BAB 9

Romance Completed 1083

Sina mengangguk. Dahinya berkerut-kerut seperti memikirkan sesuatu.

“Cikgu Sina pernah beritahu… Sayidina Ali ganti tempat tidur Nabi
Muhammad SAW kan? Sayidina Ali pun budak-budak macam Sina . Tapi dia
berani. Sina pun nak jadi berani juga macam Sayidina Ali.”

“Jadi, Sina tak takut kan tidur seorang je dalam bilik?” pancing
Fateh . Dia tahu anaknya itu masih tidak biasa.

“Tak!”

“Inilah anak ayah.” Pipi gebu Sina menjadi mangsa ciumannya.

Sina ketawa. Dia suka dimanja begitu oleh ayahnya.

“Sina nak tahu cerita tentang Sayidina Ali dan Fatimah Zahara?”

Sina segera mengangguk.

“Sayidina Ali memendamkan rasa cinta pada FatimahMedina kerana sedar
bahawa dirinya tidak hebat seperti orang lain. Sayidina Ali pendamkan
perasan dia seorang diri. Akhirnya Sayidina Ali bertemu Nabi Muhammad
SAW untuk meminang Fatimah Zahara. Rupa-rupanya jodoh Sayidina Ali dan
FatimahMedina sudah lama di atur oleh Allah,” ujar Fateh .

Sina terpinga dengan dahi semakin berkerut.

“Abang ni. budak ni mana faham apa yang abang beritahu tu,” tegur Hayla
sambil tergeleng. Kasihan melihat wajah penuh tanda tanya anak sulungnya
itu. Kata-kata suaminya turut didengarnya sebentar tadi. Dia faham
dengan maksud tersirat dari kata-kata suaminya itu.

Fateh tersenyum.

“Cepat habiskan susu. Ayah teman Sina tidur. Esok nak pergi tadika.”

Sina tanpa banyak kerenah segera menghabiskan minumannya. Kemudian,
Fateh memimpin tangan Sina masuk ke dalam bilik anak lelakinya yang
terletak di tingkat dua dan bersebelahan dengan bilik Zuryn dan Ayesha.

Hayla kembali melabuhkan punggung. Dia teringat kembali kata-kata
suaminya. Dia teringat bacaannya mengenai kisah cinta agung Sayidina Ali
dan Fatimah yang memang patut dicontohi. Walaupun dirinya
langsung tidak layak dibandingkan seperti Fatimah yang berkorban
jiwa raga untuk agama dan suaminya, tetapi dia menjadikan Fatimah Zahara
sebagai idolanya dan berusaha ke arah itu.

“Maafkan aku, kerana sebelum menikah dengan kamu. Aku pernah satu
kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda,” ucap Fatimah Zahara.
“Kalau begitu mengapa engkau mahu menikah dengan aku dan siapakah
pemuda itu?” soal Sayidina Ali, terkejut. Sambil tersenyum Fatimah Medina berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah dirimu.”

Pandangan Hayla tertumpu pada Fateh yang melangkah keluar dari bilik
Sina . Dia bersyukur akhirnya dia dijodohkan dengan Fateh . Lelaki yang
pertama berjaya mengetuk pintu hatinya. Lelaki inilah yang dilihatnya
dari jauh sahaja dan mereka tidak bertegur sapa dan kini lelaki ini
adalah suaminya. Ya Allah, Kau kurniakan kebahagian dunia akhirat padaku
dan keluargaku ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience