bab 7

Romance Series 13434

Kelihatan Lia sedang duduk di meja solek sambil didandan. Senyuman kelat terukir di wajahnya. Hari ini, Lia yang merupakan seorang fesyen designer terkenal akan melangsungkan perkahwinan dengan seseorang yang tidak dikenalinya. Dia diam. Pasrah dengan segalanya. Kata-kata ayahnya tidak mampu dilawan. Telefon yang diberikan oleh Sir Leo sejak 5 tahun yang lalu dipandang dengan penuh makna. Dia mengharapkan agar Sir Leo muncul pada saat itu. Dia tidak mahu berkahwin dengan orang yang tidak dicintainya. Air mata coba ditahan agar tidak jatuh. ‘ Sir awak kat mana sekarang ni?’ bisik hatinya. Wajahnya ditatap di cermin meja solek. Dia sebak apabila melihat wajahnya yang kelihatan sangat cantik setelah didandan. Tiba-tiba, bayangan Sir Leo kelihatan di cermin tersebut. Dia terkejut. Matanya segera dikelip-kelipkan untuk memastikan adakah bayangan tersebut benar-benar wujud atau tidak. Malangnya, bayangan tersebut hanyalah ilusi.

“ Lia dah siap ke tu?” Pintu dibuka dengan tiba-tiba mematikan lamunannya. Puan Latifah ibu tirinya bergegas masuk. Kelihatan Jurusolek sedang tekun mendandan. Tiada respon dari Lia hanya senyuman yang kelat kelihatan. “Ok..dah siap puan..” Ucap jurusolek tersebut lalu pergi meninggalkan mereka.
“Ibu…” ucap Lia sayu.
“Ada apa sayang..” Puan Latifah mengusap tangan Lia yang lembut.
“ Ibu..Maafkan Lia..” Dikucupnya tangan ibunya meminta ampun.
“SUHHH…Lia tak salah apa-apa..Mama minta maaf yerr sebab paksa Lia kahwin..” butiran permata jatuh dari kelopak mata ibunya. Puan Latifah merasakan bahawa dia gagal menjadi seorang ibu yang baik. Didakapnya Lia dengan penuh kasih sayang. “ Mama harap Lia bahagia..” Lia diam. Dia coba mencari kekuatan untuk bersuara. “ Makasih mak..”

TOK! TOK! TOK! Pintu diketuk. Muncul sosok tubuh ayahnya. Senyuman dihadiakan kepada Lia. “wahhh! Cantik sungguh anak ayah..Dah siap ke? Jom keluar..Pengantin lelaki dah sampai tu kat luar..” Kata Encik Abidin bersemangat. Lia bangkit dari kerusi dengan lemah lalu melangkah pergi dengan diiringi oleh ibu dan ayahnya. Dia merasakan sekujur tubuhnya dingin. Dia takut untuk berhadapan dengan bakal suaminya yang tidak dikenali. Yang dia tahu hanyalah nama iaitu Alfredo wan. Keluarga Wan sangat digeruni oleh semua orang. Maklumlah keluarga tersebut merupakan orang kaya. Berbeza dengan Lia. Lia berasal dari keluarga yang sederhana. Dia mempunyai seorang adik tiri. Setelah ibunya meninggal dunia, Lia dibesarkan oleh puan Latifah selaku ibu tirinya. Dia dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh. Tiada beza dengan adik tirinya. Sejak awal Lia mengetahui bahawa dia bakal dijodohkan dengan anak pertama dalam keluarga wan, dia malas hendak mengambil tahu tentang keluarga tersebut. ‘sudah pasti keluarga yang berada itu sombong’ bisik hatinya. Perkahwinan pada hari itu dilangsungkan dengan agak sederhana.

Lia melangkah menujuh ke pelaminan setelah selesai upacara menyalung cincin. Kelihatan sosok tubuh seorang lelaki yang tinggi lampai,putih bersih dan sangat tampan berada di sampingnya. ‘inikah suamiku?’ detik hatinya. Pada saat itu, dia masi mengharapkan agar insan yang dicintainya muncul. Namun, kelibat Sir Leo tidak kelihatan sehingga majlis perkahwinannya selesai. Insan yang bergelar suaminya pula asyik memandangnya dengan tajam sejak tadi. ‘Habislah kau Lia’ bisik hatinya. Kecut perut Lia dibuatnya.

Malam itu merupakan malam pengantin. Jari manisnya yang tersalung kemas cincin berlian ditatap bersama linangan air mata. Dia menyesalinya. Janji yang telah dicipta suatu ketika dahulu coba dibuang jauh. Jauh dari sudut hatinya. Dia sendiri tidak tahu kapan waktunya Sir Leo akan muncul. Selama 5 tahun dia menanti khabar dari Sir Leo akhirnya dia mengalah. Mengalah dan berkahwin dengan insan yang tidak dikenalinya. PAK! PAK! Bunyi tapak kaki kedengaran melangkah menujuh kearah ruangan bilik tidurnya. Dia ketakutan. Sudah pasti itu merupakan suaminya. Air matanya dikesat. Selimut ditarik lalu dia menyusut masuk ke dalam selimut tersebut dan pura-pura tertidur. Pintu kamar dibuka perlahan. Alfredo Wan masuk ke dalam kamar tersebut. Dia yang baru hendak memasang lampu mematikan niatnya. ‘Mungkin dia dah tidur kot.’ Bisik hatinya. Dia tidak ingin mengejutkan Lia. Walaupun ruangan bilik tersebut gelap, namun dia masi mampu melihat Lia yang dibaluti dengan selimut dalam keadaan samar-samar. Alfredo Wan kemudiannya melangkah menghampiri katil tersebut lalu merebahkan tubuhnya di samping Lia.

Diperhatikan Lia yang berada di sisinya dalam keadaan samar-samar. Peristiwa 5 tahun yang lalu bermain di ingatannya. Setelah dia meninggalkan perkarangan Kolej, dia terlibat dalam satu kemalangan. Kemalangan yang membuatkan dirinya Koma selama bertahun lamanya. Apabila dia tersedar dari koma, wajahnya telah berubah. Berubah menjadi muda dari usianya Dari apa yang didengarnya, dia terlibat dalam kemalangan jalan raya yang telah menyebabkan wajahnya hancur dan terpaksa dioperasi. Kemalangan tersebut tidak dihebohkan. Dia mencoba untuk mengigati kejadian tersebut namun, dia gagal. Kepalanya terasa pusing. Wajah Lia insan yang dicintainya suatu ketika dahulu juga tidak mampu diingat. Yang diingatinya hanyalah nama. Nama yang mirip dengan isterinya pada saat itu. Memandangkan usianya pada ketika itu 39 tahun, dia terpaksa menerima cadangan keluarganya untuk berkahwin. Identiti Lia telah diteliti sebelum dia bersetujuh untuk berkahwin dengannya. Namun, dia masih tidak mampu untuk mengenal pasti siapa Lia yang sebenarnya.Tiba-tiba, Dia memegang kepalanya dan mengadu sakit. Lia yang sejak tadi pura-pura tidur terkejut dengan apa yang berlaku ke atas suaminya. Lantas Lia bangun lalu memasang lampu kamarnya. “ Awak okey ke?” Perkataan pertama yang keluar dari bibir Lia. “ Awak nampak saya okey ke? Cepat ambil ubat saya.” Alfredo Wan berkata dengan kasar. Dia menahan sakit. ‘ Ubat?’ bisik hatinya. Dia tidak mengerti ubat apa yang dimaksudkan. Beg yang dibawa oleh Alfredo Wan sebentar tadi segera diseluk untuk mencari ubat. Sebotol ubat ditemukan dari dalam beg tersebut. “ Wait!” Ucap Lia lalu bergegas ke dapur untuk mengambil air. Ubat tersebut diberikan kepada suaminya. Beberapa minit kemudian, Alfredo Wan terlena dibuai mimpi. Lia hanya memerhatikannya. Terdetik di hatinya bahwa ada yang misteri tentang suaminya. Dia kini tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan suaminya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience