BAB 6

Crime Completed 13480

Rohayu mengetuk pintu bilik Azimah. Niatnya mahu membawa rakannya itu makan di luar. Malam itu rasa malas menghantuinya untuk tidak memasak.

“Zimah, jom makan kat luar. Aku tak masak apa-apa lah,” rengek Rohayu seraya menggosok perutnya.

“Malaslah Ayu. Aku nak diet,” Azimah tersengih.

“Hello cik kak, badan dah kurus melidi macam tu ada hati lagi ke nak diet?”

“Eh, ikut suka aku lah,” Azimah tertawa.

“Alah, jomlah Zimah. Aku lapar sesangat ni,”

“Kau buat lah maggi ke apa ke kat dapur tu,”

“Leceh lah kau ni Zimah. Betul ni tak nak temankan aku?”

“Malas,” Azimah meletakkan kepalanya di atas bantal lalu memejamkan mata. Berharap Rohayu tidak akan memaksanya lagi. Rohayu mengeluh kecewa. Nampaknya terpaksalah dia menapak di gerai hujung jalan tu seorang diri. Azimah membuka mata sebaik sahaja pintu biliknya ditutup oleh Rohayu.

Simpati di hati untuk sang sahabat ditepis oleh kerana rasa malas mengatasi segala. Memang dia malas untuk ke mana-mana lantaran rasa penat bekerja seharian.

Sepeninggalan Rohayu, Azimah melayan fac di laptopnya sebelum telinganya menangkap bunyi seseorang berjalan di luar rumah.

Takkan Rohayu kot! Sekejapnya dia makan. Azimah memberanikan diri keluar dari bilik dan menuju ke pintu. Berkunci! Bisik hatinya. Dia menilik melalui tingkap yang berada di sebelah pintu.

Tak ada siapa-siapa. Sewaktu hendak melangkah menuju ke biliknya, sekali lagi bunyi manusia berjalan di luar rumah mengejutkan Azimah.

Dan dengan berani, sekali lagi Azimah menilik di tingkap dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat sesusuk lembaga sedang berlari ke luar dari kawasan rumah mereka. Azimah menggigil ketakutan. Pembunuh!

Hanya itu yang terlintas di fikirannya. Tanpa membuang masa, Azimah berlari masuk ke dalam bilik lalu menyembunyikan dirinya di bawah selimut.

Dia menggigil ketakutan. Rohayu! Tiba-tiba dia teringatkan sahabatnya yang telah keluar makan tadi. Macam mana jika pembunuh itu masih di situ dan membunuh Rohayu. Azimah menangis memikirkan kemungkinan-kemungkinan itu.

“Zimah!” tepukan di bahu mengejutkannya.

“Tolong jangan bunuh aku,” rayu Azimah dengan mata terpejam. Air matanya semakin laju mengalir.

“Siapa yang nak bunuh engkau Zimah? Hei, ini akulah Ayu,” sebaik sahaja mendengar suara yang dikenalinya, Azimah menarik selimut yang membungkus keseluruhan tubuhnya lantas memeluk Rohayu.

“Pembunuh itu ada kat sini,”

“Pembunuh apa ni Zimah. Kau ok tak ni? Itulah, tadi aku ajak ikut aku, kau tak nak. Ni dah merepek yang bukan-bukan,”

“Betul Ayu. Aku tak tipu. Tadi ada seorang lelaki sedang berlari keluar dari rumah kita. Aku tak tipu lah Ayu,” Azimah masih menggigil.

“Aku baru balik dari kedai makan, takde apa-apa pun. Kalau betul pembunuh tu ada kat luar rumah kita ni, kenapa dia tak bunuh aku?”

“Mulut engkau ni kan,” marah Azimah.

“Dahlah, ni aku ada tapaukan nasi untuk kau. Cepat makan,” arah Rohayu. Azimah menyambut bungkusan yang dihulur oleh Rohayu.

“Kau temankan aku makan yek,” pinta Azimah.

“Yelah. Yelah. Jom,” Rohayu menarik tangan Azimah perlahan. Azimah bangun dari katilnya tetapi fikirannya masih teringatkan peristiwa tadi. Siapa lelaki itu? Apa dia buat kat rumah mereka?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience