BAB 1

Crime Completed 13480

Azimah meletakkan surat khabar yang baru dibacanya di atas meja. Dia mengeluh perlahan. Hatinya sedih tiba-tiba mengenangkan berita yang baru dibacanya sebentar tadi.

Nyawa manusia sekarang dah tiada makna apa-apa. Pembunuhan seolah-olah satu game. Game di mana siapa yang paling banyak membunuh, maka dia yang menang. Manusia sekarang sudah tiada perasaan takut! Laung hatinya. Azimah mengeluh lagi.

“Hai Zimah, aku tengok dari tadi kau asyik mengeluh aje. Kenapa?” tanya Rohayu, teman serumahnya yang sudah melabuhkan punggung di sisinya.

“Aku baru baca paper ni hah! Sedih lah tengok manusia sekarang senang-senang nak bunuh orang,” rungut Azimah lalu memberi surat khabar kepada Rohayu.

“Zaman sekarang ni memang macam-macam Zimah. Kalau tak hati-hati, bila-bila masa saja diorang kat luar tu ambil kesempatan,” Rohayu meletakkan kembali surat khabar di atas meja tanpa mahu membacanya.

“Yalah Ayu, aku pun tak tahu apa yang mereka dapat dengan membunuh orang,”

“Mungkin kerana wang, kesempitan hidup atau pun kepuasan,”

“Kepuasan? Bunuh orang boleh puas ke?”

“Entahlah Zimah. Lain orang lain ragam. Dahlah, aku nak mandi kejap. Kau ada nak pergi mana-mana tak?”

“Tak lah. Aku nak duduk rumah je hari ni. Lagipun, hari ini je aku dapat lepak-lepak kat rumah,”

“Betul tu Zimah. Sure ye kau tak pergi mana-mana?” tanya Rohayu lagi.

“Betul lah Ayu. Malas lah nak keluar. Duduk rumah tengok tv sambil baring-baring lagi seronok,” Azimah tersengih memandang Rohayu.

“Manalah tahu engkau nak keluar dengan mamat sebelah yang selalu ngorat engkau tu,” Rohayu menjeling Azimah sebelum hayunan kusyen tepat mengenai kepalanya.

“Apa ni oiii. Bapak aku cakap tak baik tau pukul-pukul kepala orang,” jerit Rohayu.

“Engkau lah pergi dating dengan mamat bangla sebelah tu. Tak kuasa aku,”

“Jangan sombong Zimah, esok-esok jatuh cinta pula kau kat mamat bangla tu hah!” Rohayu mengekek.

“Ishh, dahlah pergi mandi sana,” Azimah menolak badan Rohayu. Rohayu bangun dari duduknya bersama tawa yang masih bersisa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience