PAPER beg dibuka Darleen Azra. Baju baby dikeluarkan satu-persatu. Itulah baju-baju lama yang disumbangkan oleh kawan-kawan dan bos di butik tudung tempatnya bekerja.
“Alhamdulillah..." Rezekinya dapat baju masih bersih dan material kain masih elok. Tanpa kisahkan kepenatan balik dari kerja lewat petang tadi masih tidak berehat, sibuk pula dia menyediakan makan malam dan layan anak-anak hingga mereka masuk tidur, gigih lagi kaki bengkak masuk ke bilik air merendam baju-baju baby ke dalam baldi. Esok pagi sebelum subuh bolehlah dia membasuh dan terus menyidai bersama baju-baju yang lain. Mesin basuh yang ada telah lama rosak, tangannyalah membilas setiap helai baju. Suaminya tiada ura nak membeli baru.
Yang pernah dia terima, "ada tangankan. Sental la baju tu!" itu ayat suaminya suatu ketika dahulu bila dia berseloroh katakan mesin basuh baju telah rosak. Lagi pun sikit saja nak sental, baju dia dan anak-anak saja. Baju-baju suaminya semua suaminya angkut dan basuh di dobi. Masih bertimbang rasa suaminya terhadap keadaan dirinya ini bila mengurangkan kerja di rumah.
Sesudah masuk ke bilik semula, bag kelengkapan bayi khas untuk dibawa ke hospital pula dikemasnya. Semua barang mengikut check list dia masuk ke dalam beg kecil.
Tanpa semena-mena, pintu bilik terkuak. Ingatkan Qaseh Violet terjaga, rupanya Iskandar yang menjelma tiba. Sejak bila balik? Khyusuknya dia mengemas hingga tak mendengar pintu rumah berbunyi dibuka juga tertutup.
“Abang dah balik." sapa Darleen Azra lembut serta menangkap angka jam di dinding tepat jam 12 tengah malam.
“Harapkan kau buka pintu, matahari dah terpacak esok pun belum tentu kau buka." Sambar ayat sinis sambil mencampakkan beg gym lalu melurutkan zip sweater.
“Maaf bang..." lemah nada kena fire dengan sambaran petir. Sebelum ni dia selalu tunggu Iskandar di ruang tamu, pun kena sembur.
“Eh... Kau tak payahlah nak berlagak jadi isteri mithali sangat. Penat aku balik dari tempat kerja, lagi perit penat aku ni bila buka-buka pintu nampak muka kau yang tak bersiap tu. Dah la pakai baju kelawar memanjang. Aku ni hari-hari sampai rumah tengah malam, ingatkan hantu ikut aku balik rupanya dah ada hantu dalam rumah ni menunggu aku. Kau lepas ni, time aku nak balik, duduk saja dalam bilik. Menyakitkan hati tengok muka kau tu!" Itulah kata-kata Iskandar pernah lempar suatu ketika dahulu. Sentap tu sudah semestinya. Dia anggap saja kasih sayang Iskandar dalam diam tidak mahu dia penat menunggu dan berehat saja di dalam bilik tanpa menunggu Iskandar yang selalu saja balik lewat tengah malam. Selepas gym ditutup, Iskandar dan share partner merangkap best friend forever Iskandar release lelah di mana-mana kedai sebelum pulang ke rumah.
“Abang... boleh Leen tanya." Berusaha juga dalam terpaksa.
“Sejak bila kau nak tanya minta kebenaran aku?“
Terkatup mulut Darleen Azra. Mungkin masa tak sesuai. Tapi, bila pula yang sesuai? Nak tunggu Iskandar cakap elok-elok dia dah selamat bersalin nanti pun belum tentu Iskandar akan cakap elok-elok.
“Duit untuk Leen bersalin, abang dah sediakan ke?" Meluncur keluar juga soalan penting. Itu perkara yang merisaukannya selama beberapa minggu ni.
“Kau yang nak bersalin, bukan akukan." Acuh tak acuh Iskandar menjawab dalam retina menatap tepat ke skrin telefon membaca mesej yang baru tiba.
“Abang... Leen tak cukup duit nak bayar sendiri."
Tiada sahutan, malah jemari Iskandar ligat menyentuh skrin telefon.
“Abang..."
“Eh... tu bukan masalah aku! Kau yang nak beranak. Lagi pun kau kan dah jual pavlova. Mesti cukup duit nak bayar bil hospital."
Tanpa endahkan hal serius yang sedang dibincangkan, Iskandar tiba-tiba membawa keluar beg galas dari dalam almari. Makin pantas tangan itu mencapai beberapa helai baju serta memasukkan semua kelengkapan diri ke dalam beg.
“Abang nak pergi mana ni?" Cemas Darleen Azra dengan gelagat Iskandar tiba-tiba bagaikan nak tinggalkan rumah ni. Banyak pula baju dimasukkan dalam beg. Takkan tanya bil hospital dah nak larikan diri dari rumah.
“Aku ada urusan. Kau tak payah sibuklah!"
Sekali lagi Iskandar sibuk dengan samartphone. Entah dengan siapa yang suaminya bermesej itu.
“Tapi Leen menunggu hari, bang. Kalau abang tak ada time Leen nak bersalin nanti macam mana?"
“Macam aku cakap tadi. Kau yang nak beranak. Pandai-pandailah kaulah! Lagi pun tu bukan anak pertama. Kau mesti dah arif." Langsung menggalas beg pakaian berlalu keluar bilik.
Disambar lengan Iskandar selagi sempat, “Abang... Janganlah tinggalkan Leen. Leen dan anak-anak perlukan abang. Leen nak bersalin nanti perlukan abang. Tolonglah bang... Abang jangan ke mana-mana." Bergenang air matanya.
“Ha... ahhh!" Ditepisnya tangan itu. “Kau ingat aku saja-saja nak blah ke? Aku ingat lagilah tanggungjawab aku! Esok aku ada business trip. Nanti aku baliklah semula. Bukan kau nak bersalin esok pun!!!" Jerkahnya cukup padu depan muka isteri asal saja pandang mesti mencungkil rasa meradang.
“Tapi business trip abang tu kat mana?" Tengok persalinan dibawa tadi macam makan hari juga.
“Itu bukan urusan kau! Kau ada telefonkan? Ada apa-apa kau call sajalah. Bukan aku tak boleh balik!"
Mengalah Darleen Azra menghulur salam, tidak diendah Iskandar yang mengejar masa ditinggalkan begitu saja.
.
.
.
.
.
"BUSINESS trip apanya kalau kau tu buka gym aje pun. Kau jangan buat gilalah Is!" Marah Adib a.k.a best friend forever sangatlah. Ikutkan hati dengan perangai Iskandar tu, tak ada kawan macam tu pun tak apa. Tak menyakitkan hati seperti sekarang.
“Hah... aku tak kisahlah. Yang lebih penting sekarang ni Adelin. Aku nak kena kejar Adelin."
“Untuk?"
“Untuk apa lagi. Sebab aku cintakan Adelinlah. Kau pun tahu Adelin merajuk dengan aku. Aku tak nak kehilangan dia. Nak tunggu dia balik dari Krabi, lebih baik aku yang kejar dia kat sana."
"Kau ni tak habis Adelin-Adelin. Kau ingat balik, aku setuju kita tutup kedai proses ayam tu, buka gym ni bukan untuk kau terus-menerus curang di belakang Darleen. Eh... kau tak kesian ke kat isteri kau tu? Dia menunggu harikan nak bersalinkan anak kau." Basuh Adib agar kawan merangkap business partnernya sedar.
“Iyelah, aku tahu."
“Itu yang buat aku lagi marah. Kau tahu, tapi kau tinggalkan Darleen tu juga, nak kejarkan bini orang tu. Ishhh... kau nikan... Ishhh..." berkepal tangan telah digenggam depan Iskandar. “Aku ni kenang kawan aje aku banyak bersabar dengan kau tahu tak?" Kalau bukan kawan, sudah dihenjutnya buku lima itu tepat ke mulut tak reti nak bersyukur.
“So... sabarlah." Selamba menjawab Iskandar dalam tak habis dengan smartphone. Manalah tahu ada mesej terbaru daripada Adelin.
“Aku tak tahulah macam mana Darleen hidup dengan kau ni. Mesti hancur hati dia kalau dapat tahu suami dia ni curang kat belakang dia." Bertukar lemah nada terbayangkan wajah Darleen Azra selalu dipandangnya buat-buat senyum manis walaupun dalam hati sarat dengan sedih dek layanan Iskandar mengalahkan layan musuh.
“Bukan aku saja-saja, dib. Nak buat macam mana dah hati aku ni terjatuh cinta dengan Adelin. Ter... tau tak, ter. Tu namanya takdir."
“Kau jangan nak sebut pasal takdir. Ter tu pun alasan kau saja. Kau sendiri yang tak boleh nak handle nafsu kau yang tergila-gilakan kecantikan Adelin dan mana-mana perempuan moden berkulit putih licin, montok, kurus kering, berambut kepuk-kepuk alam." Dia cukup kenal Iskandar. Adelin bukan yang pertama. Sebelum ini juga pernah Iskandar bermain cinta dengan perempuan type moden ni, tapi tidaklah meroyan seperti gilakan Adelin ni. Kena mandrum ke apa tah? Menggeleng kepalanya sebelum sambung, “Eh... kalau Darleen tu yang make up macam Adelin tu, pakai baju cantik-cantik macam dia tu, pakai high heels, aku gerenti Darleen lebih-lebih lagi cantik."
“Eh... yang kau ni asyik condem aku, nak menangkan Darleen tu saja apa hal? Kau ada hati kat Darleen lagi ke?" Menyoal tidak puas hati. Bukan bab hati Adib tu yang dia tak puas hati. Dia tak suka bila Adelin pula dibanding-bandingkan dengan Darleen Azra. Eh! jauh sangat panggang dari apilah! Sah sah Adelin paling tercantik.
“Masalah betul mulut kau ni. Eee... Akukan... Eee..." Tak terluah nak bercakap. Orang macam Iskandar ni tak ada guna buat lawan. Orang dah buta hati ni, susah!
“Hah... Kau tak payah nak eee... eee... sangatlah. Kau kan ada. Kau tolonglah tengokkan Darleen tu. Kot dia nak bersalin, kau bawalah dia kat hospital. Kaukan pernah ada hati kat Darleen tu. Inilah masanya kau tunjuk caring kau tu."
“Woiii! kau jangan lupa Darleen tu isteri yang sah kau. Kau ingat aku ni spesis apa? Spesis macam kau, gilakan isteri orang!" Kali ni betul-betul berang Adib. Cakap macam orang tak ada agama. Kot Iman nipis pun, janganlah buat isteri tu macam perempuan murahan.
“Aku tak kisah pun kau nak jadi spesis aku. Cinta itu buta. Yang aku lebih kisahkan, kereta aku ni. Kau jaga elok-elok. Letak bawah bumbung. Jangan nak berpanaskan kereta aku ni. Kesian nanti cat dia terkoyak pula." Nada yang dibuat main-main, bertukar tegas bila jatuh soal bab kereta.
Menjeling maut Adib menahan begang terhadap kawannya itu. Sudahlah tadi dia baru nak lelap mata, tiba-tiba dapat call minta dia turun dan hantar ke airport semata nak kejar Adelin yang akan berangkat ke Krabi. Kereta ni pun dia kena jaga. Yang lebih geramnya bila dia terbayangkan pandangan mata Darleen Azra kesedihan. Sabarnya juga ada tahapnya, ditekan habis ke dalam pedal minyak dan menukar lorong paling kanan biar cepat sampai. Agar dia boleh menarik nafas tenang sikit.
“Uih... kau ni pelan-pelanlah sikit. Jangan sampai bercalar pula kereta aku ni!"
Sibukkan dengan kereta saja! Isteri di rumah tu tak pula nak jaga seperti jaga kereta ni. Baru pakai Toyota CHR, dah lebihkan kereta daripada keluarga. Dia juga tahu kenyataan kereta ni langsung tidak pernah sekali dibawa naik anak-anak dan isteri.
“Kau nak jaga kereta, baik kau naik grab. Tak payah aku bawa kereta kau ni."
“Grab nak keluar duit lagilah. Kalau kau, free."
Malas nak layan, meneruskan dalam kelajuan maksimum.
.
.
.
.
.
PERUT membulat besar ke depan diusap-usapnya sambil bersandarkan diri di kerusi rumah. Melihat gelagat Harraz Hazel mengajar Qaseh Violet bermain catur, menenangkan kepalanya serabut terfikir-fikir suami telah masuk dua hari tidak jengah ke rumah.
Ketika itu smartphone berbunyi. Laju dia menyambar, pasti suaminya call nak bertanya khabar.
Adib!!!
Lemah suaranya memberi salam.
"Leen buat apa tu? Dah makan ke hari ni? Kalau tak, jom abang bawa Leen dan anak-anak makan luar." Pelawa Adib di hujung corong.
“Saya dah masak tadi. Anak-anak pun dah makan ni."
“Leen tak kerja hari ni?"
“Hari ni offday." Kurang semangat hendak menjawab.
“Oh... baguslah tu, boleh rehat kat rumah. Keadaan Leen hari ni macam mana? Sihat? Kalau Leen ada rasa sakit-sakit nak bersalin, terus call abang tau. Nanti abang datang, hantar awak ke hospital."
“Buat masa sekarang okey lagi. Abang Adib... sebenarnya suami Leen business trip ke mana? Kenapa bukan abang aje yang pergi?" Lain suaranya menahan perasaan.
“Maaflah Leen. Memang abang nak pergi. Tapi orang kat Krabi tu nak Iskandar yang attend." Dah... dia pula terpaksa menyokong pembohongan kawannya itu. Bukan untuk selamatkan tengkuk Iskandar. Tetapi untuk menjaga hati yang telah disakiti tanpa belas kasihan. Biarlah hati itu tidak bersedih terutama dalam keadaan sekarang.
“Kenapa sampai ke luar negara?"
“Emmm... sebab kami planning nak buka gym kat sana pula." Satu lagi pembohongan terpaksa dibuat. Makin serba salah Adib tertunduk muka kecewa. “Maafkan abang ya."
Dengar nada bersalah kawan baik suaminya yang selalu bercakap lembut asal berbual, “eh... tak apalah... bukan salah abang Adib. Baguslah kalau dapat kembangkan business ke luar negara. Mungkin ni namanya rezeki anak yang bakal Leen lahir nikan..."
Oh Darleen... Serius abang tak sanggup nak teruskan perbualan ni. Runtun hatinya. Makin sembang makin terbeban rasa bersalah.
“Okey Leen. Abang letak dulu. Ada customer datang ni. Nanti ada apa-apa hal, apa-apa saja terus call abang Adib. Let me know tau. Iskandar dah pesan kat abang, minta tengokkan Leen. Abang pun risau kat Leen menunggu hari dan anak-anak kat rumah tu."
“Insya-Allah abang... terima kasih abang." Ucapnya terharu dengan perhatian Adib. Semalam juga pagi dan malam, Adib hubunginya bertanyakan khabar. “Abang...sekejap..."
“Iya Leen. Ada apa-apa nak beli ke?"
“Bukan... Leen nak tanya, bila suami Leen balik? Leen call dia tak pernah dapat."
Aduh... semalam dah tanya tiada jawapan. Apa dia nak jawab lagi hari ni? “Kemungkinan dua tiga hari lagi. Nanti dah ada khabar, abang terus beritahu Leen, okey. Leen jangan risau. Assalamualaikum..."
Menjawab salam Darleen Azra, termangu pada skrin telefon. “Abang... please call Leen. Leen risaukan abang..." bisik Darleen Azra sayu. Hampir setahun yang lalu Iskandar bercuti ke luar negara bersama kawan-kawan lelaki yang lain, kali ini Iskandar meninggalnya dan anak-anak lagi.
"Hah! Aduhhh..." sakit perutnya tiba-tiba. Makin lama makin terasa sakit selang beberapa minit. Kemudian hilang sakit sekali lagi. “Baby... tolonglah tunggu papa balik dulu ya..." Ujarnya mengusap-usap perut membulat.
Baru saja berdiri, sakit datang semula. "Hah!!!" Sah! ini sakit contraction.
“Hazel... tolong mama. Ambil beg Hazel dan Violet. Mama kena pergi hospital ni. Hazel dan Violet rumah Tok Gie, ya. Jaga kelakuan, jaga Violet kat sana. Jangan susahkan Tok Gie." Pesannya lagi. Dia telah menerangkan keadaannya yang perlu bermalam di hospital andai kata ada keperluan. Harraz Hazel sebagai abang perlu menjaga Qaseh Violet di rumah jiran mereka di flat itu juga. Tok Gie orang yang banyak membantunya sekiranya memerlukan pertolongan menjaga anak-anak tanpa meminta bayaran. Syukurnya dia bertemu orang yang baik-baik dalam keadaan serba susah ni.
Dalam rasa sakit yang masih boleh tahan, bahu kiri dan kanan dia mengendong beg yang perlu di bawa ke hospital. Buku pink juga telah terselit di poket beg.
Sebaik mengunci grill rumah, sebaik melangkah satu tapak, sebelah tangan telah memegang dinding koridor rumah dan sebelah lagi tangan menampung perut memboyot. Hahhh... sakitnya.
“Sabar baby. Bantu mama, kita pergi hospital dulu ya." Ditarik nafas dalam dan melepaskan ikut mulut agar dapat bertahan rasa sakit. Mengacip giginya menahan rasa contraction makin kuat tiba-tiba.
“Mama sakit ke?"
“Tak... mama boleh tahan lagi." Sebaik rasa sakit tadi hilang seketika, langkahnya diteruskan setingkat ke bawah, di situ terletaknya rumah Tok Gie.
Sebaik melihat anak-anak masuk ke rumah, “Leen boleh ke bawa kereta ke hospital ni? Tak pun kita call ambulance."
“Tak apa Cik Gie. Boleh tahan lagi ni. Sakit pun datang sekejap-sekejap saja. Kalau naik ambulance nak kena bayar beratus juga. Boleh Leen jimat sikit pergi sendiri. Nanti duit nak bayar bil hospital lagi." Tersekat-sekat ayatnya bercakap sambil menahan sakit mendatang.
Tanpa berlengah masa, Darleen Azra meneruskan laluan menghala ke lokasi parking kereta.
Dalam kaki handle kereta manual, sekejap-sekejap berhenti di lampu isyarat merah. Ketika itu dia dapat rasakan banyak cecair meluncur keluar membasahi kusyen kereta pemandu. "Allahuakhbar..." makin cuak Darleen Azra apabila air ketumban telah pecah. Dia tahu apa akan terjadi selepas itu.
“Hahhhh!!!" Lebih kuat mulutnya mengerang kesakitan. Kali ini sakitnya berterusan dan makin kuat rasa sakit itu sesekali dia meneran.
Kereta memberi lampu isyarat ke kiri sebelum berhenti di bahu jalan. Sungguh... Dia tidak mampu memandu kereta lagi. Dalam keadaan sekarang bayi dalam perutnya juga bila-bila masa akan keluar. Kalau tidak, boleh mati lemas anaknya dalam perut kalau ditahan-tahan.
Telefon telah dipegangnya, menghubungi Adib. Sementara menunggu panggilan berjawab, dari tempat duduknya dalam kesakitan ni, dia nampak bangunan hospital swasta paling berdekatan. Tak mungkin dia ke situ.
“Hahhh..." Mengerang kesakitan Darleen Azra tidak tertahan lagi hanya mempu menggenggam stereng. Giginya telah mengacip ketat, peluh seluruh tubuhnya makin membasah.
“Leen... Leen sakit ke tu? Abang datang sekarang... tunggu kat rumah tu." sahut Adib yang mendengar suara Darleen Azra kesakitan.
Tidak sempat dia nak mengata lokasinya, panggilan telah tertutup. Nak redha saja, juga tak boleh. Situasinya itu mempertaruhkan nyawa anak dalam perutnya itu. Ditolak pintu kereta luas-luas. Dia perlu dapatkan bantuan jika ada mana-mana insan yang baik dapat membantu.
Nak berdiri pun tak boleh. Dia tidak dapat menahan sakit lagi.
“Darleen..." Menjengah suara di pintu ternganga.
Menoleh Darleen Azra dalam sakit. Bukan suaminya dan bukan juga Adib. Nafasnya termengah-mengah, mengerang sekali lagi di hadapan mulut menyeru namanya tadi.
“Awak nak bersalin ke ni?"
Mengangguk lemah Darleen Azra. “Tolong... selamatkan anak saya... Hahhh!"
Tanpa berlengah lagi Ian Shah gerangan yang berdiri di tepi jalan, merangkul penuh berhati-hati tubuh tidak mampu berjalan lagi dan mencembung badan kesakitan masuk seat belakang keretanya.
“Pak mat... cepat, kita ke hospital depan tu!" Arah Ian Shah telah meriba kepala Darleen Azra dalam kesakitan.
Meluncur laju kereta jenama BMW ke hospital terdekat.
Share this novel