“Apa yang korang tengok tu?” tanya Azimah lalu melabuhkan punggung di sebelah Combi. Ketika itu mereka sedang menikmati makan tengahari.
“Kau tengoklah sendiri. Ngeri aku membacanya,” Ratna menghulurkan surat khabar kepada Azimah. Azimah membaca tajuk utama lantas menggelengkan kepala.
“Bunuh lagi. Takde cerita lain ke?” rungut Azimah bosan.
“Senangnya nak cabut nyawa manusia sekarang kan?” Combi bersuara.
“Engkau ni kenapa? Cuba nak bunuh orang juga ke?” tanya Azimah pelik.
“Eh ke situ pula engkau ni. Aku tengok darah nyamuk pun seriau. Inikan pula nak bunuh orang. Mengarut apa lah,”
“Aku gurau ajelah. Eh, mana Mariam? Tak nampak dari tadi?” tanya Azimah.
“Mana lagi kalau tak dating dengan Abang Adi dia tu. Pantang dapat peluang tau perempuan tu,” jawab Combi mencebik.
“Biarlah, orang dah ada kekasih hati. Macam kita ni bila lah nak merasa,” Ratna bersuara perlahan.
“Alah, setakat Adi tu aku tak kisah lah. Security Guard je kot,” Combi membuat muka meluat.
“Sombong pula minah ni. Hoi Combi, habis tu engkau tu pegawai kerajaan ke? Engkau tu minah kilang je Cik Combi oii,” marah Ratna.
“Taste minah kilang macam aku ni tinggi tau. Aku nak juga merasa ada kekasih yang handsome, kerja bagus, gaji ribu-ribu. Kalau boleh 5 angka sebulan tau,” Combi menjelirkan lidah ke arah Ratna.
“Dahlah korang ni, tak baik gaduh-gaduh depan rezeki. Aku nak makan pun tak senang tau,” akhirnya Azimah bersuara. Berniat mahu meleraikan perbalahan di antara dua sahabatnya.
“Minah sombong ni lah yang mulakan,” bentak Ratna geram. Combi meneruskan suapan tanpa mempedulikan Ratna yang seolah-olah berapi melihat perangainya. Azimah cuma menggelengkan kepala. Walaupun mereka sering bergaduh tetapi jika salah seorang dari mereka ditimpa kesusahan, pertolongan tetap akan dihulur tanpa perkiraan.
Share this novel