bab 5

Romance Series 13434

Selepas selesai semua tugasan di dewan makan, Sir Leo masuk ke ruangan bilik rehat. Dari jauh, kelihatan jeketnya di atas meja bilik tersebut. senyuman terus terukir dibibirnya. Dia duduk di meja tersebut. Enta mengapa wajah Lia sering berlegar-legar di fikirannya. “ Ke mana budak ni ehh? Dari tadi aku tak nampak pun…” bunyi keluhan di hujung perkataan kedengaran. Jeketnya dicapai lalu keluar dari ruangan bilik tersebut. Kelibat Lia tidak kelihatan. Enta kemana Lia menghilang. “ Ehhh Chef..cari siapa tu?” Tanya Sir Awang mematikan langkahnya.
“ Budak tu kemana?”
“Budak? Siapa? Lia?” kerutan di dahi Sir Awang kelihatan.
“ Ye..dia lah..siapa lagi..”
“ Oh..aku dah suruh dia balik tadi..Katanya dia ada hal penting..” Jawab Sir Awang jujur.
Sir Leo diam seketika. “ Aku balik dulu lah yerr..Awak tolong kunci dewan ni..Esok pengusaha dewan makan yang baharu akan tiba.”
“ Oh Ok..baiklah..”

Jam menunjukkan pukul 8 malam. Sir Leo melangkah pergi meninggalkan perkarangan dewan makan menujuh ke asrama. Langkahnya diperlahankan apabila dia teringat sesuatu yang penting berada di dalam keretanya. Telefon bimbit yang baru dibelinya petang tadi dikeluarkan dari kereta dan digengam dengan kemas. Dia kemudiannya meneruskan perjalanan melangkah masuk ke bilik warden asrama. “ Huh! Penat lah..” Katanya perlahan. Tuala mandi dicapai dan berlalu masuk ke bilik air.

Lia yang sedang berbaring di katilnya mencoba untuk melelapkan mata. Namun, ada sesuatu yang mengangu di fikirannya. Dia segera bangkit melangkah menujuh ke meja belajarnya lalu dia duduk di situ. Kelihatan rakan sebiliknya sudah dibuai mimpi. Tingkap bilik dibuka perlahan. Bilik warden asrama diperhatikan. ‘ Dia dah tidur ke?’ Bisik hatinya. Lampu bilik tersebut tidak kelihatan disebabkan oleh cermin tingkap bilik yang hitam. Dia coba menghirup udara yang masuk dari tingkap. ‘ Hmmm tenangnya..’ Hatinya bersuara. Bilik warden asrama ditenung sekali lagi sambil tangannya menongkat dagu. ‘Dah tidur kot’ Riaksi wajahnya berubah menjadi sayu. Dia sendiri bingung dengan perasaannya. Adakah dia benci dengan pensyarah tersebut? atau adakah dia coba untuk memenangi hati Sir Leo? Dia sendiri tidak mempunyai jawapan untuk persoalan tersebut. Tiba-tiba. Dia terkenang peristiwa petang tadi. Rakan sebiliknya membuka cerita berkaitan dengan Sir Leo.
“Lia..Sir Leo ajak awak pergi beli barang ke tadi?” Soal rakan sebiliknya Amber.
“ Yupp, nape?”
“Hmmm..tak de..Cuma aku heran jerr..Camne dia boleh berlembut dengan awak ehh? Sedangkan selama ini dia sangat bencikan pelajarnya yang membuat masalah? Lagi-lagi pelajar perempuan.” kerutan di dahi Amber kelihatan. Lia diam membisu. Dia membirkan otak rakannya bekerja. Belum sempat dia berkata-kata, Rina rakan sebiliknya bersuara. “ Awak nak tahu ke, Sir Leo tu sangat garang tahu. Siapa sahaja yang tak dengar cakap habislah. Ehhh kalau aku lah kan aku takut lah nak dekat Sir tu..” Ria membuat riaksi wajah ketakutan. “ Tapi aku nak juga jadi macam engkau Lia..Mana tahu aku boleh jadi Kekasih dia..Handsome pulak tu sape yang tak nak kan…” Sampuk zana pula diiringi oleh gelak tawa mereka.

“Aduhhh..Sape pula yang main lampu suluh malam-malam buta macam ni..” lamunannya terhenti. Dia mengosok-gosok matanya yang terkena pancaran cahaya lampu suluh. Dilihatnya keadaan sekeliling mencari dari mana datangnya cahaya tersebut. Matanya berhenti bergerak apabila melihat kelibat Sir Leo. Jendela bilik Sir Leo terbentang luas. Kelihatan Sir Leo sedang duduk sambil memancarkan cahaya lampu suluh kearahnya. Terbuntang mata Lia apabila melihat gelagat Sir Leo. “ Ehh orang tua ni..” Ucapnya perlahan. Isyarat penumbuk dihadiakan kepada Sir Leo lalu tingkap tersebut ditutup rapi. ‘Huhhh’ keluhannya kedengaran. Dia terus berbaring di katilnya dan kemudianya terlelap dibuai mimpi.

Sir Leo senyum menampakkan giginya yang putih. Kepalanya digeleng-geleng. “ Lia…Lia…Awak sangat cantik lah bila awak marah..” Katanya perlahan lalu tingkap bilik warden asrama ditutup.

************

Pagi itu, Lia dan rakan sebiliknya melangkah menujuh ke dewan Kuliah. Sepanjang perjalanan mereka, semua mata-mata jejaka tertumpuh kearah Lia. Mana tidaknya, Lia merupakan pelajar baharu di Kolej tersebut.
“ wow!”
“Sapa tu?”
“Awak kenal ke?”
“Macam pernah nampak jer..”
Suara-suara jejaka tersebut kedengaran. Lia dan rakan-rakannya tidak menghiraukan suara-suara tersebut. Mereka meneruskan perjalanan lalu melangkah masuk ke dalam dewan kuliah. Lia mengambil tempat di hujung dewan tersebut. Selesai sahaja kuliah pada hari itu, Lia beredar meninggalkan rakan-rakannya menujuh ke asrama. Sepertinya dia berasa tidak sihat. Dia berjalan mundar-mandir menaiki tangga asrama. Kepalanya berasa pusing. Suasana di asrama tersebut sunyi sepi pada waktu-waktu seperti itu kerana semua pelajar sedang menghadiri kuliah.

“ Aduhhh sakitnya!” Lia menepuk-nepuk kepalanya yang sakit. Dia kemudiannya duduk berehat di atas tangga tersebut.

Tidak lama kemudian, bunyi siulan kedengaran. Bunyi tapak kaki menghampirinya. “ Ehhh Lia awak buat apa kat sini?” Suara Sir Leo memecah keheningan. Lia tidak mampu mengeluarkan sepata kata. Dia coba bangkit namun kakinya tidak dapat mengimbangkan badannya lalu dia jatuh ke dalam pelukan Sir Leo. Sir Leo yang terkejut dengan keadaan Lia Yang sangat lemah, segera mendukung Lia masuk ke bilik rawatan. “Lia awak kenapa ni?” Sir Leo cuba bertanya. Timbul kebimbangan dari dalam dirinya. “ Lia bangun!” Namun tiada riaksi. Sir Leo segera berlari-lari anak mendapatkan bantuan. Dia kelihatan sangat gelisa. Buat pertama kalinya dia seperti hilang akal apabila melihat seorang insan yang bernama perempuan mengalami kesakitan. Dia berjalan mundar-mandir di hadapan bilik rawatan tersebut. sesekali dia menjenguk ke dalam untuk melihat keadaan Lia yang sedang dirawat. Jantungnya terus berdetak dengan agak laju menantikan keputusan doktor yang sedang merawat Lia. Mata-mata pelajar sedang memerhatikannya. Senyuman sinis terukir di wajah para pelajar apabila melihat gelagat Sir Leo yang sangat mengambil berat terhadap Lia. Rakan sebilk Lia pula mula benci dengan Lia. Hari itu, tersebarlah berita yang mengatakan Lia merupakan kekasih Sir Leo. Sungguh kejam sekali pelajar yang membuat fitnah tersebut.

Di bilik rawatan tersebut, Doktor mengesahkan bahawa Lia mengalami demam panas. Sir Leo diam memandang Lia Yang terlena. Dia tak mampu menahan lagi. Hatinya sangat pedih melihat Lia dalam keadaan seperti itu. Pintu bilik rawatan ditumbuk dengan kuat. Cecair merah mengalir di jarinya namun dia tidak menghiraukan luka tersebut. Jari jemari Lia digengam dengan kemas. “ Kenapa aku bodoh sangat? Kenapa aku sakit melihat engkau dalam keadaan seperti ini? Kenapa? Ini sungguh tak adil Lia.” Ucapnya perlahan. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia berperilaku seperti itu. Cinta? Dia tidak pasti dengan perasaannya. Namun, dari sudut hatinya yang terdalam, dia jatuh cinta pandang pertama dengan gadis yang diberi nama Lia Sandra. Dia sukar untuk mengakui perasaan tersebut. Ketakutan akan kehilangan insan yang dicintai terus menyelubungi dirinya. Dia tidak ingin peristiwa lalu berulang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience