BAB 8

Romance Completed 1083

FATEH memandang Syamel yang tersenyum sejak masuk ke dalam biliknya
tadi. Pelik juga dia melihat telatah Syamel . Nak kata bercinta… tidak
mungkin! Syamel tidak pernah berahsia apa-apa dengannya termasuk hal
peribadi. Jodoh mereka memang panjang. Selepas habis belajar, dia dan
Syamel bekerja di syarikat kontraktor yang sama selama dua tahun.
Kemudian mereka memohon pinjaman dan membuka syarikat kontraktor
sendiri. Mereka menjadi rakan kongsi. Alhamdulillah selepas tiga tahun,
syarikat mereka semakin dikenali dan mendapat kepercayaan ramai. Mereka
juga semakin sibuk.

“Adik kau sihat?” soal Syamel tiba-tiba.

“Adik aku yang mana?” Pelik dengan soalan tiba-tiba Syamel . Dia mempunyai
tujuh orang adik, dan yang paling kecil bakal mengambil UPSR tahun ini.

“Semua,” balas Syamel tersengih.

“Alhamdulillah semua sihat. Mak, ayah aku pun sihat,” jawab Fateh . Dia
masih menanti maksud sebenar di sebalik senyuman Syamel .

“Kita cari seorang arkitek kan? Aku dah buatinterview minggu lepas.
Aku dah jumpa seorang,” ujar Syamel akhirnya.

Fateh hanya mengangguk. Dia tahu hal itu. Minggu lepas dia berada di
Muar menguruskan projek di sana. Dia juga mengetahui Syamel telah
menjumpai seorang arkitek.

“Jadi?”

“Dia mula kerja hari ini. Aku panggil dia jumpa kau ya? Nanti dia kerja
bawah kau juga,” ucap Syamel .

Fateh mengangguk lagi. Syamel sudah berdiri dan melangkah keluar dari
bilik. Beberapa minit kemudian dia melangkah masuk.

“Mana dia?” Pelik apabila Syamel masuk seorang diri. Tetapi senyuman
Syamel masih tidak padam.

“Jap. Dia pergi toilet.” Syamel menghulurkan fail pekerja baru mereka.

Fateh membuka fail tersebut dengan seribu tanda tanya. Apabila melihat
gambar berukuran passport pada helaian yang pertama, dia sudah
ternganga. Segera dia memandang Syamel yang tersenyum.

“Mana kau jumpa dia?”

Syamel menggeleng.

“Aku tak jumpa dia. Dia datang sendiri sini. Tak ada paksaan. Aku
sendiri terkejut masa pertama kali jumpa dia masa interview minggu
lepas. Aku hired dia bukan sebab kau. Tapi dari resume dia, aku tahu
dia orang yang paling sesuai. Lagipun budak USM kan. Kenalah bantu
junior sendiri,” balas Syamel panjang lebar.

“Kenapa tak beritahu aku?” soal Fateh . Sekurang-kurangnya dia boleh
bersedia. Walaupun hampir lima tahun tidak berjumpa, setiap hari dia
tertanya-tanya bagaimanakah keadaan Hayla . Pelik juga sepanjang lima
tahun, tiada seorang gadis juga yang mampu mengetuk pintu hatinya dan
dia masih teringatkan gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience