BAB 9

Romance Completed 14669

“ Apa awak buat ni? Saya terima awak tak bermakna awak boleh buat saya macam ni? Awak tahu tak ini semua barang-barang peribadi saya. Awak ni kenapa ha?!”

Nafisa tersentak sebaik sahaja dijerkah Iszam. Air matanya yang ditahan tadi akhirnya mengalir jua. Dia tak ada niat lain pun. Dia Cuma nak kemas tempat lukisan Zam menjadi bersih dan kemas. Niat dia datang ke studio ingin mencari ZAm. Tapi ini yang dia dapat. Ya Allah.

“ Awak dah melampau!”

Nafisa menahan tangisannya daripada terus berlanjutan. Dia mengerling wajah ISzam yang tegang itu. tiba-tiba dia ternampak satu potret wajah perempuan yang sedang manis dengan senyuman. Hatinya terdetik rasa cemburu.

“ Jadi, awak marah saya sebab tu?”

Iszam terdiam. Wajah adiknya itu ditatap dengan penuh kasih sayang. Adik. Abang melampau ke?

“ Itu sebabnya kan?”

Nafisa tersenyum hambar. Kini, dia faham kenapa orang lain tak boleh sentuh barangnya.

“ Saya faham. Saya ni orang luar je walaupun tak lama akan jadi isteri awak. saya faham. Maafkan saya sebab kacau barang awak.”

Terus Nafisa berlari keluar daripada situ. Hatinya jadi sedih dan cemburu akan sikap Iszam. Ya Allah. Kenapa rasa sakit? Kenapa? Benarkah aku dah mencintai dia?

Iszam hanya melihat Nafisa berlalu dengan linangan air mata. Dia terduduk melihat potret adiknya itu. air matanya mengalir jua.

“ Adik. Abang salah ke? Abang Cuma tak nak adik sakit. Abang tak suka orang lain sentuh potret adik. Abang tak suka.”

Iszam menekup mukanya dengan penuh rasa kesal.

“ Abang. Kalau abang sayangkan dia. jangan buat dia macam tu. dia tak tahu kisah abang. Dia tak tahu fasal adik. Jadi, tindakan dia tak salah. Abang yang melampau. Dia tengah sedih abang. Dia tengah kecewa. Abang pergilah pujuk dia.”

Kata-kata itu tiba-tiba bermain dalam fikirannya. Adik! Sekali lagi dia menghamburkan tangis.

“ Adik. Maafkan abang. Abang Cuma terlalu sayangkan adik.”

Sebaik sahaja dia berjaya menenangkan dirinya semula, dia pantas keluar untuk mencari Nafisa. Dia perlu minta maaf. Maybe ni salah dia. Nafisa langsung tak bersalah. Dia tak tahu apa-apa pun. Ya Allah. Ampuni aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience