BAB 8

Crime Completed 13480

“Arrgghhhh,” jeritan nyaring itu bergema di seluruh kilang menyebabkan empat orang sahabat berpandangan sesama sendiri. Mariam yang sememangnya terkenal dengan sikapnya yang penakut segera memaut lengan Combi dengan kuat.

“Apa ni?” marah Combi menyebabkan Mariam menarik muka masam.

“Bunyi apa tu?” tanpa mempedulikan Combi dan Mariam, Azimah bertanya.

“Eh, kemana mereka semua tu nak pergi. Jom lah kita ikut,” ajak Ratna lantas berjalan laju mengikut sekumpulan pekerja tadi. Ketiga mereka yang masih tercengang lantas membontoti Ratna.

“Cik Jasmine ok ke?” tanya salah seorang pekerja sebaik sahaja mereka sampai di tandas belakang kilang, dimana bunyi nyaring tadi kedengaran. Azimah melihat wajah Cik Jasmine yang tampak pucat. Kenapa dengan Cik Jasmine? Tanya hati kecilnya.

“Saya ok. Cuma tikus je tadi. Dah-dah pergi buat kerja masing-masing,” arah Cik Jasmine. Kali ini suaranya sedikit mengendur. Mungkin ketakutan yang masih menghantui dirinya. Jika tidak, masakan suaranya perlahan seperti itu. Sebab itulah dia digelar puaka niyang rapik oleh Azimah, Combi, Ratna dan Mariam.

“Hah! Awak berempat buat apa tercegat lagi kat situ? Nak tengok saya kencing ke?” sergah Cik Jasmine. Suaranya kembali menegang. Puaka niyang rapik dah kembali! Cetus hati empat sahabat.

“Betul ke Cik Jasmine nampak tikus tadi?” tanya Azimah berani. Ratna sudah mencuit lengannya.

“Betullah, kenapa pula?”

“Saya ingatkan Cik Jasmine nampak bayang-bayang ke, lembaga ke?” jawab Azimah.

“Apa awak merepek ni Azimah. Awak ni mesti terbawa-bawa dengan cerita pembunuhan tu kan? Itulah saya dah cakap jangan fokus sangat dengan berita macam tu,”

“Takdelah Cik Jasmine. Cuma…..”

“Dah-dah, pergi sambung kerja sekarang. Kalau malam ni korang masih tak capai target tu, kerjalah sampai esok pagi,” ugut Cik Jasmine. Perlahan-lahan mereka berempat berjalan meninggalkan Cik Jasmine. Malam ini mereka terpaksa bekerja lebih masa kerana tidak mencapai target untuk hari itu.

“Betul ke Cik Jasmine tu cuma nampak tikus?” tanya Azimah kepada ketiga-tiga sahabatnya. Nampaknya dia masih tidak berpuas hati.

“Engkau ni kenapa Zimah. Obses semacam je nak tahu apa yang ditengok oleh niyang rapik tu?” tanya Combi pelik.

“Takdelah. Aku cuma nak tahu. Sebab malam tadi aku nampak sesusuk lembaga sedang berlari keluar dari rumah aku. Itulah aku takut sangat. Mana tahu lembaga tu ada kat sini pula,” terang Azimah menceritakan peristiwa di rumahnya malam tadi. Mariam yang sudah ketakutan segera mendekatkan dirinya kepada Azimah.

“Kau biar betul Zimah. Jangan nak takutkan kitorang pula,” tanya Ratna tidak percaya.

“Ya Allah korang ni. Takde hasil pun aku nak tipu korang,”

“Engkau mengigau kot,”

“Aku sedarlah. Aku belum tidur lagi,” Azimah masih mempertahankan dirinya.

“Tapi kalau pembunuh tu, dia kan fokus kepada wanita yang telah berusia. Kalau betul dia nak bunuh kau ataupun Cik Jasmine sebentar tadi, mustahillah sebab korang kan muda lagi,” sangkal Ratna.

“Eh, mana kau tahu pembunuh tu cari wanita berusia Ratna?” tanya Combi pelik menyebabkan pandangan Azimah dan Mariam serentak dihalakan ke wajah Ratna.

“Errkkk. Kenapa korang tengok aku macam tu? Korang tak baca paper ke? Kan ke kedua-dua mangsa tu wanita yang berusia,” Ratna segera bersuara menepis sangkaan sahabat-sahabatnya.

“Aku nak uji kau aje Ratna. Muka dah pucat lesi dah,” Combi ketawa senang. Ratna menjeling geram. Azimah dan Mariam hanya menggelengkan kepala lantas menyambung kerja mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience