BAB 11

Romance Completed 14669

Tiga potret gambar adik Iszam. Dan tiga lagi potret gambar dia. kedua-dua itu diletakkan dalam bilik mereka berdua. Nafisa yang melihat tersenyum senang.

“ Umi. Maafkan akak. Kalau akak hadir lebih awal, pasti akak dapat kenal dengan Umi. Jangan risau. Akak akan bahagiakan abang Umi tu dengan sedaya upaya akak.”

Nafisa menarik nafas panjang sebaik sahaja puas dengan hasil kerjanya. Mesti Iszam gembira tengok potret adiknya digantung. Potret aku? Biarlah disimpan. Yang penting aku mampu membahagiakan dia. itu yang penting.

“ Sayang!”

Nafisa pantas menoleh ke belakang. Terukir senyumannya saat melihat wajah itu.

“ Abang.”

Iszam melihat potret adiknya digantung dengan kerutan didahi.

“ Kenapa? Abang tak suka ke?” Nafisa soal dengan takut.

“ Tak lah. Abang suka. Cuma potret sayang tak ada. Mana? Meh abang tolong gantungkan.”

Nafisa terdiam. Abang?

“ Tak payahlah. Yang penting Nafisa sentiasa ada dalam hati abang.”

Iszam menarik senyum. Nafisa. Nafisa.

“ Ha! Inilah suami Fisa. Senyum kan manis.”

Iszam tersenyum lagi. Semenjak mereka berkahwin, Nafisa tak pernah puas buatkan dia tersenyum. dia rasa hidupnya lengkap kini dengan Nafisa.

“ Jom turun makan. Ibu mesti dah siapkan sarapan kan?” Ajak Nafisa.

“ Kejap.”

Nafisa memandang suaminya itu dengan jongketan di kening?

“ Why?”

Iszam tersenyum lalu menarik Nafisa ke dalam pelukannya. Tiba-tiba rasa nak peluk orang yang dia sayang tu.

“ Eh? Abang?”

“ Kejap je. abang rindu.”

Nafisa tersenyum. Abang.

“ Abang rindu. Dah dua hari kita terpisah gara-gara kenduri tu. ibu la ni. tak bagi abang bersama dengan sayang sebab kenduri tu. kata nanti hilang serilah apalah.”

Nafisa tertawa mendengar rungutan suaminya itu.

“ Betul apa yang ibu katakan tu. abang tu yang tak sabar. Gatal.”

“ Dengan isteri abang je. dengan orang lain tak. Buktinya abang senyum depan sayang je.”

Nafisa tersenyum bahagia. Alhamdulillah Ya Allah. Terima kasih.

“ And one more thing. Sebenarnya, abang dah terpikat dekat sayang saat pertama kali kita berjumpa lagi. Abang terkejut masa tu sebab wajah yang abang angan-angankan muncul depan mata abang.”

Nafisa tersenyum lagi.

“ Terima kasih sebab lengkapkan hidup abang.”

Iszam meleraikan pelukan lalu mengucup dahi Nafisa dengan penuh kasih sayang.

“ Sama-sama. Dah jom makan.”

Lengan suaminya ditarik.

“ Ala. Tak puas lagilah.”

“ Abang!”

Akhirnya, mereka ketawa dengan rasa bahagianya. Alhamdulillah.

Adik, benar kata adik yang abang akan bertemu dengan Nuna manis yang abang mimpikan. Masin betul mulut adik, barangkali juga berkat doa adik yang saban hari tak jemu mendoakan dapat Nuna manis persi korea untuk abang.

Alangkah bahagia rasanya jika adik ada dengan kami, namun Allah memberikan tempat lagi indah untuk adik. Terima kasih adik, terima kasih Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience