BAB 2

Romance Completed 1083

FATEH ILLYAS menggaru kepala yang tidak gatal. Dia serba salah. Dia
meletakkan beg galasnya di dalam raga motor. Kemudian dia menyeluk saku
seluarnya untuk mencari kunci motor. Segala perbuatan Fateh hanya
diperhatikan Syamel dengan penuh tanda tanya.

“Woi Fateh ! Kau macam kucing hilang anak ni kenapa? Terkebil-kebil
pandang motor. Kau dah hilangkan kunci motor ke?”

Fateh menggeleng.

“Dah kenapa?”

“Nah!” Kunci motor dihulurkan pada Syamel .

“Kau ni kenapa? Tempat kunci nak bukahelmet kat bahagian kau. Kau
hulur kunci kat aku pula.” Bebelan Syamel mula kedengaran.

Fateh menyumbat kunci. Syamel segera mengambil helmet miliknya. Fateh
pula masih terkial-kial.

“Kau ni kenapa? Cuba cerita sikit,” suruh Syamel .

“Kau cuba perhatikan kat bus stop depan kita ni. Kau perasan tak ada
dua orang budak perempuan tunggu bas?” Perlahan suara Fateh .

Syamel segera menoleh sebelum Fateh menjerit perlahan.

“Kenapa pula? Tadi kau suruh tengok.”

“Kalau kau pusing. Nanti mereka perasan. Dari tadi aku tengok, mereka
asyik pandang kita,” beritahu Fateh akhirnya.

Syamel tergelak.

“Sejak bila kau jadi perasan macam ni?”

“Budak yang duduk sebelah kanan tu… comel,” beritahu Fateh perlahan.

Demi mendengar kata-kata Fateh , segera Syamel menoleh. Kemudian dia
merenung tajam pada Fateh .

“Dah nak dekat tiga tahun kita kenal sejak pertama kali belajar sini.
Aku masak sangat dengan perangai kau, Fateh . Pertama kali dalam hidup kau
puji budak perempuan depan aku. Budak pakai baju kurung dan tudung warna
hijau kan?”

Fateh mengangguk sahaja. Dia sudah memakai helmet.

“Mulai hari ini, aku namakan budak tu… Miss Green,” ujar Syamel .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience