BAB 7

Romance Completed 14669

“ Awak! Kalau satu hari nanti terdetik di hati awak nak kenal dengan lelaki lain. Awak teruskan niat tu. mungkin masa tu jodoh awak dah datang.”

Nafisa tersenyum hambar sebaik teringat kata-kata arwah bakal tunangnya itu. jauh dia pandang ke tasik dengan hati yang tenang.

“ Shah. Kalau awak tahu apa yang terjadi sekarang ni. Adakah awak akan sokong saya? Saya tak tahu kenapa. Tapi saya macam nak buat lelaki tu tersenyum semula. Rasa macam tak sempurna hidup kalau lelaki tu tak senyum. Awak rasa kenapa erk?”

Dia memeluk diri dengan senyuman panjang. Sebaik puas dia mencari ketenangan diri. Dia pun memusingkan badan untuk melangkah. Tapi dia pula yang terundur ke belakang akibat rasa terkejut.

“ Awak!”

Iszam memandang Nafisa dengan wajah yang serius. Tegang pun ada. Nafisa jadi gerun. Kenapa ni?

“ Erk. Kenapa awak?”

Iszam menoleh ke sisi. Mulutnya diketap. Ish! Apa aku ni? nak cakap tapi tak terkeluar. Sia-sia kau buat wajah serius macam nak makan orang. Haih.

“ Saya cabar awak buat saya senyum semula.”

“ hah?”

Nafisa terlopong. What? Biar betul?

“ Tak nak sudah.”

Iszam mengambil tempat pada bangku kosong. Kemudian dia menarik keluar satu kertas kosong bersama dengan pensel kayu. Dia memerhati jauh depan tasik. Hatinya sedikit sebanyak rasa lega selepas meluahkan kata-kata itu.

“ Eh! Mestilah nak. Saya terima cabaran awak.”

Iszam tersenyum dalam hati. Saya tunggu awak. saya tunggu.

“ Erk.. awak nak lukis apa?”

“ Lukis wajah awak. boleh?”

Nafisa terkedu tetapi sekejap je sebelum dia betul-betul berdiri depan Iszam dengan sengihan.

“ Boleh! Dah lama saya nak orang lukis wajah saya. Dan awak sudi kan? jadi tolong lukis.”

Iszam pula terlopong. Tapi tak lama bila tangannya mula memulakan aksi pada kertas lukisannya itu. tak apa Nafisa. Kalau awak tak minta pun memang saya nak lukis potret wajah awak. nak buat tatapan. Okay. Ni gila namanya.

“ andai satu hari nanti ada orang lamar awak. apa awak akan buat?”

Iszam menyoal apabila keadaan jadi sunyi sepi. Nafisa yang mendengar persoalan itu terus terdiam.

“ Eh. Tak mungkin lah. Bukan ada orang minat saya pun.”

“ Saya cakap kalau.”

“ Erk.. Entah. Maybe saya akan fikir masak-masak dulu sebelum terima. Saya akan tanya pendapat orang tua saya. Saya akan minta pertolongan Allah. Dan saya akan tanya dia yang… erk. Tak ada apa. ha tu la jawapan saya. Puas?”

Nafisa mengutuk diri sendiri. Hampir tersasul fasal Shah pula. Aduh!

Iszam yang menyedari perubahan Nafisa terhenti daripada melukis. Kenapa?

“ Kalau saya orang yang pergi lamar awak tu?”

Dan kali ni, Nafisa benar-benar terkedu dan terdiam. Manakala Iszam menanti jawapan dengan penuh kesabaran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience