BAB 2 - RAIKAN CINTA

Drama Series 37878

Terngangar mulut Darleen Azra melihat susun atur dalam rumah resident dua tingkat setengah. Bukan saja cantik malah tersangat elegan. Setelah sekian lama, kakinya tidak jejak ke rumah besar berganda-ganda dari rumah flatnya yang kebesaran kurang dari seribu kaki persegi.

“Darleen..."

Teguran tuan rumah mematikan lamunan indah, langsung terkatup mulutnya. Baru teringat akan kedua-dua anaknya turut diajak masuk tadi.

“Hazel... tengokkan Violat tu. Violet duduk baik-baik kat sini..." arah Darleen Azra meminta anaknya duduk di bawah. Bukan di atas karpet gebu, sebaliknya merapat ke dinding atas lantai bercorak alur kayu.

“Eh... duduk atas sofa." Pinta Ian Shah tidak sampai hati biarkan anak-anak kecil duduk di bawah. Sofa rumahnya ini cukup luas untuk di duduk oleh anak-anak comel tu.

“Jangan encik... tak apa. Biar anak saya duduk bawah saja."

Tanpa bercakap lagi, Ian Shah menarik tangan Qaseh Violet dan budak lelaki duduk di sofa empuk.

“Thank you abang handsome..." penuh tertib letak punggung, takut juga ibunya marah.

Tergelak halus Ian Shah sekali lagi dipanggil abang handsome oleh anak Darleen Azra.

“Yang handsome lagi sorang ni nama siapa?" soal Ian Shah beramah mesra.

“Ni abang Violet. Nama dia Harraz Hazel."

Kecomelan Qaseh Violet memanjangkan sengihnya, juga tangan telah dihulur, dijabat oleh Harraz Hazel.

Darleen Azra sedikit tidak selesa berdiri dalam rumah luas ni, mengawal diri agar lebih bertenang. Ikutkan hati dia nak drop di hadapan pagar saja. Sudah tuan rumah nak minta bantuan katanya. Takkan nak masuk berdua-duaan ke dalam rumah ni pula. Risau dia timbulkan fitnah pula.

“Encik nak saya bantu apa?" Soal Darleen Azra nak lekas balik. Kotak warna silver diletakkan di atas meja telah dihias unsur-unsur candle light dinner.

Kotak dibuka Ian Shah, "cantiknya air tangan awak. Mana awak belajar buat pavlova bentuk bunga ni?" Lain daripada yang lain. Tidak seperti bentuk standard.

“Dari reel..." malu-malu Darleen Azra sebutkan.

“Reel?" bagaikan tak percaya. Kagumnya Ian Shah dengan wanita sarat mengandung ini lalu mengambil beberapa gambar mengikut angle terbaik. Hasil dalam gambar juga, awesome! Memang tak salah orang!

“Apa nama bisnes awak. Saya boleh promotekan. Hasil kerja tangan awak ni, boleh pergi jauh."

“Iya ke..." teragak-agak nak percaya gegendang telinganya menangkap ayat itu. Tetapi matanya bersinar bintang jua tidak dapat menipu kerana terlalu suka. Buat pertama kali dapat pujian ni.

Selama ini dia nak bawa ke tempat kerja pun takut. Suaminya selalu saja kata, “buat malu diri sendiri saja bawa benda buruk macam tu!" Jadi, tidaklah berani dia tunjukkan pada sesiapa hasil buatan tangannya melainkan Qaseh Violet saja jadi penggemarnya.

“Awak tahu kenapa saya beli dua?"

Tu soalan ke? Mestilah dia tidak tahu. Mana mungkin dia boleh baca fikiran lelaki kacak ini. Opsss... itu fakta, bukan tersuka tahu.

“Satu ni, saya nak test rasanya dulu. Wife saya sedikit cerewet. Tapi kalau ikut rupa, confirm berjaya memukau mata wife saya ni.“ Dibelahnya di tengah-tengah menjadi dua bahagian.

Darleen Azra dari awal telah berdebar semakin gementar bagaikan di hakimi oleh juri masterchef pula.

Sebelah potongan digigit tanpa ragu untuk merasakan tekstur pavlova dan barulah dikunyah lumat untuk merasakan kemewahan pavlova cantik itu.

“Emmm... marvellous." Siap dicium mini love bentuk tangannya, dihadiahkan depan si pembuat. “Pavlova awak ni... macam mana saya nak cakap ya. Sangat-sangat istimewa. Tekstur ni, lebih baik daripada buatan saya. Serius awak belajar dari video saja? Tak pernah masuk mana-mana kelas kulinari atau baking class?"

Terangak-agak Darleen Azra nak menggeleng. Tapi, sungguh dia tidak pernah belajar di mana-mana selain mengikut ajaran di video-video yang ada di medsos saja.

“Kalau macam nilah punya hasil, ada dua sebab saja. Satu, tangan awak. Dua, instinct awak. Kedua-dua tu gifted yang dah di anugerah dalam diri awak. Rugi kalau awak abaikan. Mungkin awak ni king of dessert tak didendang."

“Janganlah gitu encik... tinggi sangat encik puji saya tu. Saya tak macam tu. Mungkin juga pavlova ni sedap dari keikhlasan encik nak hidangkan untuk wife encik. Saya hanya jadi perantaraan, hasilkan sesuatu yang terbaik untuk encik."

“Ian. Panggilan saya Ian. Kalau awak nak panggil saya abang handsome macam Violat pun boleh."

Terdiam Darleen Azra terpesona dengan suara, tutur kata serta senyuman lelaki di hadapannya ini. 'Darleen!!! apa kau pandang tu?' sergah dalam hati. Langsung jatuh pandangan ke meja candle light dinner.

Nampak jambangan bunga hidup, susun atur pinggan kaca yang nampak mewah, sudu dan garpu cukup berkilat dan dipenuhi lilin. Inilah buat kali pertama dia melihat manja candle light dinner secara nyata.

“Cantik..." terlepas kata tanpa sedar. Termangunya dia kerana tiada peluang duduk di kerusi menghidangkan hiasan meja seromantis itu.

“Yang cantiknya pavlova awak." Sebiji lagi dihidang di atas meja candle light dinner. "Perfect right. Pavlova awak buatkan meja candle light dinner ni nampak lebih mewah."

“Bertuah wife encik..." dalam nadanya berbunyi iri hati pula. Bukan sengaja ada rasa begitu. Bila terkenangkan nasib diri, entahlah... mungkin dia tidak layak rasa bahagia.

“Actually, esok saya outstation. So, selalunya sebelum saya pergi, saya akan buat sesuatu yang macam ni untuk gembirakan hati wife saya." Tanpa segan silu kongsi hal peribadinya.

“Ohhh... mesti lama encik nak pergi ni?" Eh... ringan pula mulutnya bertanya lebih.

Ketawa halus tersembur dulu. Nak sebut pun malu. “Tiga hari jer. Cuma bila saya balik nanti, wife saya pula outstation. So kami berdua masing-masing sibuk dengan urusan kerja masing-masing. Bila ada peluang, saya akan raikan isteri saya."

Mengangguk faham Darleen Azra. Ada eloknya dia berangkat pulang. Terlebih lama pula singgah dalam besar ni, siap melayan dengan cerita cinta lelaki segak yang amat mencintai isterinya. Kaki baru nak mengundur...

“Saya terlalu cintakan isteri saya. Bukan setakat dengan kata-kata. Setiap perbuatan saya, saya nak luahkan cinta saya pada dia. Saya always... always nak buat yang terbaik untuk dia. Saya support sepenuh apa yang dia minat. Sebolehnya saya tak nak buat dia sedih. Saya nak dia tersenyum gembira sepanjang dia bersama saya hingga rambut kami memutih. Insya-Allah... dialah bidadari saya di jannah nanti." Tangan telah memeluk tubuh meluahkan perasaan juga terbayangkan senyuman bahagia isterinya.

Iya... dia turut rasa cinta yang diterangkan oleh lelaki segak itu. Kalaulah dia, tiada apa lagi yang dia mahukan cukup lafazkan syukur dapat suami sempurna seperti Ian Shah ini.

“Kalau tak ada apa-apa, saya beransur dulu."

“Sekejap awak..." diseluk poket seluarnya mengeluarkan sampul lalu diberikan ke tangan Darleen Azra.

"Apa ni?"

“Upah awak..."

“Tapi encik dah bayarkan bahan mentah tadi. Barang saya pun encik bayar. Jadi..."

“Tak apa... anggap rezeki anak awak. Terimalah... saya ikhlas."

Aduh.. riak wajah penuh harapan itu tidak mampu ditolaknya, langsung terdiam. Datang pula Ian Shah membawa bungkusan diserahkan kepada kedua-dua anaknya.

“Ni untuk Violet dan satu ni untuk Hazel. Abang handsome yang masak tau. Makan jangan berebut-rebut tau. Jadi anak soleh dan solehah. Jaga mama, okey." Sempat lagi pesan Ian Shah menemani tetamu keluar rumah hingga hilang kereta di balik pandang.
. .
. .
. Doa tidur lancar dibaca Qaseh Violet turut di aminkan Darleen Azra. Gebar nipis menutup tubuh anaknya diperbetulkan lalu mencium rapat ke pipi anak perempuan yang berada di kanan.

“Mama sayang sangat kat Violet..."

Lalu mengucup pula rambut anak lelaki yang tidur di sebelah kiri.

“Mama sayang sangat kat Hazel. Hazel anak sulung mama, permata hati mama. Tidur ya..."

Tidurnya mereka berdua berlapikkan Narita nipis di dalam satu bilik. Suiz lampu ditutupnya lalu menutup rapat pintu.

Langkahnya membawa laluan ke bilik tidur utama. Dia duduk di lantai beralaskan karpet nipis. Rak buku tidak berkaki diletakkan secara melintang memanjang dijadikan tempat meletakkan kelengkapan diri seperti sikat, bedak dan minyak angin.

Sampul pemberian lelaki bernama Ian Shah tadi, dibukanya. Membulat mata melihat kepingan RM50 ada empat keping...

Jadinya seketul pavlova dijualnya berharga RM100!

“Tak... aku tak boleh ambil duit ni." Esok dia perlu pulangkan. Tekad hatinya. Ketika menyumpatkan semula duit ke dalam sampul, terdapat kertas kecil didalamnya.

“Kalau awak rasa duit ni lebih, saya hadiahkan untuk anak dalam kandungan awak. Cukup awak doakan saya bahagia. Terima kasih... Darleen."

Pelik Darleen Azra. Tidak sempat nak pelik lama, kedengaran pintu rumah dihempas kuat. Laju dia menyimpan duit serta nota kecil ke dalam sebuah novel yang disusun dicelah rak.

Mesti suaminya dah balik. Perut saratnya, melambatkan gerakan yang sedang duduk bersila di lantai berdiri semula. Allah... kebas kakinya bagaikan dicucuk duri, berdiri seketika.

Pintu terbuka luas...

“Abang..."

“Kau! Sebabkan pavlova yang kau buat tu tak sedap, buat aku malu! Kawan aku siap lempar pavlova tu! Malu aku! Malu!!!" Berang Iskandar sambil menujah jari telunjuknya.

“A... A... bang... Leen minta maaf. Lin tak tahu pula tak sedap sampaikan kawan abang sanggup lempar." Terketar Darleen Azra kecut perut. Selalu juga suaminya naik angin, tapi tidak naik hantu seperti sekarang. Riak wajah Iskandar amat menakutkan. Segala urat muka hingga ke tangan, dia boleh nampak. Lebih merisaukan sekiranya anaknya yang baru tidur terjaga pula dek jerkahan itu.

Beg gym masih ditangan, dihempas kasar. Dengar suara gagap itu makin memuncak tahap kemarahannya. Mara dia mencengkam rambut isterinya kerana panas hati. Panas hatinya kerana tidak dapat melepaskan hajatnya pada Adelin. Malah lemparan mata benci pula menjadi habuannya.

“Kau ni wujud hanya nak memalukan aku!!!" Jerkahnya ke tepi telinga Darleen pula.

“Abang... sakit bang... sakit... tolonglah lepaskan Leen." Air mata telah tumpah, turut memegang tangan suaminya yang dipenuhi urat-urat timbul.

Cengkaman rambut terlepas bersama tolakkan tubuh Darleen ke atas tilam. Pintu bilik dikuncinya lalu ditutup lampu.

Dalam cahaya samar, Darleen Azra nampak bayang suaminya telah membuka baju dan juga semua helai pakaian hingga tiada seurat benang. Tubuhnya kini dirangkul kemas.

“Abang... Leen tak larat bang..." lemah Darleen Azra bersuara.

“Shhh... sayang... abang sayangkan sayang. Abang mahukan sayang. Abang terlalu geram pada mulut sayang." Bibir yang dimaksudkanya, sudah tentu bibir kekasih hatinya. "Wangian sayang buat abang tak mahu lepas. Abang cintakan sayang, Adelin... Ohh... Adelin..."

“Siapa Adelin?" ditarik bibirnya menyoal. Tubuhnya meregangkan sedikit.

“Nama tu tiba-tiba timbul. Sedapkan nama Adelin. Mungkin boleh letak nama tu pada anak kita."

Tidak diendahkan hal itu lagi, Darleen Azra terbuai dalam setiap sentuhan lembut suaminya dan suara lembut suaminya juga menjadi mengubat rindu Darleen Azra yang telah lama dipendamnya.

“Jangan lepaskan abang sayang. Peluk abang kuat-kuat... Abang sayangkan sayang.. abang terlalu cintakan sayang..." itulah luahannya yang ingin diucap kepada Adelin malam ini. Segala sentuhan, kucupan dan pelukan hanya untuk Adelin. Tenggelamnya dia dalam banyangan adalah bersama Adelin.
. .
. .
. Perlahan-lahan pintu rumah ditutup rapat.

“Honey..." Sapa ceria Ian Shah menangkap pinggang isterinya.

“Hubby... sorry honey sampai lambat." Serba salah Adelin memandang suaminya.

“Tak lambat sangat pun. Cuma... hubby rindukan honey bee ni jer..." pinggang ramping disauk kedua belah tangan lalu wajahnya mendekati wajah yang buat dia gila bayang tidak sudah. Walaupun dah berkahwin hampir tiga tahun, dia masih gila bayang pada kecantikan isterinya.

Bibir hendak bertaut, ditelengkan muka. Melekat bibir Ian Shah ke pipi Adelin.

“Kenapa ni honey?" Pelik kucupannya dielak isterinya.

“Tak... mulut honey berbaur sikit. Tadi lupa nak gosok gigi waktu mandi di gym. Honey bersihkan mulut dulu..." pantas Adelin melepasi diri dari pelukan erat, terus hilangkan diri ke tingkat atas. Melekat tubuhnya ke pintu bilik telah ditutup, menutup bibirnya dengan belakang tangan.

“Eee... geli... geli..." makin tak keruan Adelin menggosok rakus bibirnya kerana terlalu jijik terbayangkan perbuatan Iskandar tadi.

Tak! Dia tak boleh biarkan suaminya menunggu di bawah. Laju dia masuk ke kamar mandi, membersihkan semula seluruh tubuhnya.

Dalam menunggu Adelin membersihkan badan, dia turut memberi ruang agar isterinya berehat sebentar di dalam bilik. Pasti letih baru balik gym. Nak jaga badan untuknya juga, takkan dia tak boleh tunggu seketika. Bila isterinya dah ready nak makan, turunlah sekejap lagi tu.

Nampak ada bayang menuruni anak tangga, that's my wife! Adelin cukup seksi mengena lingerie pendek berwarna hitam.

Cukup menggoda dalam setiap langkah hingga duduk di atas riba suaminya. Bibir yang dielaknya tadi menjadi sasaran tanpa dipinta.

“Hai cat women..." sapa Ian Shah yang bibirnya telah dilepaskan. Itulah gelaran buat isterinya yang telah bertukar makhluk paling seksi.

“Haiii tom..."

Sebelum Adelin menjadi rakus, sekuntum mawar merah ditarik Ian Shah juga mematahkan batangnya menjadi pendek, diselit ke telinga isterinya. “So seksi..."

Bahagia Adelin memeluk suaminya erat sambil mengerling perkara terhidang. Meja candle light dinner memang permainan suaminya setiap kali sebelum berangkat outstation ke overseas. Pavlova!!! Bayangan kejadian di basement tadi menerjah kembali.

“Hubby... Honey terlalu rindukan hubby sepanjang hari ni tau. Honey terbayangkan aksi-aksi kita. Let's do it hubby... bawa honey bee tenggelam dalam syurga kita."

Kalau sudah itu yang dimahukan isterinya, apa salahnya ditunaikan seperti selalu. Apa saja permintaan isterinya, ditunaikan sebaik mungkin dalam apa jua perkara. Tubuh kecil dicempung ke sofa empuk di ruang tamu. Tanpa membazirkan sesaat, masing-masing memainkan peranan menzahirkan hubungan halal mereka.

Tertiarap Adelin tidur keletihan, diselubungkan gebar ke tubuh tiada seurat benar. Dia juga baru terjaga kerana kesejukan penghawa dingin, telah menyarungkan seluar sport panjangnya semula.

“Hubby... nak ke mana tu?" merengek manja Adelin bertanya. Badan bergolek ke kiri dan ke kanan, mengiring pula sambil meregangkan segala urat sendi.

“Hubby nak ambil air." Haus tekaknya telah berhempas pulas, tidak sempat meneguk air.

“Laparrr..." mengadu makin manja.

“Okey... Honey baring dulu..."

Talam kayu dijinjing Ian Shah, hidangkan hidangan di hadapan isterinya yang hanya berkemban gebar.

“Happy birthday my honey bee..." disuap pavlova yang telah lembik. Nak buat macam mana, urusan isterinya tadi lebih penting...

Ketawa halus Adelin bagaikan faham-faham ayat sedang terlintas. “Sebabkan hubby yang sediakan, pavlova lembik pun rasa sedap."

“Opsss, sorry... bukan hubby yang buat pavlova ni. Hubby beli tau. Tapi ditempah khas home made untuk isteri hubby ni."

“It's okey... asalkan datang dari duit hubby." Diterima lagi suapan suaminya. Terasa lapar sungguh perutnya. Tapi, sebelum kenyangkan perut, dia perlu buat sesuatu.

Leher suaminya disauk. Mereka berpandangan hingga ke dalam anak mata. “Honey sayangkan hubby. Cinta honey hanya untuk hubby. Takkan berubah walau apa pun keadaan, cinta hubby mesti untuk Honey dan cinta honey hanya untuk hubby. Hubby tak boleh tinggalkan honey walau apa jua keadaan honey. Baik buruk honey, hubby kena terima. Honey juga akan telan semua buruk baik hubby. Cinta kita berdua menjadi satu untuk selamanya... Itu janji kitakan hubby." Dipeluk erat tubuh suaminya.

Belakang tubuh isterinya diusap lembut. “Hubby tak pernah lupa. Hubby akan ingat hingga sampai menutup mata..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience