BAB 5

Crime Completed 13480

“Dapat apa-apa maklumat Fendi?” tanya Rosmin kepada pegawai bawahannya.

“Tak dapat apa-apalah puan. Saya dah cari sekitar-sekitar sini tapi sebarang clue pun tak nampak,” jawab Fendi kecewa. Ketika itu mereka berada di tempat kejadian dimana seorang wanita tua telah dibunuh dengan kejam. Rosmin mengeluh hampa. Sanggup dia menolak ajakan suaminya makan tengahari tadi semata-mata mahu menyiasat kes tersebut. Dia percaya akan memperolehi bukti namun semuanya menghampakan.

“Macam mana ni puan? Puan masih nak siasat ke? Saya dah lapar ni puan,” adu Fendi. Rosmin mengalihkan pandangannya ke wajah Fendi. Kesian pula dia melihat pegawai bawahannya itu yang terpaksa skip makan tengahari disebabkan arahan darinya.

“Takpelah Fendi. Saya pun rasa pembunuh tu takkan tinggalkan apa-apa bukti kat sini. Jomlah, saya belanja awak makan,”

“Eh, betul ke ni puan?”

“Kenapa? Awak tak nak saya belanja ke?”

“Eh mestilah nak puan. Makan free. Sapa yang tak nak kan,” Fendi menyimpul senyum. Selamat duit dia untuk hari ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience