BAB 3

Romance Completed 14669

“ Jangan pernah abaikan orang yang sayangkan awak tau. Ingat tu. Dan tolong jangan tangisi kepergian saya ni. Please.”

“ Shah..”

Air mata yang cuba ditahan akhirnya mengalir jua. Teringat dia tentang kata-kata bakal tunang dia dua tahun yang lalu. Bakal tunang yang telah meninggalkan dia buat selama-lamanya. Sungguh! Sampai saat ini dia tak mungkin melupakan lelaki itu.

“ Nafisa..”

Air matanya pantas diseka. Terus dia berpura-pura sedang melakar sesuatu pada kertas kosong itu. sedangkan otaknya kosong. Tiada idea mahupun cadangan untuk menyiapkan tugasannya kali ini. Allah! Kenapa dengan aku ni?

“ Nafisa. Kami nak pergi ke dewan. Nak tengok hasil kerja pelajar art and design. Kau nak ikut tak?”

Nafisa terfikir sejenak. Pelajar art and design? Kenapa dia macam pernah dengar?

“ Boleh juga. Kejap.”

Selesai mengemas barang, pantas dia mengikuti langkah kawannya itu. Dalam hatinya saat ini tekad mengatakan bahawa dia akan berjumpa dengan pelajar yang bernama Iszam itu.

“ Kat sana ada tempat kosong. Jom.”

Nafisa ikut tanpa membantah. Tapi matanya liar memerhati kawasan sekeliling. Ramai juga orang. Dan hasil seni yang ada dekat sini pun boleh tahan. Tapi mana Iszam?

“ Kau nak tahu tak? Dalam ramai-ramai pelajar dalam bidang tu. Ada seseorang yang berjaya menarik perhatian pelajar perempuan dekat sini. Handsome orangnya. Tapi sayang, dia jarang senyum. Serius je muka dia. Dan jarang juga bercakap. Bercakap pun perkara penting-penting je.”

Terdetik di hati Nafisa tentang lelaki itu. Mungkinkah lelaki yang Hanim maksudkan itu Iszam?

“ Ha! Tu! Kau tengok sana. Tu la orang yang aku maksudkan.”

Terus Nafisa melihat arah yang Hanim tunjukkan. Dan hatinya tersentak. Jadi benar. Lelaki itu Iszam. Patutlah masa aku terjumpa dengan dia masa tu dia tak senyum langsung. Tapi bercakap okay je.

“ Tapi hasil karya dia terbaik.”

Sedikit sebanyak aku dah tahu fasal dia. eh? Kenapa kau tiba-tiba tertarik nak tahu fasal dia ni Nafisa? Erh!

“ Jom. Semua dah dibenarkan tengok hasil karya mereka. Jom ikut aku.”

Nafisa mendekati Iszam yang sedang melukis sesuatu pada kertas lukisannya itu. sangat tekun. tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Tanpa dia sedar, dia tersenyum melihat Iszam.

“ Fis!”

Nafisa dan Iszam. Kedua-dua mereka tersentak. Dan kedua-dua mereka saling melihat di antara satu sama lain. Tapi tidak lama apabila Iszam pantas menundukkan pandangan ke arah lukisannya itu. Nafisa yang menyedari hal itu pantas berlalu daripada situ. Dia jadi malu akan tindakannya.

“ Kenapa kau ni?”

Nafisa hanya tersengih. Entahlah. Maybe cara lelaki tu kot tarik perhatian aku.

“ Kau pergilah jalan dulu. Aku nak tengok ni.” Dalih Nafisa sedangkan dia nak bercakap dengan Iszam.

“ Okay.”

Nafisa mendekati semula langkah Iszam yang khusyuk melukis itu. Curi-curi Nafisa melihat hasil lukisan Iszam. Dahinya berkerut. Potret seorang perempuan. Comel. Agaknya siapa dia?

“ Dah puas ke perhati?”

“ Opocot!”

Nafisa mengurut dadanya perlahan akibat terkejut. Adeh! Kantoi!

“ hehe. Sorry. Saya tak berani tegur sebab awak leka sangat lukis. Nanti kata ganggu pula.” Tersengih Nafisa menerangkan perkara sebenar.

Iszam menyimpan lukisan yang dia dah siapkan itu ke dalam beg. Lantas dia bangun dan berhadapan dengan Nafisa. Entah mengapa, ketika ini hatinya berdebar-debar melihat riak selamba Nafisa itu.

“ Awak buat apa dekat sini? Kawan awak dah pergi sana.”

Nafisa tersengih lagi.

“ saya nak kenal awak. Dengar kata awak menjadi perbualan orang ramai. Tak sangka juga saya.”

Iszam hanya mengangguk mendengar kata-kata Nafisa itu. tiada hati pula untuk dia membalas. Nafisa yang menanti kata-kata Iszam itu mengeluh perlahan. Nampaknya macam aku je yang beria-ria nak kenal dia. adeh! Aku sebenarnya teringin nak tengok senyuman dia tu.

“ Erk. Tak apalah. Saya pergi dulu. Anyway, cantik lukisan awak.”

Dengan berat hati, Nafisa melangkah meninggalkan Iszam. Dia mengetuk kepalanya sendiri akibat sikapnya yang terlalu berani tu. Haish.

Selepas Nafisa berlalu, Iszam pula tersenyum kecil melihat gelagat Nafisa. Adik. Perempuan ni kelakar dik. Dia nampak lain sangat. Adik. Adakah kata-kata adik dulu tu menjadi kenyataan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience