BAB 5

Romance Completed 1083

“Kau nak pergi mana?” soal Syamel apabila melihat Fateh melangkah keluar
dari bilik.

“Solat Zohor. Aku tak solat lagi ni. Kalau aku tidur, tak tahu bila aku
tersedar. Kau tu pun, tak payah baring lagi… jom solat!” ajak Fateh .

Syamel tersengih malu. Memang kalau tidak diajak Fateh , dia akan terus
pejam mata. Itulah untungnya dia berkawan dengan Fateh yang selalu
mengingatkan dia apabila dia alpa dengan hidupnya.

HAYLA tersenyum melihat suaminya yang masih khusyuk menghadap laptop.
Dia berjalan perlahan dengan membawa cawan berisi Nescafe. Badannya juga
terasa letih. Sepanjang hari berada di tapak pembinaan dan apabila balik
ke rumah, dia melayan pula keletah anak-anaknya yang kian membesar.

“Tidur dah Sina dan Andra?” soal Fateh .

Hayla mengangguk sahaja. Sina Adha dan Zuryn Andra sudah berusia enam
tahun. Pasangan kembar tersebut semakin hari, semakin lincah. Mulut
mereka juga semakin becok. Setiap hari ada sahaja soalan baru yang bakal
ditanya oleh mereka berdua.

“Tidur dah Ayesha?” Terkejut juga dia melihat Zuryna Ayesha yang terlena
di atas riba Fateh . Ayesha pula bakal menyambut ulang tahun hari
jadinya yang kedua pada minggu hadapan memang susah hendak tidur. Ayesha
lebih aktif berbanding abang dan kakaknya.

“Abang buat susu tadi. Letak atas riba, ajak dia tengok cerita Doraemon
dalam laptop ni. Sedar-sedar dia dah terlena.” Sengihan Fateh melebar.
Lega juga hatinya kerana Ayesha tidur awal hari ini.

“Hayla bawa Ayesha masuk bilik ya?”

Fateh mengangguk. Hayla mengangkat Ayesha perlahan-lahan. Ayesha tidur
bersama-sama dengan kakaknya. Sina pula tidur seorang diri di dalam
bilik berasingan.

“Eh, dah siap kerja abang?” soal Hayla sedikit pelik apabila melihat
Fateh sudah menyusun semua fail-fail yang tadi bertaburan di atas meja.
Barang-barang mainan anak-anaknya sudah disimpan di dalam bakul.

“Cerita cina ni best pula. Terganggu konsentrasi abang.”

Hayla tersenyum. Dia melabuhkan punggung di sisi suaminya. Fateh
meletakkan lengan di atas bahu Hayla sebelum menarik Hayla rapat padanya.

“Sunyi pula bila anak-anak tidur,” ujar Hayla perlahan. Matanya tertumpu
pada skrin TV.

Fateh hanya mengangguk. Dia kembali menonton TV. Sesekali dia ketawa
diikuti Hayla .

“Panjang jodoh mereka tu,” ulas Fateh perlahan apabila melihat hero dan
heroin dalam cerita tersebut kembali bertemu selepas beberapa tahun
terpisah.

“Macam kita?” Hayla mendongak memandang suaminya.

Fateh terdiam sebelum akhirnya dia mengangguk perlahan-lahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience