bab 9 - vampire

Romance Series 13434

Lia membaling telefon tersebut di atas katil lalu keluar dari ruangan tersebut. Alfredo Wan yang berada di pejabatnya ketika itu sedang memerhatikan isterinya. “Ehh apesal pula aku kena kisah dekat budak tu?” Dia tersedar dari lamunannya. Tangannya mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Jam di pergelangan tangannya diperhatikan. Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Telefon di atas meja ditekan. Dia memaklumkan kepada setiausahanya bahawa dia akan bercuti selama 1 minggu. Memandangkan dia baru sahaja berkahwin, keluarganya telah mengaturkan lokasi bulan madu mereka. Namun, dia sedikit pun tidak berminat untuk pergi berbulan madu. Apa lagi mengenangkan Lia yang tidak menyukainya. Dia bangkit dan keluar dari ruangan tersebut untuk kembali ke rumah keluarga Lia. Dalam perjalanan pulang, Alfredo Wan merasakan seperti ada sesuatu yang berlaku ke atas isterinya. Lantas dia memecut laju menujuh ke rumah mentuanya. Bunyi suara tangisan berkumandang di telinganya. Kereta yang dipandunya segera berhenti. Dia bingung seketika. “ Suara apa itu? Siapa yang menangis?” Dicobanya berkali-kali untuk mengenalpasti suara tersebut. Matanya ditutup rapat. Suara yang berkumandang di teliti. Kedengaran suara Lia sedang menangis. Mata Alfredo Wan terus terbuka luas dan dia hilang dari pandangan. Kereta yang dipanduhnya dibiarkan di atas jalan. Anda mesti tertanya-tanya kan siapa Alfredo Wan yang sebenarnya?
Di halaman rumah yang sederhana, kelihatan Lia sedang menyapu daun-daun yang gugur sambil dimarahi oleh ibu tirinya “ Ehhh anak tak kenang budi! Beraninya kau memarahi Elic! Dasar anak tak guna!” Lia diam membisu. Enta mengapa ibu tirinya yang dulu lemah lembut kini bertukar menjadi jahat selepas Lia berkahwin. Air matanya mengalir.
Puan Latifah menarik telinga Lia dengan kasar “ Ehhh yang awak menangis ni dah kenapa? Ingat jangan sampai perkara ni sampai ke pengetahuan ayah dan suami kau!”
“ Ibu maafkan Lia..Sakit..” Ucap Lia dengan diiringi oleh tangisan. Senyuman sinis terukir di wajah Puan Latifah. Sejak awal dia berkahwin dengan Ayah Lia, dia sudah penat berpura-pura baik di hadapan mereka. Ayah Lia pula sangat mempercayai isterinya. Sampaikan semua harta diberikan kepada isterinya itu. “ Kalau suami awak tak kaya, dah lama aku halau engkau dari rumah ini!” Jerit Puan Latifah. Perkahwinan yang telah diaturkan itu hanyalah syarat untuk mengukuhkan kedudukan syarikat keluarga Lia yang hampir bankrap.Lia diam tidak melawan.
Dari jauh, kelihatan kereta milik Ayahnya memasuki perkarangan rumah. Elic yang sejak tadi memerhatikan Lia segera mencapai penyapu yang berada di gengaman Lia. Dia berpura-pura menangis. “ Lia awak ni kenapa? Saya dah buat semua kerja yang awak suruh. Tolonglah Lia. Jangan macam ni.” Elic berpura-pura merayu suaranya sedikit dikuatkan. Mengharapkan agar Ayahnya mendengar kata-katanya itu. Terbuntang mata Lia melihat gelagat Elic yang sangat munafik. Senyuman sinis terukir di wajah Puan Latifah.
“Ehhh Lia awak dah buat apa ni hah?” nada suara Ayahnya meninggi. “ Aku…..” Belum habis Lia berkata-kata, Elic sudah pun memotong kata-kata Lia. “ Ayah jangan lah marah kakak. Kakak stress tu..” Kata Elic. Dia berpura-pura baik di hadapan ayahnya “ Cepat minta maaf sekarang!” Ucap Encik Abidin dengan nada yang marah. “ Ayah saya tak buat semua tu!” Teriak Lia
lalu pergi dari situ.
Di sebalik pohon yang renek, muncul sosok tubuh manusia menampakkan gigi taringnya yang tajam. Matanya merah menahan marah. Rasa marahnya tiba-tiba membuak-buak apabila melihat isterinya diperlakukan seperti itu. Dia segera berjalan masuk ke dalam rumah tersebut. Dia mencoba untuk tidak menunjukkan wajah sebenarnya. “ Ehhhh menantu bila sampai? Kereta mana?” Tanya Puan Latifa yang tersedar apabila melihat Alfedo Wan melangkah masuk. Senyuman sinis terukir di wajah Alfredo Wan. Dia tidak menjawab pertanyaan Puan Latifah. Dia benci melihat wajah orang yang munafik.“ Maa..dia nampak ke apa kita buat tadi?” Bisik Elic perlahan. Puan Latifah segera menyiku Elic. Menunjukkan isyarat senyap. Wajah Elic bertukar muram. Alfredo Wan melangkah naik ke tingkat atas menujuh ke ruangan bilik isterinya. Pintu bilik tersebut dibuka perlahan. Kelihatan Lia sedang memerhatikan sesuatu yang berada di gengamannya. Cincin perkahwinan ditatap bersama linangan air mata. Alfredo Wan pura-pura berdehem. Terkejut Lia. Air mata yang jatuh segera dikesat. Dipandangnya Alfredo Wan dengan sayu. Walaupun baru sehari mereka berkahwin namun, enta mengapa dia merasakan bahwa dia telah mengenali Alfredo Wan dalam jangka masa yang lama. Sepata kata pun dia tidak mampu untuk mengeluarkan. “ Dah pergi bersiap sekarang kita nak pindah.” Alfredo Wan berkata sambil membuka baju kemejanya. “ Hah? kita nak pergi mane? Nak pergi rumah awak ke? ehhh aku tak nak lah gi rumah awak tu.” Lia menjeling. Dia sangat malas hendak berhadapan dengan keluarga Alfredo Wan. “ Siapa kata kita nak pergi ke rumah ayah saya? Dah cepat bersiap.” Selamba Alfredo Wan menjawab. Lia dengan langkah yang malas melangkah pergi bersiap. Kalau bukan kerana ibu tiri dan adik tirinya yang jahat, dia tidak ingin mengikuti suaminya berpindah.

Hari itu, saat itu juga, Alfredo Wan membawa isterinya melangkah keluar dari rumah itu. Mereka pergi menaiki kereta Lia menujuh ke sebuah vila di pinggir kota. Suasana Vila itu sepertinya amat menyeramkan bagi Lia. Sepertinya ada sesuatu yang misteri di dalam vila tersebut. Langkahnya yang mengekori Alfredo Wan masuk ke dalam vila tersebut terhenti seketika. Segala peralatan diperhatikan. kelihatan banyak pembantu rumah di vila tersebut. ‘Wahhh mewahnya.’ Bisik hatinya. Pintu bilik utama dibuka,segala barang yang dibawa dari rumahnya disusun kemas di dalam bilik itu. “ Ni ke bilik kita?” Lia berbisik. “ Siapa kata ini bilik kita?” Alfredo Wan menjawab. Jelingan terukir di mata Lia. “ Habis tu?”
“Ni bilik awak. Bilik saya kat atas tu hah.” Alfredo Wan terus berlalu dari situ. Tiba-tiba, wajah Lia merah seperti buah tomato yang masak. “ Aduhhh malunya aku..” Lia sedikit berteriak sambil menepuk-nepuk pipinya. Alfredo Wan yang mendengar teriakan Lia segera mengeleng-gelengkan kepalanya. Dia sendiri tidak tahu kapan dia akan memberitahu rasiah berkaitan dengan dirinya. Dia takut seandainya dia tidur sebilik dengan isterinya, dia akan mencederakan isterinya. Dia melangkah perlahan naik ke tingkat atas dan menujuh ke ruangan biliknya.

Jam menunjukkan pukul 10 malam. Dia berasa sangat pening. Ubat penenang segera ditelan. Setiap malam, dia wajib memakan ubat tersebut. jika tidak, dia akan mencederakan semua orang. Dari dulu, dia menyembunyikan identitinya sebagai vampire. Dia pergi suatu ketika dahulu,pergi meninggalkan insan yang dia cintai kerana dia takut cinta itu terlarang. Namun, setelah dia mengalami kemalangan, dia hampir bertukar menjadi manusia. Ada satu hal yang menakutkan baginya. Jika dia tidak berkahwin dengan manusia, dia akan mati. Lia insan yang tertulis dalam takdir hidupnya. Dia harus berkahwin dengan Lia untuk meneruskan kehidupannya.

Dia termenung seketika. bintang-bintang dilangit ditatapnya. Dia mengharapkan agar dia menjadi manusia biasa. Insan yang tidak menakutkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience