BAB 3

Crime Completed 13480

“Lepaslah! Sakitlah bodoh!” Azimah menolak lelaki yang menindihnya namun sia-sia kerana kudratnya nya sebagai seorang wanita tidak mampu untuk melawan kekuatan lelaki itu.

“Diamlah. Aku pasti engkau akan seronok. Diam dan nikmati saja,” lelaki itu membisik ke telinganya lalu meraba ke seluruh badannya.

“Pergilah! Aku tak nak. Pergilah!” Azimah masih cuba untuk melepaskan diri.

“Zimah! Zimah!” goncangan kuat di badannya menyebabkan Azimah membuka mata. Ah mimpi lagi! Bisik hatinya.

“Kau kenapa? Aku tengok tangan kau seolah-olah menepis sesuatu,” tanya Rohayu bimbang.

“Aku…aku mimpi Ayu. Aku takut,” Azimah menangis lantas memeluk sahabatnya. Rohayu membalas pelukan Azimah, erat.

“Shhh. Takpe-takpe. Aku ada kat sini. Cuma mimpi aje,” pujuk Rohayu.

“Tapi macam betul-betul akan berlaku pada aku Ayu. Aku takut Ayu,” tangis Azimah lagi.

“Janganlah kau fikir yang bukan-bukan. Takde apa yang akan berlaku. Aku janji aku akan jaga kau,”

“Tapi Ayu. Mimpi tu macam…..”

“Zimah, tak payah fikir pasal mimpi tu lagi. Sekarang kau tidur ye,” pujuk Rohayu lantas merebahkan badan sahabatnya. Azimah akur. Dia memejamkan mata. Rohayu meninggalkan Azimah tatkala sahabatnya itu sudah lena lalu menarik selimut membaluti tubuh Azimah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience