BAB 2

Romance Completed 14669

Laju sekali tangannya berlari-lari di atas pena itu. Langsung tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Yang dia tahu dia mesti siapkan satu lukisan sebelum pulang ke rumah hari ini. Hanya dengan melukis lah dia dapat hilangkan tekanan itu.

“ Zam. Kami balik dulu.”

Iszam hanya mengangguk tanpa mendongak ke arah mereka.

“ Jangan lupa makan. Kau tu dah la ada gastrik.”

Iszam tersenyum dalam diam. Itu Hairul. Kawan baik Iszam. Dia memang risau tak kena tempat.

“ Aku tahulah.” Iszam bersuara lalu mendongak melihat wajah itu.

“ Aku ingatkan je. Okay aku gerak dulu.”

Tinggallah Iszam seorang diri dalam studio lukisan tersebut. Hampir setengah jam juga baru dia selesai siapkan satu lukisan. Dia tersenyum seorang diri. Dia puas sekali melihat hasil kerjanya tadi itu.

“ Adik. Alangkah bahagianya kalau adik masih ada.”

Potret adiknya ditatap dengan penuh kasih. Termasuk hari ni dah lima lukisan potret adik dia, dia buat. Dia tak pernah jemu melukis wajah adiknya.

Sedang ralit dia melihat lukisan dia, tiba-tiba dia terdengar bunyi bising di depan pintu. Tanpa berlengah, dia bergegas ke arah pintu. Pencuri ke?

“ Opocot!”

Suara yang melatah itu menarik perhatiannya. Itu kan suara perempuan. Cepat-cepat dia membuka pintu studio.

Iszam terkedu seketika sebaik sahaja melihat insan yang sedang membebel seorang diri itu. Tiba-tiba dia teringat wajah yang selalu dia angan-angankan itu sampai termasuk dalam mimpi. Dan kini, dia melihat wajah itu dalam realiti.

“ Astagfirulllah. Terkejut saya!”

Iszam tersedar sebaik sahaja mendengar suara terkejut itu. tapi tak pula dia memberikan senyuman buat wanita itu.

“ Buat apa dekat sini?” Soal Iszam tanpa perasaan.

“ Erk. Maaf tapi tumpang kejap je. luar ni hujan.”

Iszam masih merenung insan di hadapannya itu dengan kerutan di dahi. Ya Allah. Siapa dia? kenapa dia boleh muncul?

“ Erk. Boleh saya masuk tak?” Soal gadis itu dengan ragu-ragu. Kalau tak kerana sejuk dia tak nak masuk. Tapi angin terlalu kuat sampai membuatkan dia kedinginan.

Iszam memerhati keadaan dalam studionya. Berselerak.

“ Tunggu kejap.”

Iszam pantas masuk semula ke studio dan menyimpan peralatan yang digunakan tadi. Kemudian, dia mencapai jaket dan kunci kereta lalu berlalu semula ke gadis tadi.

“ Awak nak ke mana?” Soal gadis itu pelik.

Iszam tidak menghiraukan pertanyaan gadis itu malah dia terus mengunci pintu studio.

“ Jom ikut saya. Nah ambil jaket ni untuk tutup kepala awak.”

Gadis itu jadi terpinga-pinga melihat tindakan ISzam. Tapi dia turutkan sahaja. Apabila melihat Iszam semakin jauh, dia terus berlari tanpa menunggu lagi. Nanti dia kena tinggal.

“ Masuk.”

Pintu kereta dibuka dan tanpa berlengah, gadis itu pun masuk. Fuh! Sejuk gila.

“ Awak siapa?” Soal Iszam sebaik sahaja membuka enjin kereta.

“ Erk. Saya Nafisa. Boleh panggil Fisa atau Naf. Apa-apa pun boleh. Tapi orang selalu panggil saya Fis. Macam nama lelaki kan? Hehe.”

Iszam masih mendiamkan diri.

“ erk. Maaflah sebab susahkan awak. saya ingat nak tumpang kejap je. tapi tak sangka pula dalam studio tu masih ada orang. Maaf erk.” Nafisa memohon maaf tanda rasa bersalah.

“ It’s okay. Saya Iszam.”

“ Oh. Awak pelajar art and design erk?”

“ Ya. Awak?”

“ Saya pelajar fashion designer.”

Iszam terdiam. Tapi tak pernah pula aku nampak dia sebelum ni atau aku je yang tak ambil peduli akan keadaan sekeliling.

“ Erk. Rasanya hujan dah reda. Rasanya saya kena balik dulu. Nanti papa dan mama saya risau. And thanks again.”

Baru je Nafisa nak buka pintu kereta, Iszam terlebih dahulu memanggil namanya.

“ Saya harap lepas ni kita boleh berjumpa lagi.” Suara Iszam tanpa menoleh ke arah Nafisa.

Nafisa yang mendengar tersenyum kecil. dalam diam dia mengangguk.

“ InsyaAllah.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience