Bab1

Romance Series 13434

Perjalanan sebuah cerita cinta yang tak pernah diduga. Lia Sandra berusia 21 tahun, seorang gadis biasa yang sederhana dan mementingkan penampilan diri. Siapa sahaja yang melihatnya pasti kagum dengan kecantikannya. Manakala, Leo Alfredo pula seorang Pensyarah yang berusia 30 tahun. Kisah cintanya yang lalu menjadi mimpi ngeri dalam hidupnya. Sehingga kini, tiada gadis yang mampu memenagi hatinya.

Terukir sebuah kisah apabila Lia dan rakan sebiliknya coba untuk menyelinap masuk ke asrama sebelum tamat sesi pembelajaran. Kelihatan mereka berempat menyelinap masuk melalui tingkap untuk menujuh ke tingkat 1. PUNG!! Telefon bimbit Lia terlepas dari gengaman dan meluncur laju masuk ke dalam longkang. “ OMG..Telefon saya. Macam mana ni?” Dia hampir menangis. “ Tolong! Telefon saya jatuh!” Rakan-rakannya tidak menghiraukannya. Mereka terus beredar meninggalkan Lia di situ keseorangan. Telefon yang jatuh dipandang dengan sayu. Dia menangis semahunya. Fikirannya bercelaru. Telefon tersebut sangat penting kerana terdapat banyak dokumen di dalamnya.

Tiba-tiba TRETTT!! Pintu dibuka. Kebetulan Lia ditinggalkan di hadapan bilik Warden asrama. Tertera nama Lecturer Leo Alfredo di hadapan pintu tersebut. “ Awak buat apa kat sini hah ?” Tanya pensyarah tersebut. Lia tak mampu berkata-kata. Dia takut. “ sorry sir saya janji tak buat lagi..Maaf..” Dia merayu agar tidak diambil tindakan disiplin. Dia coba mencari kekuatan untuk bersuara. “ Sir...telefon saya jatuh kat dalam longkang..” Air matanya mengalir. Dia mengigil ketakutan. Leo hanya memerhatikannya dengan sinis. “ Mungkin awak ni nak dihantar ke rumah sakit jiwa kot. Benda kecil pun nak nangis. Telefon jak kot…” Leo menjawab dengan selamba. Leo kemudiannya melangkah lalu duduk. Pen dicapai dan coba menulis sesuatu. Lia sangat bimbang. Dia takut dihalau keluar dari asrama tersebut. “ Nama siapa?” Pensyarah tersebut bersuara. “ Em..mm.m..Li..a..Sandra Abidin.” Jawab dia terketar-ketar. Dia terus merayu memohon agar dimaafkan. Leo merenung Lia yang sedang berlutut. Timbul rasa kasihan dari dalam lubuk hatinya. Enta mengapa kali ini hatinya tidak sekeras hari lain. Dia diam membiarkan Lia dalam keadaan seperti itu dan meneruskan kerjanya.

Share this novel

Leonardo Lucian
2020-06-09 12:04:49 

sambung lagi


NovelPlus Premium

The best ads free experience