BAB 4

Romance Completed 1083

SYAMEL membuka pintu bilik. Plastik air milo yang baru dibeli dari
kafe, diletakkan di dalam mug besar. Fateh masih terlentang di atas
katil. Hari ini Fateh tiada kelas. Dia pula terpaksa menghadiri
mesyuarat pagi tadi.

“Fateh ,” panggil Syamel .

“Apa?” Lemah sekali suara Fateh . Dia sebenarnya sudah tersedar apabila
Syamel membuka pintu tadi, tetapi dia menyambung semula lena.

“Aku ada benda nak beritahu kau,” beritahu Syamel yang sudah mencabut
bajunya. Kemudian dia melompat naik di atas katil. Dia juga hendak tidur.

“Apa?” Malas sekali suara Fateh . Dia masih mahu menyambung lena yang
terganggu. Bukan senang hendak bermalas-malas seperti ini. Dia sekarang
berada di tahun akhir, jadi terlalu banyak projek dan tugasan yang perlu
disiapkan.

“Pasal Miss Green,” ujar Syamel perlahan. Dia menanti reaksi Fateh .
Seperti jangkaannya Fateh tiba-tiba bangun dari perbaringan.

“Apa yang kau tahu?” soal Fateh terus. Mukanya yang mamai nampak bercahaya.

Syamel ketawa. Dia tidak sangka kawannya itu nampak begitu teruja.

“Cepatlah. Apa dia? Kau jangan nak kencing aku pula.” Merah padam muka
Fateh .

“Aku dapat tahu dari junior kita. Kebetulan aku online Fac
depan dia tadi. Gambar Miss Green kena tag masa minggu orientasi
pelajar baru dulu. Kau tak pergi minggu orientasi tu kan? Kau ada
projek. Aku pun tanya dia… siapa budak tu. Jadi dia dengan senang hati
beritahu aku. Budak tu peramah. Ramai orang suka dia. Jadi ramai juga
kenal dia rupanya.”

“Nama dia apa?”

Syamel tersenyum. Pertama kali dia melihat Fateh nampak berminat
mendengar ceritanya mengenai perempuan. Selama ini Fateh hanya acuh
tidak acuh sahaja mendengar ceritanya. Pernah juga dia menyangka Fateh
ni seorang gay!

“Kalau tak silap aku.. nama dia Hayla Medina Mohd Lufti. Aku dah selidik
habis-habis. Dia dengan kau rupanya satu kampung. Dia pun orang Kuantan.
Dia junior kita. Ambil sama jurusan macam kau. Kiranya bakal jadi
arkitek. Insya-Allah.”

“Hayla Zahara?” Sebaris nama itu disebut Fateh .

Syamel mengangguk sahaja.

“Aku dah add dia dalam Fac. Nanti aku tunjuk kat kau,” sambung Syamel .

Fateh mengangguk sahaja.

“Apa kau nak buat lepas ni?” soal Syamel .

“Biarlah dulu Syamel. Aku malas nak fikir lagi. Kita pun dah nak habis
belajar. Lepas ni tak tahu bila aku boleh jumpa dia. Entah-entah dia dah
berpunya. Aku ni anak sulung. Kalau ada jodoh, aku jumpa dia balik. Buat
masa ni aku nak tumpu pada study aku dulu,” ucap Fateh akhirnya.

Syamel terpinga. Kagum dengan sikap dan kata-kata Fateh .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience