BAB 7

Crime Completed 13480

“Macam mana kes yang sayang tengah handle sekarang ni?” tanya Radhi sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di sebelah isteri kesayangan lalu menghulurkan mug kepada wanita itu. Oleh kerana terlalu fokus melihat rancangan yang ditonton, Rosmin tidak mendengar pertanyaan Radhi.

“Sayang!” tepukan lembut di bahu menyebabkan dia tersentak.

“Abang. Abang tanya apa tadi? Min tak dengar,” Rosmin memandang serius wajah sang suami.

“Itulah, fokus sangat tengok cerita tu. Cerita apa yang?” tanya Radhi tanpa menjawab pertanyaan isterinya.

“Cerita pasal pembunuhan ni hah,” jawab Rosmin pendek.

“Hai, mentang-mentanglah sekarang ni tengah siasat pasal kes pembunuhan. Cerita pun nak tengok pasal pembunuhan juga,” sindir Radhi menyebabkan Rosmin tertawa kecil.

“Apalah abang ni. Yang kat tv tu cuma cerita. Apa yang Rosmin tengah siasat ni adalah realiti. Mana tahu dari cerita ini Rosmin dapat idea tentang pembunuhan yang semakin berleluasa sekarang ni,”

“Iyalah. Min menanglah. Min ni kan dari dulu memang tak pernah nak mengalah kalau berdebat dengan abangkan,” Radhi mencuit hidung isterinya. Rosmin ketawa senang.

“So, macam mana siasatan Min setakat ini? Dapat apa-apa clue?” tanya Radhi prihatin. Dia memang mengikuti setiap perkembangan kes yang tengah di siasat oleh isterinya sekarang ini.

Rosmin mengangkat bahu. “Entahlah bang. Belum selesai lagi kes yang pertama, timbul pula kes yang kedua. Pening Min bila memikirkannya,” keluh Rosmin.

“Min janganlah fikirkan sangat kerja tu. Min pun kena rehatkan diri dan otak tu,”

“Yang Min tak faham kat sini, kenapa wanita tua yang menjadi sasaran pembunuh tu bang. Lepas tu, mangsa pula ditemui tanpa alat sulit. Ngeri Min bila ingat balik,”

“Abang rasalah, mangsa mungkin dibunuh oleh orang yang sama. Min pernah cakap dengan abang yang mangsa pertama pun ditemui dalam keadaan yang sama seperti mangsa kedua kan?”

Rosmin menganggukkan kepala. “Wah, abang ni dah tukar profession nampak,” Rosmin memandang wajah suaminya untuk mendapatkan reaksi.

“Abang cuma nak tolong isteri abang ni. Takdelah dia nanti kerut sana kerut sini aje,”

“Iye ke? Berkerut ke bang?” Rosmin meraba wajahnya. Radhi ketawa lantas membawa Rosmin ke dalam pelukannya.

“Abang gurau aje lah. Sayang abang ni tetap cantik dari dulu sampai sekarang. Walau berkerut sekalipun, abang tetap sayang,”

“Terima kasih abang,” Rosmin membalas pelukan Radhi. Kesepian duduk di rumah besar itu berdua bersama sang suami menyebabkan Rosmin sentiasa menyibukkan dirinya dengan kerja. Walaupun perkahwinan mereka sudah melangkau ke 8 tahun, namun Allah belum lagi meminjamkan mereka dengan pinjaman yang satu itu. Namun Rosmin redha dan menyerahkan semuanya kepada Allah SWT.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience