BAB 10

Crime Completed 13480

Bunuh lagi! Desis hati Azimah. Dia melemparkan surat khabar di atas meja. Memang dia mengikuti setiap perkembangan kes bunuh yang sekarang ini hangat diperkatakan.

“Kenapa Zimah?” tanya Rohayu hairan melihat sahabatnya itu melemparkan surat khabar di atas meja.

“Bosanlah aku baca berita ni, takde lain bunuh…bunuh…bunuh… Murah sangat ke nyawa manusia sekarang ni?” tanya Azimah penuh emosi.

“Yang kau emosi ni kenapa?”

“Aku cuma kasihan. Mangsa tu pula orang tua tau. Dah sebaya nenek-nenek orang kot,” jelas Azimah.

“Eh, betul ke Zimah. Apa motif dia nak bunuh orang tua ye?” tanya Rohayu yang sebelum ini memang tidak pernah ambil kisah akan kes bunuh yang semakin hangat itu.

“Manalah aku tahu. Kalau aku tahu motifnya, lama dah aku menapak pergi balai polis buat keterangan,” kenyataan Azimah membuatkan Rohayu melemparkan sengihan kecil.

“Tak payahlah kau semakkan fikiran kau fikirkan semua tu Zimah. Biar pihak polis yang buat kerja mereka. Ni, aku nak ajak kau jalan-jalan sebenarnya,”

“Pergi mana?”

“Shopping!”

“Malaslah Ayu. Lagipun aku belum gaji lagi,”

“Tak payah fikir pasal gaji, hari ini aku belanja kau. Cepatlah siap,” arah Rohayu.

“Hari ini berapa haribulan yek?” tanya Azimah tanpa mahu berganjak.

“Jangan banyak soal lah Zimah. Jomlah cepat,”

Azimah ketawa lantas bangun untuk bersiap. Tidak sampai hati untuk menghampakan harapan sahabat yang beria-ia mengajaknya berjalan.

“Ayu, kau tak rasa ke ada orang ikut belakang kita?” tanya Azimah. Ketika itu mereka berdua sedang berjalan di dalam shopping complex yang terkenal di negeri itu.

“Memanglah ada orang belakang kita. Tu hah, ramai,”

“Itu aku tahulah, tapi aku rasa macam ada yang ikut kita lah,”

“Engkau ni kan. Itulah, ikut sangat perkembangan kes bunuh tu. Dah terbawa-bawa dah,” marah Rohayu.

“Masuk sini Ayu,” Azimah menarik tangan Rohayu lantas membawanya masuk ke sebuah kedai. Sampai di dalam kedai tersebut, Azimah sekali lagi menarik tangan Rohayu untuk bersembunyi. Dan ternyata telahan Azimah benar. Ada seseorang yang berselubung kepala mengekori mereka masuk ke dalam kedai tersebut dan seakan-akan mengintai sesuatu. Azimah dan Rohayu keluar dari tempat persembunyian mereka ketika manusia yang berselubung kepala tadi membelakangkan mereka.

“Siapa kau?” Azimah menepuk kuat bahu manusia itu manakala Rohayu menarik selubung kepala manusia itu.

“Ratna!” pekik Azimah terkejut.

“Eh Zimah. Kau buat apa kat sini?” tanya Ratna takut-takut.

“Temankan kawan aku,” tunjuk Azimah pada Rohayu. “Kau pula? Kenapa kau nampak takut?”

“Errrkkk. Tak…takde apa-apa. Cuma nak jalan-jalan saja,” jawab Ratna tanpa memandang wajah Azimah. “Aku pergi dulu lah Zimah,” Ratna ingin melangkah tetapi sempat ditahan oleh Azimah.

“Kenapa kau ikut kitorang?”

“Eh..taklah..takde aku ikut korang,” dalih Ratna. Wajahnya nampak serba salah. “Aku nak cepat ni Zimah. Nanti kita jumpa di kilang ye,” Ratna melangkah lantas meninggalkan Azimah dan Rohayu yang masih lagi tertanya-tanya.

“Azimah,” satu suara memanggil nama Azimah sebaik sahaja dia dan Rohayu melangkah keluar dari kedai tempat mereka bersembunyi sebentar tadi. Azimah menoleh.

“Eh Kak Min. Tak sangka jumpa Kak Min kat sini,” Azimah menyalami tangan Rosmin diikuti oleh Rohayu.

“Akak pun tak sangka jumpa Zimah. Dah lama kita tak jumpa kan?”

Azimah menganggukkan kepala. “By the way, ini kawan Zimah. Rohayu. Ayu, kenalkan kakak sepupu aku, Kak Rosmin,” Azimah memperkenalkan mereka berdua.

“Korang berdua dah makan ke belum ni?” tanya Rosmin.

“Belum,” keduanya menjawab serentak.

“Bagus. Jom, akak belanja,”

“Eh, takpelah kak. Kitorang pun dah nak balik ni,”

“Takde…takde…Baru-baru je jumpa Zimah, senang-senang je dia nak balik. Dah cepat,” Rosmin menarik tangan Azimah. Mahu tidak mahu Azimah terpaksa mengekori langkah Rosmin dan menggamit Rohayu untuk mengikut sama.

“So, apa cerita Zimah sekarang ni?” tanya Rosmin sebaik sahaja makanan yang mereka pesan terhidang di depan mata.

“Biasa aje kak,” jawab Azimah malu-malu.

“Zimah kerja ke sambung belajar kat sini?”

“Kerja,” jawab Azimah pendek.

“Oh! Tak minat nak belajar dah?” tanya Rosmin lagi. Dia memerhatikan wajah adik sepupunya yang seakan-akan malu untuk bertentang mata dengannya. Manakan tidak, kali terakhir mereka berjumpa 2 tahun yang lepas dimana ketika itu Azimah sudah berusia 16 tahun. Oleh kerana jarak usia mereka yang terlalu jauh menyebabkan mereka kurang rapat ditambah pula Azimah sememangnya seorang yang pendiam. Dan dia tidak menyangka akan bertemu dengan Azimah di bandaraya besar ini.

“Tak minat kak ditambah lagi dengan kewangan yang tak berapa kukuh,” jawab Azimah perlahan. Rosmin tersenyum.

“Takpelah. Dalam bekerja pun Zimah boleh belajar sebenarnya,” Rosmin menyuap nasi ke dalam mulutnya. Azimah dan Rohayu meninggalkan Rosmin setelah mereka selesai makan. Setelah menyalami tangan Rosmin, kedua mereka melangkah perlahan. Masih terngiang-ngiang di telinga Azimah pesanan Rosmin sebentar tadi.

“Kalau Zimah perlukan apa-apa, jangan malu hubungi akak tau. Akak ada untuk tolong Zimah,”. Pesanan itu hanya mendapat anggukan dari Azimah.

Setahu Azimah, itulah satu-satunya sepupu yang dia ada kerana ibunya dan ibu Kak Rosmin hanya mempunyai seorang anak iaitu dia dan Kak Rosmin. Cuma dia kurang bernasib baik apabila kedua orang tuanya meninggal ketika dia berumur 8 tahun. Dan selepas itu, dia dijaga oleh kedua orang tua Kak Rosmin namun hanya sementara apabila kedua mereka juga pergi menghadap Ilahi 3 tahun selepas pemergian orang tuanya akibat kemalangan jalan raya.

Ketika itu, Kak Rosmin berumur 18 tahun. Setelah kematian kedua orang tuanya, Kak Rosmin mengambil keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan.

Semenjak itu, Kak Rosmin tidak lagi pulang ke kampung dan dia diserahkan kepada sebuah keluarga yang tidak mempunyai anak dan ingin menjadikan dirinya sebagai anak angkat. Cuma 2 tahun lepas kemunculan Kak Rosmin mengejutkan dirinya yang ketika itu sudah meningkat remaja.

Pada mulanya niat Kak Rosmin ingin membawanya tinggal bersama di Kuala Lumpur tetapi dihalang oleh keluarga angkatnya kerana mereka tidak sanggup untuk berjauhan dengan dirinya. Akhirnya Kak Rosmin terpaksa akur dengan keputusan mereka dan tidak lagi menjenguk dirinya di kampung sehinggalah mereka dipertemukan di shopping complex sebentar tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience