BAB 3

Romance Completed 1083

BERKERUT dahi Hayla membaca petikan demi petikan dari dalam buku yang
baru dipinjam dari perpustakaan tadi. Dia perlu mencari isi yang sesuai
untuk dimasukkan ke dalam tugasan barunya. Shakila pula sejak tadi melekat
di hadapan laptop. Dia tahu Shakila juga cuba mencari isi yang sesuai
untuk dimuatkan dalam tugasan berkumpulan mereka.

“Hayla !”

“Apa kau ni?” Marah Hayla . Terkejut besar dia apabila Shakila tiba-tiba
menjerit.

“Sorry.” Shakila tersengih.

“Kenapa? Tengah-tengah malam macam ni, kau menjerit-jerit.”

“Aku dah tahu sesuatu.” Sengihan Shakila melebar.

“Apa yang kau tahu?”

“Mamat rambut ikal tu lah. Aku tahu siapa dia,” balas Shakila .

“Mamat rambut ikal yang mana ni?” Berkerut-kerut dahi Hayla .

“Alahai… jejaka misteri yang kau tunjuk pada aku minggu lepas. Lupa pula
dia.”

“Oh… dia tu. Apa yang kau tahu?” Buku sudah ditutup. Tajam matanya
merenung Shakila . Berdebar-debar juga dia menanti kata-kata yang bakal
keluar dari mulut Shakila .

“Nama dia Fateh Ariff. Tahun 3. Rupa-rupanya dia senior kita lah. Aku
tak perasan pun dia dulu masa minggu orientasi kita. Dia dari Kuantan.”

“Mana kau tahu semua ni?”

“Fac. Aku dah add dia. Nanti aku add request kat kau.” Sengih
Shakila melebar.

“Dia ada awek ke?” soal Hayla ingin tahu.

“Itu aku tak tahu… setakat aku dengar-dengar, dia takde awek lagi. Kalau
kau nak betul-betul tahu, kau tanyalah dia sendiri nanti.”

“Ish, gila kau nak suruh aku tanya. Aku bukan perigi cari timba.”

“Zaman sekarang ni Hayla … takde dah istilah tu. Siapa cepat, dia dapat.
Lagipun kalau betullah dia baik, tak salah kau mula langkah dulu. Betul
tak?” soal Shakila dengan sengihan makin lebar.

Hayla terdiam. Walaupun betul apa yang diberitahu Shakila tadi, tidak
mungkin dia akan mulakan langkah dulu walaupun dia tahu Fateh tidak
berpunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience