BAB 1 - PAVLOVA CINTA

Drama Series 37878

WIPING cream, check.
Gula castor, check.
Tepung dan esen vanila, check.
Kiwi dan strawberi, check.
Dan bahan yang paling penting... telur, check.

“Semua dah adakan mama?” Budak perempuan berbadan gempal menyampuk, memerhatikan keratan kertas kecil di tangan ibunya.

“Alhamdulillah... semua cukup. Tapi Violet tahu ke mama nak buat apa dengan bahan-bahan ni?” Darleen Azra sengaja menguji akal panjang anak keduanya.

Laju Qaseh Violet mengangguk. Mestilah tahu, makanan terpaling kegemarannya. Tak lain tak bukan...

“Pavlova...”

Bukan suara halus Qaseh Violet yang menjawab tetapi suara berhalkum yang mencelah. Yang pastinya bukan suami atau bapa kandung Qaseh Violet.

Muka yang dipertonton mereka kini boleh tahan menawan senyumnya. Pelik Darleen Azra memandang atas bawah.

“Mesti awak fikir mana saya tahukan?”

Eh... dia pula tanya kita? Sedangkan Darleen Azra tak fikir apa-apa selain mengecam muka itu. Tilik dari segi penampilan, segaknya berbaju t-shirt long sleeve fit berwarna putih, berseluar tapered kelabu serta berkasut sukan kulit berwarna putih tidak mungkin dia mengenali lelaki gaya mutu tinggi sebegitu.

Sah! tiada dalam senarai kenalannya. Tetapi tatkala kornea terhenti pada senyuman lelaki itu, iya... lelaki di hadapannya ini mampu bergetarkan jantungnya berdegup laju. Tapi bukan kerana jatuh cinta! Cinta hatinya hanya untuk Iskandar, satu-satunya suami hingga ke Jannah.

Lelaki kacak itu tunjukkan bakulnya dan bahan di dalamnya sama dengan apa yang ada di dalam bakul Darleen Azra.

“Buat untuk special day ke?”

Ramah pula lelaki itu nak sambung perbualan lagi.

Kepala menggeleng, “anak perempuan saya ni memang sukakan Pavlova. Nak beli mahal. Jadi saya buat sendiri untuk Violet. Banyak sikit dapat makan satu keluarga.” Penuh sopan dia menyusun ayat.

“Agree... lagi pun awak ada satu bahan special tak terjual dalam kedai ni?"

"Hah!" Bergaris juga dahi yang bertudung bawal tidak faham. Bahan special apa pula sedangkan tiada yang special dalam bakul ni.

“Air tangan ibu. Itu secret recipe awak." Pandangan jatuh pada gerangan tercegang memandangnya dari mula lagi. Kerana si comel itu juga mencuit hatinya ingin menegur tadi. “Jadi si comel ni namanya Violet, ya."

“Itu nama pendek saya. Nama panjang saya, Qaseh Violet..." ramah mengurai.

“Oh... Haiii Qaseh violet...” tak terlambat lagi untuk dia melambai tanda perkenalan.

“Hai abang..." bergayut senyuman suka serta membalas lambaian.

Yang kena panggil abang, pecah ketawa senang.

“Bukan abang, Violet. Tapi uncle..."

“Mana ada uncle. Muka abang ni handsome, macam abang Min aje. Bukan macam uncle Mus." Tegak Qaseh Violet juga membabitkan jiran tertangga di kawasan rumah flat mereka.

“Boleh... Violet nak panggil abang pun apa salahnya. Nama penuh abang, Ian Shah. Violet boleh panggil Abang Ian." Tangan telah dihulur, disambut Qaseh violet dengan penuh adap serta mencium tertib.

“Maaf ya... Violet jom cepat. Lama papa tunggu kat luar tu. Kesian papa." Potong Darleen Azra menjinjing bakul serta menarik tangan anaknya ke arah kaunter pembayaran. Handphone dalam poket seluar slack lusuh juga serentak berbunyi. Dia dapat menduga siapa yang menghubunginya itu.

Sementara cashier scan barcode, baru nak menyeluk poket, satu lagi bakul diberikan kepada cashier yang sama.

Lelaki tadi lagi!!! Apa masalah dia ni? Sudahlah dia mahu cepat. Kot nak cepat juga bersabarlah sikit. Beratur di belakangnya dulu. Bukannya ramai orang pun di dalam kedai itu.

“Biar saya bayarkan sekali."

“Hah?" tercegang sesaat sebelum menolak. “Saya boleh bayar sendiri, encik."

“Ian... just call me Ian."

Whatever! Dia tidak mahu dibayar atau berhutang budi daripada lelaki itu. Yang dia mahukan sangat, cepat keluar dari kedai ini secepat mungkin.

“It's okey..." Menolak lebih rapat bakul ke tangan cashier. “Join satu bil., please..." arah Ian Shah perasan teragak-agak tingkah cashier itu.

“Tak apa encik... saya bayar sendiri. saya ada duit ni." Ditayang dompet kecil berkulit kusam serta dibucu telah terkopek kulit. Tidak perasan zip terbuka, tertayang beberapa keping duit berwarna merah saja berlipat.

“No... saya bukan saja-saja nak bayarkan. Saya nak awak tolong buatkan dua ketul pavlova untuk saya." Jam tangan diselak sesaat, “saya ada emergency meeting, tak sempat nak prepare. Please... tolong buat untuk saya. Ni antara hidup dan mati."

“Tapi encik... saya buat untuk keluarga saya makan saja. Saya tak pernah jual." Tolak Darleen Azra lagi.

Anak mata Ian Shah jatuh semula pada budak perempuan comel, “Violet.. Pavlova mama violet buat sedap tak?”

Thumb up ditayang dengan bangga. “Paling tersedap di dunia.”

“See... tak perlu ragu saya nak minta awak buatkan. Lagi pun awak ada secret recipe. Itu yang saya mahukan. Wife saya tak suka pavlova yang kedai buat. Dia sukakan fresh homemade. And review pavlova awak, tersedap di dunia, kan Violet..."

Tak perlu fikir-fikir lagi, dengan sedia bunyi telefon dalam poket tidak henti-henti, “okey..." lagi pun apa salahnya buat ektra dua ketul tukan.

“Okey... so saya bayar semua barang-barang ni, awak buat pavlova untuk saya."

Apa-apa sajalah. Janji cepat. Selepas bayaran dibuat, Darleen Azra mengangkat beg berat. Nombor telefon juga disebut di hadapan pelanggan pertamanya.

“Nanti encik share location, saya hantar selepas Maghrib." Tak bercakap lebih panjang lagi, berlalu dia menyusun langkah laju ke pintu luar.

Beg berat berisi barang-barang baking tadi, disambar lembut Ian Shah, “biar saya bawakan barang ni ke kereta."

“Eh... tak apa... saya boleh bawa sendiri." Cuba merampas tidak berjaya dengan kekangan perutnya memboyot ke hadapan.

“Mana boleh saya pejamkan mata biarkan perempuan pregnant angkat barang berat ni. Jom..."

Dalam rasa serba salah, Darleen Azra tolong menolak pintu kaca terbuka ke luar.

“Mana kereta awak?"

Ditunjuk kereta Kelisa berada di seberang jalan.

“Suami awak pick up depan ni ke?" Dia boleh nampak adanya bayang lelaki di dalam kereta tidak tinted. Tidak mungkin suami biarkan isteri mengandung angkat barang berat di bawah cahaya matahari terik pula.

Smartphone cap apple milik Ian Shah berbunyi sekali lagi. Diletakkan barang seketika untuk menjawab panggilan urgent.

Tidak mungkin dia nak tunggu saja dan mustahil suaminya datang pick up depan kedai ni. Dikerling lelaki tadi sibuk menjawab called, pantas dia menjinjing dengan kedua belah tangan ke arah keretanya.

Tidak perlu arah, Qaseh Violet tolong membukakan pintu belakang untuk mamanya letakkan barang.

“Apa yang lamakan sangat kat dalam tu hah! Panas aku tunggu dalam kereta ni. Kalau nak bercinta dalam kedai tu, baik kau datang sendiri. Lama pun aku tak heranlah!" marah Iskandar sedari tadi sibuk dengan smartphone cap apple, disimpan ke dalam pouchbag. Kaki menekan pedal klas.

Tergopoh-gopoh Darleen Azra menyumbatkan diri ke kerusi penumpang hadapan, tidak sempat tertutup pintu, kereta telah bergerak. Langsung tertutup tidak sempat betulkan dudukkan lagi.

Aduh! Tegang perutnya bila disentak tekanan minyak kereta tadi.

“Sorry abang. Tadi ada sorang customer minta Leen buatkan pavlova untuk dia."

“Sejak bila Leen meniaga pula? Bukan sedap pun pavlova kau buat tu. Dah la manis. Tak sihat untuk kesihatan. Bagi pula anak tu makan banyak-banyak. Itu yang gemuk budak tu." Marah Iskandar tidak puas hati.

Terdiam Darleen Azra tidak sambung bercerita lagi. Sentap dengan kata-kata suaminya itu perkara biasa.

“Kalau abang tak izinkan Leen jual pavlova tu, Leen batalkan." Rendah saja suaranya. Lebih runsingkan hati, dia perlu membayar dua kali ganda barang baking tadi. Sudahlah duit dia tidak berapa nak cukup.

“Banyak sangat ke hasil yang kau dapat? Ada dapat bayar bil bersalin kau kat hospital tu? Takkan. Ikut suka kaulah. Biarlah orang tu rasa, pavlova tak sedap tu. Baru dia menyesal."

Tertunduk Darleen Azra mendengar kata-kata cukup menghiris hati. Iya dia tahu suaminya cukup menjaga kesihatan. Maklumlah, instructor di gym. Pastinya perlu jaga baik-baik ketul-ketul muscle di badan tu. Jadinya, semua manisan ditolak ke tepi. Wajib pantang bersungguh suaminya dengan manisan ni.

Tetapi dia pula amat suka dalam dunia baking and dessert. Bila tengok video-video pembuatan dessert, buat dia rasa gembira, berbunga-bunga bagaikan bercinta.
. .
. .
. STRAWBERRY dicelupkan ke dalam air gula, dikemaskan di atas cream putih lalu disaljikan dengan gula icing. Perfector...

Bergayut senyuman Darleen Azra puas hati dengan hasil kerja tangannya.

“Ada yang dah siap ke?" Soal Iskandar yang tiba-tiba muncul telah berpakaian sweater berzip dan seluar tight.

“Abang nak ke?" Soalnya penuh hairan. Kalau iya, pelik juga ni. Terbuka hati nak merasa air tangannya ke? Teringat mulut lelaki segak tadi bercakap, ada secret recipe dalam pavlova buatannya. Mana tahu suaminya makan boleh lembut hati selepas ni, mula layannya baik seperti dahulu kala.

“Ha'ah... bungkus satu. Nanti aku rasa kat gym."

Lebih berbunga-bunga mekar hatinya gembira gembiranya.

"Pilih yang paling cantik sikit. Aku tak nak malu depan staf nanti. Sudahlah tak sedap, biarlah lawa sikit. Hah, tu yang kau dah siapkan dalam kotak tu. Elok sangatlah tu. Aku bawa yang tu saja."

Alamak... tapi yang tu untuk pelanggan pertamanya. Habis cantik dia buat untuk lelaki itu.

“Eh! Bagilah... aku nak cepat ni!" Sedikit tinggi suara Iskandar bila tiada pergerakan.

Tak apalah. Suami lebih penting. Dia buat yang baru untuk pelanggan pertamanya tadi. Mungkin dia boleh buatkan yang lebih istimewa. Kotak berwarna silver dihulur tangkai ke tangan kiri suaminya. Tangan kanan suaminya di salam, tak sempat menyentuh hidung, ditarik Iskandar. Geli sangat ke nak beri hidungnya melekat?

Redha Darleen Azra melihat perangai suaminya makin hari makin dingin. Lebih dingin sejak dia mengandung kali ini. Nak katakan tak suka dia mengandung, 36 minggu yang lalu, beria-ria Iskandar kata tak apa... tak apa... Sedangkan dia dah terang-terangan cakap dia terlepas makan pil perancang.

Bila dah mengandung, dia pula dimarahi. Apa boleh dia buat lagi selain telankan saja kata-kata keras suaminya yang ber'aku' 'kau' dengannya sejak awal kandungan dahulu. Anggap saja mungkin pembawaan anak kot, suaminya tebiat macam tu.
. .
. .
. “HAPPY birthday to you... happy birthday to my beautiful Adelin..." habis satu lagu Iskandar menyanyi sambil membawa Pavlova rapat ke tubuh telah kaku.

Yang terima kejutan, memandang silih berganti antara Pavlova dan Iskandar. “Mana you tahu hari ni birthday I?" soal Adelin sambil mengaup rambut panjangnya lebih kemas. Tadi sewaktu Iskandar guide dia di gym, serius aje. Tak ada tanda-tanda nak wish.

“Of course la sayang. I love you so much. Mana boleh I lepaskan peluang raikan hari penting seseorang bertahta dalam hati I ni..." makin dekat dia merapat ke tubuh kurus tinggi berpakaian dress. Bau shower pun boleh dihidu hingga ke serombong hidungnya.

“Oh... I lupa. You pun salah seorang owner gym ni. So mesti you check profile I, right?"

“Tak kisahlah. Janji hari ni birthday you and I nak jadi orang penting, raikan untuk you. You pernah cakap you suka makan pavlova. So I bawakan pavlova istimewa ni untuk you, baby."

Bergayut senyuman manis Adelin, merapatkan bibir lalu menghembus lilin mencair hampir ke dasar.

“Yeyyy... so apa kata, kita pergi dinner dulu."

“Not tonight... sorry." Key fob telah dikeluarkan, membuka kunci pintu kereta. Di basement ni sunyi tidak ada orang. Selalu juga jadi tempat pertemuan mereka berdua.

“Tapi I tak puas jumpa you lagi. Jomlah baby... please. Mata I tak puas lagi tengok gelagat manja you tu." Memujuk paling lembut nadanya.

“So sorry dear... you fahamkan. I ada temujanji."

“Okey... Kalau macam tu, I nak berikan you hadiah dulu. Tapi you kena pejam mata dulu." Pinta Iskandar.

“Ada lagi ke? Tapi I nak cepat ni youuu..." dikerling jam.

“Sekejap aje. Please... pejamkan mata you."

“Fine... I pejam..." sama laju pelopak matanya ditutup.

Pavlova telah diletakkan di atas bumbung kereta. Pinggang Adelin disauk kemas merapatkan ke tubuhnya dan bibir mereka saling bertaut.

Terbuka semula pelopak mata Adelin, menolak kasar tubuh Iskandar. “How dare you!!!" Sebelum tubuh masuk ke dalam perut kereta, ditolaknya pavlova jatuh ke lantai.

Iskandar tidak puas hati, menarik sekali lagi pinggang Adelin dari belakang, melekat ke tubuhnya. Dikucup rakus leher Adelin, sekali lagi Adelin melepaskan diri dan kuncikan diri di seat pemandu. Pandangan tajam penuh kemarahan, dilap mulut dengan tangan sebagai protest. Pedal minyak ditelan rapat, berdesup kereta meninggalkan Iskandar keseorangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience