bab 10

Romance Series 13434

Setelah beberapa hari Lia terperap di dalam vila tersebut, kereta myvi miliknya meluncur laju meninggalkan perkarangan vila menujuh ke sebuah butik miliknya. ‘Seharian duduk di rumah juga bosan.’ Bisik hatinya. Suaminya juga sudah beberapa hari tidak kelihatan. Enta kemana sahaja suaminya pergi. Dia sendiri malas hendak mengambil tahu. Lia lebih selesa menjalankan kehidupan seperti itu. Lebih kurang 1 jam lebih, Lia sampai di perkarangan butik. Lia disambut baik oleh para pekerjanya. Kedengaran ada beberapa suara yang mengucapkan selamat kepadanya.

“Selamat kembali puan!”
“Selamat pengantin baharu..”
“Wahhh puan makin cantik sejak jadi isteri orang..”

Hanya senyuman yang terukir di wajahnya. Setelah lama bercuti, akhirnya Lia kembali bekerja. Terlalu banyak kerja yang harus dia siapkan pada hari itu. Segala tempahan dibungkus. Lia sangat sibuk sehingga hampir lupa bahawa dia merupakan isteri orang. Jam di pergelangan tangan segera ditatap.
“ Alamak dah pukul 7 malam lah!” Dia mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. “ Annah tolong tutup butik ni yerr..Aku nak balik dah..” katanya kepada salah seorang pekerjanya. “ Baik puan.” Beg tangan segera dicapai dan dia segera pulang ke vila.


********

Di dalam sebuah vila di pinggir kota, kedengaran ada suara aneh yang berkumandang dari dalam sebuah bilik. Lia berjalan perlahan masuk ke dalam bilik tersebut. Rasa takut terus menyelubungi dirinya. Tiada sosok tubuh manusia kelihatan disebabkan lampu kamar yang samar-samar. Titisan darah menghiasi lantai yang putih. Seluruh tubunya kaku melihat darah tersebut. Warna darah yang sepertinya bukan milik manusia. Dia meneruskan langkahnya sambil memanggil suaminya. “Alfredo…Alfredo…A.ll..fr..edo…” Dia memanggil perlahan. Tiba-tiba, bayang-bayang manusia kelihatan di sebalik langsir. Bayangan tersebut seakan sedang memakan sesuatu. Tanpa disedarinya, Dia berteriak sekuat hati dan berlari keluar dari situ. Seluruh vila tersebut terkejut dengan suara Lia. Dua orang pembantunya Aliza dan Franciska segera berlari-lari anak untuk mendapatkan Lia. Kelihatan Lia mengigil ketakutan lalu pengsan. “ Puan! Bangun Puan!” Pembantunya Franciska menepuk-nepuk pipinya. Namun, dia tidak sedarkan diri. “ Telefon ambulance!” Jerit pembantu yang lain.


“Apa yang kecoh sangat ni?” Muncul sosok tubuh seorang manusia yang amat mereka kenali. Seorang lelaki yang cukup sifat. Tinggi lampai dan sangat tampan. Seperti biasa, kedua-dua tangannya diletakkan di dalam sakunya. Alfedo wan melangkah menujuh kearah mereka. Riaksi wajahnya sangat tenang. Tiada keraguan yang ditunjukkan. “ Dah bawa masuk bilik.” Dia mengarahkan beberapa pembantu rumah untuk memindahkan Lia ke dalam bilik. Lia segera diangkat dan dibaringkan di atas katil lalu pembantu tersebut beredar dari situ.

Tinggallah mereka berdua di dalam bilik tersebut. Tiba-tiba, wajah yang menyerupai Alfredo Wan sebentar tadi bertukar menjadi wajah yang amat berbeda. Senyuman sinis terus terukir di wajahnya. Dia memandang Lia dengan mata yang merah. Leher Lia yang terdedah ditatap dengan sangat berselera. Giginya yang tajam dikeluarkan. Dia perlahan-lahan menujuh kearah Lia. Leher Lia digigit dengan berselera. Darah yang mengalir di tubuh Lia dihisap sepuas-puasnya. Lia masi tidak sedarkan diri. Wajah Lia bertukar menjadi pucat akibat kehilangan banyak darah. TOK! TOK! Pintu diketuk menghentikan pergerakannya. Wajahnya terus bertukar serta merta menjadi Wajah Alfredo Wan semula. Dia segera membalut Lia dengan selimut. “ Ye masuk..” Ucapnya. Seorang pembantu wanita Muncul dari sebalik pintu bilik tersebut. Mata pembantu tersebut bertukar menjadi merah setelah melihatnya dan mengeluarkan cahaya terang di telapak tangannya. “ Jauhed Tomson!! Apa yang telah awak lakukan terhadap isteri saya!!!” Suara pembantu tersebut sepertinya suara seorang lelaki. Jauhed Tomson kaku. Dia menghadiakan senyuman sinis lalu segera melompat keluar dari situ melalui tingkap. Jauhed Tomson merupakan sahabat baik Alfredo Wan suatu ketika dahulu namun, ada satu peristiwa di mana Jauhed Tomson mengingkari perjanjian kumpulan vampire untuk tidak menyentuh manusia. Sejak itu, mereka bukan lagi sahabat. Namun, hari ini, dia sengaja datang ke vila Alfredo Wan untuk meminum darah manusia.

Sosok tubuh seorang wanita sebentar tadi bertukar menjadi sosok tubuh Alfredo Wan. Isterinya yang dibaluti oleh selimut dipandang. Langkah dipercepatkan menujuh kearah isterinya. Selimut tersebut dibuka perlahan. Kelihatan wajah isterinya yang pucat dan ada kesan gigitan di lehernya. Dia berasa sangat marah. Jari-jemarinya digengam lalu ditumbuknya dinding di bilik berkenaan. “ Jauhed Tomson! Aku tak akan lepaskan kau!” Nafasnya turun naik menahan kemarahan. “ A..fff..rr..ee.doo.” Satu suara mengejutkannya. Dia berpaling kearah isterinya. Pipi isterinya disentuh perlahan. Doktor keluarganya segera dipanggil untuk merawat isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience