bab 2

Romance Series 13434

Suasana di ruangan tersebut hening seketika. Lia masi berlutut sambil teresak-esak. TOK! TOK! Pintu diketuk mengejutkan mereka. Lecturer sir Awang Badri berdiri di hadapan pintu tersebut. Dia tercungap-cungap mungkin penat menaiki tangga. Riaksi wajahnya kelihatan ada kebimbangan di dalam dirinya. kerutan di dahinya kelihatan apabila ia melihat Lia berlutut di hadapan Leo namun diabaikan. Ada perkara lagi penting yang harus dia sampaikan kepada Leo. “Maaf mengangu. Tadi saya lihat banyak pelajar mengalami keracunan makanan di dewan makan.” Terbeliak mata Leo apabila mendengar masalah tersebut. “ Aduhh macam mana boleh jagi begini?” dia mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia berdiri lalu melangkah kearah pintu. Namun langkahnya terhenti apabila melihat sosok tubuh Lia yang masi berlutut. “ Lia Sandra!!” dia memanggil Lia dengan suara meninggi. Lia pelahan-lahan memandang ke arahnya. Dia berasa takut. Tangannya menggigil “ Awak ikut saya sekarang!” Arah Leo lalu keluar dari ruangan biliknya. Lia yang kebingungan terus berdiri dan berjalan perlahan turun dari tangga. “ Hah pintu tu sepa nak tutup?” Leo bersuara dengan garang. Kerutan di dahi sir Awang sekali lagi kelihatan. Dia diam tidak bertanya. ‘ Mungkin pelajar tersebut bersalah.’ hatinya berbisik. Dia sangat mengenali Leo. Leo tidak menyukai pelajar yang membuat masalah. Sudah pasti pelajar yang melakukan kesilapan akan dikeluarkan dari asrama tersebut. Hatinya sangat keras. Lebih-lebih lagi pelajar yang bergelar wanita akan dihalau keluar dari asrama walaupun hanya melakukan kesalahan yang kecil. Mereka kemudianya melangkah menujuh ke dewan makan. Lia berlari-lari anak mengejar sir Leo dan sir Awang.

Di dewan makan, kelihatan beberapa orang pelajar sedang mengalami sakit perut. Beberapa orang pensyarah sedang merawat pelajar tersebut. Leo berasa sangat marah. Perkara ini buka kali pertama berlaku malah sudah berkali-kali berlaku. Amaran sudah diberi namun perkara tersebut tetap berulang.

Leo terus berlalu masuk ke dalam dapur tersebut dengan diiringi oleh sir Awang dan Lia. Semua Pekerja menoleh kearahnya. Mereka terdiam. Tidak mampu berkata-kata apabila melihat wajah Leo yang merah menahan marah. Leo segera memeriksa makanan yang mereka sediakan. Alangkah terkejutnya Leo apabila mendapati bahawa ruangan dapur tersebut sangat kotor. Kepalanya digeleng-geleng. Lia yang berada di dalam dapur berkenaan turut rasa ketakutan memandang wajah leo yang merah. Dewan tersebut diarahkan tutup. Semua pelajar beredar keluar dari situ dan balik ke asrama.

“ Sebagai denda..awak kena tolong saya masak kat sini petang ni!” kata Leo dengan sinis. “ Baa…aa..i..k sir..” Terketar-ketar Lia menjawab lalu beredar dari situ. ‘ Huh lega.’ Bisik hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience