bab 8

Romance Series 13434

Malam itu, Alfredo Wan terjaga dan mendapati bahawa Lia sudah terlena di bucu katil sambil mengengam sebotol ubat miliknya. Lampu yang masih terpasang membolehkannya melihat dengan lebih jelas kelibat isterinya. Ditatapnya wajah isterinya dalam-dalam. Wajah yang sangat tenang. Menyimpan seribu satu rasiah. Bibirnya yang merah seakan menggoda imannya. Jari-jemarinya coba digerakan perlahan-lahan menyentuh rambut Lia yang terhurai. Enta mengapa dia sedikit pun tidak mampu untuk mengecam siapa sebenarnya isterinya. Tiba-tiba, alunan lagu Si Angui- Pure Little Girl kedegaran memenuhi ruangan bilik mereka. Isyarat panggilan masuk tersebut mematikan pergerakan Alfredo Wan. Dia segera bangkit dari katil lalu mencapai telefonnya dan keluar dari ruangan bilik tersebut. Lia yang terlena sebentar tadi terjaga tatkala mendengar bunyi pintu bilik ditutup. ‘ Ehhh kemana pula dia pergi?’ Bisik hatinya. Dia heran seketika namun coba untuk memikirkan perkara yang baik-baik sahaja. Lia bangkit perlahan dan baring di atas katil. Lia malas hendak mengambil tahu apa yang dilakukan oleh suaminya. Enta mengapa jauh di sudut hatinya tidak berminat untuk mengetahui hal yang berkaitan dengan Alfredo Wan. ‘Dia hanya suami yang tertulis di atas kertas dan bukan pilihanku’ bisik hati kecilnya. Kipas yang berputar di dalam bilik tersebut ditatap. Matanya berkaca. Sekali lagi dia terkenangkan Sir Leo. Tanpa disedarinya, bibirnya terkumat-kumat mengeluarkan suara merdu “lumpuhkanlah ingatanku hapuskan tentang dia…Hapuskan memoriku tentang dia.” Matanya ditutup rapat-rapat merasakan kesakitan. Telapak tangannya menyentuh dadanya yang mengeluarkan rasa yang amat pedih. Dia kini benar-benar ingin menghapus memori tersebut.

Alfredo Wan yang baru selesai berbicara dengan setiausahanya di telefon. Melangkah perlahan-lahan menujuh kearah bilik tidur mereka. Namun, langkahnya terhenti seketika apabila terdengar suara Lia yang merdu. Dia diam membisu. ‘hmmm kecewa ke?’ hatinya bersuara. Terukir senyuman sinis di wajahnya. Niatnya sebentar tadi yang ingin kembali ke bilik dilupakan. Langkahnya bertukar arah menujuh ke ruang tamu. Dia duduk di ruangan tersebut sambil jari-jemarinya sibuk bermain dengan telefon bimbit. “Hai sayang.” Ucap Elic adik tiri Lia. Kelihatan Elic mengenakan baju tidur paras peha dan menampakkan lurah dadanya yang mengoda. Senyuman mengoda dihadiakan kepada Suami Lia. Dia duduk di samping Alfredo Wan lalu bersuara. “ Kenapa tak tidur lagi? Sepatutnya malam ni malam pertama kamu berdua.” Lirikan mata Elic kelihatan amat mengoda. Jari-jemari Elic hinggap di peha Alfredo Wan. Digerakkan tangannya perlahan-lahan untuk mengoda Alfredo Wan. Sudah pasti setiap lelaki yang melihatnya seperti itu akan tergoda. Namun, tidak bagi Alfredo Wan. Dia merasakan bahawa apa yang dilakukan Elic itu amat menjjikkan. Tangan Elic ditolak dengan kasar. “ Stop it!” kata Alfredo Wan dengan nada yang meninggi. Dia kemudian bangkit lalu melangkah meninggalkan Elic di ruangan tersebut. Wajah Elic bertukar muram. Jelingan terukir di mata Elic. “ Sepatutnya aku yang jadi isteri engkau lah bukan dia!” Elic berteriak. Suatu ketika dahulu, Ayah Elic hendak menjodohkannya dengan Alfredo Wan namun, Dia didapati tidur dengan lelaki lain yang merupakan teman lelakinya sewaktu dia baru sahaja bertunang dengan Alfredo Wan. Oleh kerana keluarga Wan sangat mementingkan nama baik keluarga, mereka bercadang ingin menukarkan Lia menjadi isteri Alfredo Wan. Rumit sungguh jalan cerita mereka.


Alfredo Wan masuk semula ke dalam bilik mereka. Oleh kerana lampu bilik tersebut masih terpasang dan Lia tidak dibaluti dengan selimut, kakinya yang putih terdedah. Pandangan Alfredo Wan tertumpuh kearah kakinya. Lampu dipadamkan. Alfredo Wan naik keatas katil tersebut. Teriakan Lia kedengaran memenuhi ruangan bilik tersebut. “ Awak dah gila ke hah? Awak buat ape ni? Lepaskan saya!” Lia merontah-rontah minta dilepaskan. Air matanya mengalir dengan deras. “ Saya suami awak! Saya berhak ke atas awak!” Kata-kata Alfredo Wan tersebut menyebabkan Lia tidak mampu berkata-kata. ‘Ya dia suamiku… Dia berhak..’ bisik hatinya. Dia dia merelahkan segalahnya. Air mata tidak henti-henti mengalir. Pakainnya dirobek dan dicampakkan ke atas lantai. Lia pasrah. Diberikan segalahnya pada malam itu. Hatinya berbisik ‘ Aku akan coba untuk mencintai awak.’ Enta pukul berapa dia terlelap pada malam itu. Terlelap di dalam pelukan suaminya. Suami yang baginya bukan pilihannya.

********

Pagi itu,Kelihatan Lia sedang berbaring di atas katil sambil bermain dengan telefon bimbitnya. Suaminya pula pagi-pagi lagi sudah menghilang dari pandangannya. Tiba-tiba, Lia teringat sesuatu yang berada di dalam laci meja soleknya. Dia segera bangkit dan melangkah menuju kearah meja soleknya. Laci dibuka perlahan-lahan. Debaran di dada semakin terasa. Telefon bimbit pemberian Sir Leo sejak 5 tahun yang lalu dikeluarkan. Rasa sebak terus menyelubungi dirinya. TRETT!! Pintu dibuka mengejutkan Lia. Dia segera melepaskan telefon tersebut lalu laci tersebut dikunci. Dia kembali berbaring di atas katil. “ Ehh Lia suami awak kat mana?” Ucap Elic dengan sombong. “ Kenapa nak tahu?” Selamba Lia menjawab. Dia sudah masak dengan perangai Elic. Lia malas hendak bertekak dengan Elic. Dia segera bangkit masuk ke bilik air. Wajah Elic merah menahan marah dihempasnya pintu bilik Lia dengan kuat lalu dia melangkah ke dapur untuk menemui ibu dan ayahnya. “ Ibu..Ayahh..” Ucap Elic perlahan. Nada suaranya dibuat-buat sedih. “ Kenapa sayang..” Ucap ayahnya lembut. “ Kakak tu hah..” Sengaja Elic hendak menimbulkan salah faham di antara Ayahnya dengan Lia. “ Apa lagi yang dia buat tu?” Marah Encik Abidin. “ Ayah..Janganlah marah kakak..Elic yang gangu Lia tadi..” Ucap Elic perlahan. Kemunafikannya tersembunyi di wajahnya yang cantik. Dia berpura-pura baik di hadapan ayahnya.

Lia yang baru hendak melangkah ke dapur mematikan niatnya setelah mendengar perbualah 3 beranak tersebut. Dia kembali masuk ke bilik. Butiran permata jatuh di pipinya yang gebu. “ Aku tak bermakna ke di mata kalian” Ucapnya perlahan. Dia sangat kesal.TING! TING! Mesej masuk dari nombor yang tidak dikenali.

Yang awak nangis tu kenapa? – Unknown

Terbuntang mata Lia membaca mesej tersebut. Keadaan sekeliling diperhatikan. CCTV yang terselit di sebalik pasu bunga kelihatan. Dia menjeling kearah kemera tersebut. ‘ Ni mesti kerja dia’ Bisik hatinya. Air mata disekat. Mesej tersebut dibiarkan tidak berbalas. Dia segera berbaring di atas katil. Menyampah dengan suaminya. TING! TING!

Dah nak jadi isteri DERHAKA ke? –unknown

Perkataan derhaka tersebut sengaja ditekankan. Isyarat penumbuk ditunjukkan kearah kamera tersebut. Tersenyum Alfredo Wan melihat gelagat isterinya di kamera berkenaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience