BAB 4

Romance Completed 14669

“ Ibu. Kenapa perempuan beria-ria nak sembang dengan orang lelaki ni? macam-macam cara dia cuba nak raih perhatian lelaki ni. kenapa eh?” Soal Iszam kepada ibunya.

Haznah mengerutkan dahi sebaik sahaja mendengar pertanyaan anak sulungnya itu.

“ Kenapa tiba-tiba tanya ibu macam tu?”

“ Ada seorang perempuan ni ibu. Semalam kan ada pameran hasil karya kami semua ni. dia tiba-tiba muncul dan cuba sembang dengan Zam.”

Haznah tersenyum lalu mendekati anaknya yang duduk disofa itu.

“ Dia suka Zam kot.” Seloroh Haznah.

“ Haish. Mengarutlah ibu ni. tak mungkinlah. Maybe dia dengar daripada orang lain Zam ni tak pandai senyum dan serius kot. Tu yang dia nak kenal sangat.”

Haznah tertawa kecil.

“ Anak ibu ni pun satu. Bawa-bawalah senyum sikit. Asyik serius je. takut orang tengok tau. Nasib ada juga perempuan yang sudi bersembang dengan Zam. Haih.. bilalah agaknya ibu boleh dapat menantu erk?”

Iszam memuncung. Menantu? Amboi ibu aku ni.

“ Ibu..”

“ Ibu faham. Jangan risau. Tapi tak salah kan kenal dulu dengan budak tu.”

Iszam terdiam. Nafisa. Nafisa. Berani sungguh awak erh? Hurmm.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience