BAB 5

Romance Completed 14669

Terkocoh-kocoh Nafisa mengejar kertas yang berterbangan itu. dahla tu formula penting. Kalau hilang mana aku nak cari pula. Haish!

“ kertas! Janganlah terbang lagi. Haish!” Bebelnya seorang diri sambil mengejar kertas itu. mujur tak ramai orang ketika itu. kalau tak malu dibuatnya.

Nampak je kertas tu dah jatuh atas tanah. Nafisa menghembus nafas lega. Pantas dia tunduk untuk mencapai kertas tersebut. Tapi tak sempat pun nak ambil bila ada satu tangan yang terlebih dahulu mencapainya. Nafisa yang kepenatan itu pantas berdiri tegak.

“ terima kasih.” Ucap Nafisa lalu mengambil huluran lelaki yang dia tak tahu siapa itu. nak tahu apa muka pun tak tengok. Penatlah weh!

“ Sama-sama.”

Sebaik sahaja mendengar suara garau itu, pantas Nafisa mendongakkan kepalanya. perlahan-lahan dia menarik senyuman buat lelaki itu.

“ Eh? Awak rupanya.”

Iszam tersenyum dalam hati. Aku nak uji dia. aku nak buat je muka serius depan dia. nak tengok dia boleh tahan tak. Tiba-tiba tertarik pula nak kenal dia ni. Haha.

“ Saya pergi dulu.”

Nafisa tergaru kepalanya yang tidak gatal itu. Nak halang atau tak? Halang? Tak?

“ Tunggu!” Nafisa pantas mendekati Iszam.

“ Awak ada kelas ke lepas ni? jom teman saya makan boleh?”

Satu je niat Nafisa. Nak kenal siapa insan yang bernama Iszam ni. Nak buat Iszam tersenyum. Gila ke? Tak kan?

“ Saya dah makan.”

“ Teman je. boleh kan?”

Tengok wajah Nafisa yang penuh mengharap itu membuatkan hati Iszam terdetik. Pantas dia menepis perasaan itu.

“ Okay.”

Dalam diam, Nafisa menjerit kesukaan dalam hati. Yes!

“ Awak memang tak suka senyum ke?”

Nafisa menyoal ketika dalam perjalanan menuju ke kafe. Ada peluang nak tanya.

“ Kenapa?”

“ Yelah. Teringin juga nak tengok awak senyum. Mesti senyuman awak manis kan?”

“ Entah.”

“ Tapi kenapa awak tak suka senyum eh?”

“ Ikut suka sayalah.”

“ Ala. Mesti ada sebab kan? kecewa dengan ex ke? Or nak jaga hati teman wanita? Ha! Yang mana?”

Iszam menahan senyum. Ya Allah dia ni.

“ Dua-dua pun bukan.”

“ habis tu? Awak tahu tak? Senyuman dapat tenangkan fikiran kita tau.”

“ Tak tahu pun.”

Nafisa mendecit. Adeh! Susahnya nak pujuk hati dia untuk senyum.

“ Saya hanya akan senyum kepada orang yang benar-benar ikhlas pada saya. Saya takkan senyum pada sembarangan orang.”

Terus langkah Nafisa terhenti. Ya Allah. Kenapa kata-kata dia tadi membuatkan hati aku rasa macam lain?

“ Kalau macam tu! saya ikhlas nak berkawan dengan awak. boleh kan?”

Pantas Nafisa mengejar semula langkah Iszam.

“ Cubalah.”

Akhirnya, Nafisa menahan geram dengan telatah Iszam. Cubalah? Okay! Baik! Kita tengok nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience