. sebab tu saya lukis wajah dia.”

Nafisa terduduk. Terlepas sentuhan Iszam melihat Nafisa terduduk dengan perasaan yang sedih itu.

“ Tapi kini, wajah awak yang selalu menjadi lukisan saya. Percayalah. Saya tak patut buat awak macam ni. Sorry dear.”

Nafisa menggeleng perlahan. Dia menarik senyuman hambar.

“ Saya yang salah sebab tuduh awak yang bukan-bukan. Maafkan saya. Tak apa. Saya takkan marah dah lepas ni. ikut suka awak nak lukis wajah sesiapa pun. Saya tak kisah.”

“ Tidak selain wajah bakal isteri saya. Wajah yang sentiasa bermain dalam fikiran saya. Wajah yang sentiasa kekal di hati saya.”

Akhirnya, Nafisa mengukirkan senyuman lebar buat Iszam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience