BAB 1

Romance Completed 1083

HAYLA Medina mengeluarkan tisu dari beg galasnya. Dia pelajar tahun
pertama Universiti Sains Malaysia (USM), Kampus Kejuruteraan Nibong
Tebal, Pulau Pinang. Sejak akhir-akhir ini cuaca memang panas. Sudah
lama bumi Penang tidak disirami hujan. Shakila mengeluh panjang. Lambat
pula bas. Matanya sudah mengantuk. Dia sudah terbayang-bayang katil di
dalam bilik. Tidak sabar rasanya hendak menghempaskan badannya di atas
katil. Tadi di dalam kelas, sudah beberapa kali dan Hayla menguap
panjang. Kuliah hari ini dirasakan terlalu lama. Peliknya apabila mereka
berada di dalam bilik, perasaan mengantuk itu terus hilang.

“Kila ,” panggil Hayla perlahan. Dia serba salah.

“Apa?” Shakila menoleh. Pelik pula dengan intonasi suara Hayla .

“Tengok tu,” bisik Hayla perlahan.

“Tengok apa?” Terus Shakila melepas pandang pada dua orang pemuda yang
sedang berbual di tempat letak motor.

“Kau nampak yang rambut ikal tu. Pakai cermin mata,” beritahu Hayla
separuh berbisik.

“Nampak. Pakai baju hijau? Kau berbisik macam pencuri ni kenapa? Bukan
mamat tu dengar kau cakap. Kita duduk sebatu jauh dari dia,” balas Shakila .

Hayla tersengih.

“Handsome kan?” soal Hayla .

Shakila mengangguk sebelum bibirnya mengukir senyuman lebar.

“Jangan kata kau dah jatuh hati dengan dia?”

“Gila kau. Aku cuma beritahu je!” Merah padam muka Hayla .

Shakila tergelak.

“Walaupun kita baru kenal awal sem ni. Tapi kita dah nak habis sem. Kau
tak pernah tunjuk aku mana-mana budak lelaki kat aku. Tiba-tiba hari ni,
tak ada hujan ribut… kau tunjuk aku kat dia. Mestilah aku suspicious.
Memang dia handsome Hayla . Aku tak nafikan.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience