BAB 8

Romance Completed 1083

“ABANG,” panggil Hayla perlahan.

“Apa?” Terpinga Fateh dengan teguran tiba-tiba isterinya.

“Panjang abang mengelamun. Teringat ke siapa ni?” soal Hayla dengan
wajah penuh tanda tanya.

Fateh tergelak. Cemburu juga isterinya ini.

“Abang nak ingat ke siapa lagi. Suri hati abang ada depan mata,” balas
Fateh dengan senyuman.

“Abang ingat apa? Jauh sangat mengelamun. Dua tiga kali Hayla panggil,”
ujar Hayla sedikit curiga.

“Abang teringat macam mana susahnya abang nak mengurat Hayla dulu.
Macam-macam cara abang cuba. Tapi Hayla jual mahal sangat,” balas Fateh .

Hayla terdiam sebelum dia mencubit perut suaminya.

“Sakitlah. Kenapa pula ni?”

“Abang tu. Hal lapan tahun lalu. Tiba-tiba nak ungkit. Kenapa?”

“Tak salah kan sayang? Seribu satu cara abang buat untuk dapatkan Hayla
dulu. Jadi abang tak akan sia-sia Hayla dan anak-anak. Susah nak pikat Hayla
ni,” jawab Fateh .

Hayla tersenyum. Dia bukanlah mahu menjual mahal dengan Fateh dahulu.
Tapi dia juga curiga dengan sikap Fateh yang tiba-tiba mahu memikatnya.
Dia menyangka Fateh mahu mempermainkannya. Fateh dah Syamel merupakan
usahawan muda yang berjaya. Ramai juga orang yang mengagumi mereka. Jadi
tidak hairanlah kalau Fateh mahu mempermainkannya. Hampir setiap hari
Fateh hadiah menghadiahkan coklat Cadbury sehinggalah dia menjadi bahan
usikan kawan-kawan di pejabat. Fateh juga berkeras mahu menghantarnya
pulang setiap hari. Akhirnya kemunculan Fateh di hadapan pintu
rumahnya, dan memohon kebenaran dari ayah dan ibunya untuk berkenalan
dengan Hayla dengan lebih dalam, membuka pintu hatinya. Rupa-rupanya
Fateh memang serius mahu berkawan dengannya. Beberapa bulan kemudian
mereka bertunang dan berkahwin.

“Ayah.”

“Kenapa Sina ?” soal Fateh apabila melihat Sina yang terpisat-pisat di
hadapan mereka.

“Sina takut nak tidur,” balas Sina sebelum menghampiri Fateh . Dia
terus melabuhkan punggung di atas riba Fateh . Fateh tersenyum. Dia dan
Hayla sedang mengajar Sina untuk tidur bersendirian di dalam bilik
sendiri sejak minggu lepas. Lagipun sampai bila Sina mahu tidur bersama
dengan Andra dan Ayesha.

“Ibu buat susu untuk Sina ye? Lepas tu ayah teman Sina tidur,” ucap Hayla .

Sina mengangguk sahaja.

“Sina nak dengar cerita tentang Nabi Muhammad SAW,” pinta Sina .

“Sina pernah dengar cerita tentang Sayidina Ali dan Fatimah Zahara?”
soal Fateh .

Sina mendongak. Dia menggeleng pula. Hayla pula sudah menuju ke dapur.

“Siapa tu ayah?”

“Sayidina Ali tu, sahabat dan menantu Nabi Muhammad SAW. Fatimah Zahara
pula anak perempuan Nabi Muhammad SAW,” beritahu Fateh .

“Nama Fatimah Medina sama macam nama ibu kan ayah?” soal Sina .

“Tok ayah Sina bagi nama ibu Sina sempena nama Fatimah Zahara. Zahara
dalam bahasa Arab bermaksud bunga.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience