BAB 7

Romance Completed 1083

“Surprise. Allah dah pertemuan kau dan dia. Diasingle. Aku dah
selidik dalam-dalam semua hal dia. Kita hanya merancang, Allah yang
tentukan segalanya. Aku dah tolong kau Fateh . Sekarang giliran kau
mulakan langkah. Kau dah ada segala-galanya yang kau tak ada dulu. Kau
ada rumah sendiri. Kereta sendiri. Syarikat sendiri pun kau ada.
Adik-adik kau semuanya terurus, dan kau sanggup berhabis duit hantar
tiga orang adik kau belajar oversea. Mak, ayah kau pun kau hantar
pergi tunaikan haji. Saudara mara yang lain, kau boleh bantu pergi
tunaikan umrah. Sekarang giliran kau cari kebahagian kau. Sebagai kawan
baik kau, aku doakan yang terbaik untuk kau. Aku tahu cinta kau hanya
pada Hayla . Nampaknya kata-kata kau dulu menjadi kenyataan. Insya-Allah,
Hayla adalah jodoh kau. Sekarang giliran kau berusaha,” jawab Syamel .

Fateh tergamam.

“Terima kasih Syamel. Aku tak tahu nak cakap apa,” balas Fateh . Dia
menghampiri Syamel . Tubuh Syamel dipeluk kejap.

Syamel menepuk lembut tubuh rakannya. Dia sudah menganggap Fateh seperti darah dagingnya juga. Sudah lama mereka berdua berkawan. Susah senang dilalui bersama-sama.

Pelukan dilepaskan apabila Sara , setiausaha Fateh mengetuk pintu.

“Cik Hayla nak jumpa,” beritahu Sara .

Syamel tersenyum dan mengangguk. Senyumannya semakin lebar apabila
melihat muka merah padam Fateh . Pergerakan Fateh juga sudah serba
tidak kena.

“Panggil masuk,” suruh Syamel apabila Fateh sudah tidak mampu berkata-kata.

“Assalamualaikum,” ucap Hayla bila dia melangkah masuk.

Fateh sudah kembali pada tempatnya. Dia berpura-pura tenang walaupun
jantung kini sudah berdegup kencang.

“Walaikumussalam,” balas Syamel perlahan diikuti Fateh .

Hayla melepas pandang Syamel sebelum pandangannya mati pada Fateh . Mulut
terbuka sedikit. Jantungnya berdegup kencang. Ya Allah, lelaki ini!

“Hayla , kenalkan Encik Fateh . Encik Fateh bakal menjadi ketua Hayla
nanti,” beritahu Syamel dengan senyuman lebar. Dia dapat mengesan riak
terkejut pada wajah Hayla .

Hayla tergamam. Lututnya terasa lemah. Bagaimana hendak dia berurusan
dengan lelaki ini. Hendak merenung matanya sahaja, dia terasa hendak
pengsan. Sudah bertahun-tahun dia cuba melupakan Fateh . Selama ini dia
menganggap jodohnya dengan Fateh tiada selepas Fateh habis belajar.
Dia tidak sangka dia dan Fateh boleh berjumpa lagi. Mereka juga tidak
pernah berjumpa mahupun bertegur sapa. Dia cuma bertepuk sebelah tangan.

“Hayla ,” panggil Fateh perlahan.

Hayla mengangguk.

“Awak kenapa Hayla ? Muka merah sangat ni?” soal Syamel pula, sambil cuba
sembunyi senyum. Bukan wajah Hayla sahaja yang merah padam, Fateh juga
begitu.

Hayla menggeleng pula.

“Saya okay. Panggil saya Hayla ,” suruh Hayla pula selepas dia berjaya
mengumpul kekuatannya semula.

“Hayla . Selamat bekerja,” ucap Fateh yang sudah berdiri menghadap Hayla .

Hayla menundukkan kepala dan mengangguk sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience