bab 6

Romance Series 13434

Lia terjaga dari lena setelah setengah jam terbaring di atas katil bilik rawatan. Tangannya coba digerakkan namun, ada tangan lain yang mengengam tangannya. Matanya dibuka perlahan. Kelihatan Sir Leo yang sedang dibuai mimpi mengengam tangannya. Perlahan-lahan, jari-jemarinya ditarik. “Huhh..Apa dia buat kat sini ehh…pegang-pegang tangan pulak tu…” Jelingan terus terukir di mata Lia. Dia bangkit dari katil tersebut dan coba untuk melangkah keluar dari situ. PUNG! Kedengaran sesuatu jatuh ke lantai mengejutkan Sir Leo.
“ Ehhhh…Lia awak nak ke mana ni? Awak tak oky lagi ni..” Sir Leo mematikan langkah Lia..
“ Maaf sebab menyusahkan Sir..saya nak ke bilik..” Lia tunduk takut memandang wajah Sir Leo.
“Lia…” Ucap Sir Leo perlahan sambil menyentuh dagu Lia. Lia yang terkejut dengan sentuhan tersebut segera menepis tangan Sir Leo.
“ So..rrr…y.y Lia” Ucap Sir Leo terketar-ketar. Dia tidak mampu mengawal emosinya. Butiran permata mengalir di pipi Sir Leo. Sekali lagi dinding bilik rawatan ditumbuk bertubi-tubi.
“ Sirrr! Sirrr! Cukup!!!” Lia coba menenangkan Sir Leo. “Maaf Sir..Sir ada masalah ke?” Tanya Lia lembut. Sir Leo berpaling kearahnya. Tangan Lia ditarik dan Lia didakap dengan erat. Timbul penyesalan dari dalam dirinya. Enta mengapa dia takut akan kehilangan Lia. Lia yang terkejut dengan tindakan Sir Leo segera meleraikan dakapan tersebut lalu dia berlari-lari anak beredar keluar dari bilik rawatan tersebut menujuh ke biliknya.
Sir Leo masi berdiri tegak di dalam bilik rawatan tersebut. Tangannya tidak henti-henti mengeluarkan cecair merah. Dibiarkan cecair tersebut mengalir bersama dengan linangan air mata. ‘Kenapa aku lemah macam ni?’ Bisik hatinya. ‘Haruskan aku pergi? Pergi jauh darinya..Aku tak kuat..’ Dia kesal dengan dirinya. ‘ Aku tak boleh lemah dengan wanita!!’ Tangannya digengam dengan kemas lalu dia keluar dari ruangan tersebut.

*******
Keesokan harinya, Kolej tersebut kecoh dengan berita yang mengatakan bahawa Sir Leo akan berpindah. Lia diam membisu. Pelbagai perasaan yang muncul dari dalam sudut hatinya. Dia segera melangkah menujuh ke ruangan bilik warden asrama namun, bilik tersebut telah kosong. “Sir! Sir!” Panggil Lia perlahan. Hatinya sangat pedih. Dia sendiri bingung dengan perasaannya. Dia jatuh berlutut di ruangan bilik tersebut. Tangisan kedengaran. ‘Kenapa ni? Lia awak kenapa? Kenapa awak sakit Lia’ Detik hatinya. Dia tidak menyedari bahawa dia telah meletakkan harapan yang tinggi untuk menjadi milik Sir Leo. “Bodohnya kau Lia! Kenapa awak nak orang tua tu?’’ Kata Lia perlahan.
“ Siapa Orang tua tu?” Terkejut Lia dengan suara tersebut. Keadaan sekeliling diperhatikan. Arah datangnya suara tersebut diteliti. Kelihatan Sir Leo sedang berdiri sambil menyusun beberapa barang keperluannya di dalam kotak. Terkejut beruk Lia melihat Sir Leo ada di ruangan tersebut. “S..s..sir.. maaff..” Jawabnya terketar-ketar. Bibirnya ditepuk bertubi-tubi. Sir Leo diam lalu melangkah kearah Lia yang masi berlutut. “ Dah bangun..” Sir Leo menarik tangan Lia untuk bangun. Setelah melihat kelakuan Lia sebentar tadi,maka sahlah bahawa Lia menyukainya. Ditatapnya wajah Lia dengan penuh makna. Dirapatkan bibirnya ke telingan Lia.
“ Lia..Sudikah kau menjadi isteriku?” Jari jemari Lia digengam dengan kemas. Lia terganga mendengar perkataan yang keluar dari mulut Sir Leo. “ Kenapa?” Kerutan di dahi sir Leo kelihatan. “ Maaf Sir….Tapi....” Ucap Lia perlahan. Senyuman terukir di bibir Sir Leo. “ Yupp not now dear..Tunggu 5 Tahun okey..Masa tu saya akan datang untuk melamar awak..” Ucap Sir Leo perlahan. Dahi Lia dikucup lembut. Butiran permata sekali lagi jatuh membasahi pipi Lia yang gebu.
“ Tapi……Sir nak ke mana ni?” Tanya Lia dengan sayu.
“ Panggi Bie please..”
“Tak nak...” Kata Lia degil. Riaksi wajahnya berubah serta merta. Wajahnya merah padam menanggung malu. Dia segera menarik tangannya dan Coba melangkah keluar dari situ. Namun, langkahnya dihalang oleh Sir Leo. Sebuah bungkusan kecil dihulurkan.
“ Ape ni?”
“Buka lah..”
Bungkusan tersebut dibuka.Terbuntang mata Lia apabila melihat isi bungkusan tersebut.“Telefon?”
“Yupp..Awak kan tak de HP..Nanti saya call angkat tau..” Kata Sir Leo lalu memasang telefon berkenaan. KLIK! KLIK! Gambar mereka berdua ditangkap dan disimpan rapi di dalam telefon tersebut. Terukir senyuman di bibir Lia. “ Thank you Sir!” Ucapnya riang lalu Lia beredar dari situ menujuh ke dewan kuliah. Bermula saat itu, Lia hanya ditemani oleh kenangan bersama dengan Sir Leo. Rutin hariannya berjalan seperti biasa. Sejak ketiadaan Sir Leo, rakan sebiliknya tidak lagi membencinya. Kini, Lia kembali fokus dengan pelajarannya. 5 tahun ditunggu dengan sabar. Telefonnya ditatap setiap hari menunggu panggilan dari Sir Leo namun hanya hampa yang ia terima. Usianya semakin hari semakin meningkat. Ayahnya pula ingin menjodohkan Lia dengan anak rakan baiknya. Lia diam. Tidak membantah. Mungkin Sir Leo telah melupankannya.

5 Tahun kemudian....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience