Gagah kaki panjang merentasi lobi lalu membelok ke lodge. Tidak ramai orang tersandar di sofa-sofa tersedia. Jadi mudah untuk matanya mencari gerangan yang pastinya ada di salah satu sofa. Lebih laju dia ke satu arah, lalu melabuhkan punggung tanpa menyapa.
"Assalamualaikum..." ucap gerangan lelaki yang menerima tetamu tak di undang.
Bibir hilang senyuman, menjawab nada menjunam.
Ketawa halus mulut yang tidak sempat meneguk Americano ais, meneruskan hajatnya yang baru balik menghangatkan badan di tengah padang bermain golf. Sebelum soal apa-apa meneguk dulu airnya. Hurmmm... barulah sejuk badan.
“You nak Americano Ice? I order kan dulu." Tanpa menunggu persetujuan, Dayyan Azad memanggil waitress dan membuat pesanan. Amat jarang nak nampak figura kacak Ian Shah ni monyok selain kalah bermain golf dengannya.
“Kenapa muka you tu? Bini you lari ke?" Sengaja mulutnya meluncur soalan tak munasabah. Mana mungkin pasangan romantis ini, isteri nak lari.
“Entahlah... tiba-tiba I rasa hidup I kosong. Baru aje berpisah, dah I rindukan dia." Tanpa malu terluah juga perasaan.
“Sah... wife you hilang la ni? Wife you outstation mana pula kali ni?"
“I rindukan Adelin Lavend..."
“Iya... I know you in love sangat dengan Adelin Lav... Lav apa? Siapa pula Lavend tu?" Bagaikan tersedar dari mimpi bila mulut Ian Shah tak pernah sebutkan nama lain selain Adelin isterinya Dan kali ni ada Lavend... pula? Bunga Lavender mana pula dah merasuk kawan baik sudah level seperti adik sendiri ni?
“Adelin Lavend... comel sangat." Pujinya depan Dayyan Azad dalam bayangannya telah menembusi wajah lelaki itu.
“You jangan macam-macam. Walaupun wife you tu sibuk memanjang dengan urusan dia tu, you jangan sesekali pasang skandal pula. Jangan sesekali... bermain cinta tahu tak! Sekali you dah terjebak, hati you dah jatuh cinta, susah you nak berpatah balik. Nanti di kemudian hari memakan diri you balik. Dengar cakap I ni." Nasihatnya tegas. Insan-insan kacak seperti Ian Shah dan dirinya sendiri memang selalu jadi tumpuan perempuan-perempuan nak menyendeng. Bertambah meningkat usia, makin matang wajah seseorang lelaki lebih kacak. Bertabah pula dengan berharta yang terang-terangan nampak, mana-mana perempuan berdahi licin atau tidak, ada saja yang mencari peluang.
Skrin telefon ditayang ke hadapan Dayyan Azad mungkin dah melalut jauh.
“Comelnya... anak you ke? Bila pula Adelin pregnant?" Tak pernah pula sekali selama sembilan bulan yang lepas Ian Shah menceritakan atau terlepas cerita isterinya pregnant. Tapi muka tak ada iras Ian Shah atau Adelin. “You ambil anak angkat ke?"
Juga menggeleng kepala Ian Shah.
Melopong wajah matured Dayyan Azad lebih tua tiga tahun daripada Ian Shah. Mulutnya ditutup dengan tangan. “Anak you dengan perem..." diperlahankan volume suaranya, “dengan perempuan lain ke?" Tahulah Adelin tak nak pregnant, tapi tidak terjangkau Ian Shah melangkaui batas begitu.
“Bukanlah. Tu anak saudara I."
Lebih berkerut dahi Dayyan Azad. “Sejak bila you ada adik-beradik. Bukan you anak yatim piatu?"
“Dah kalau adik I yang bersalin, kira baby comel tu anak buah I la kan."
Makin pening berteka-teki dengan Ian Shah, dia tidak meneruskan andaiannya saja hanya memerhatikan wajah muram membuka cerita dari pertemuan di tepi jalan hinggalah ke saat dia jejakkan kaki ke lodge ni, duduk di sini.
Air yang telah dipesan terhidang, diteguk Ian Shah. Dia memang gemar meniru apa yang diminum atau dimakan Dayyan Azad. Selera makan mereka lebih kurang sama saja.
“Sampai bila you all laki bini ni nak merancang? Bukan you tak boleh dapat anak. Wife you pun pernah pregnant. Dah bertahun pun wife you keguguran, takkan tak bersedia lagi. Tengok air muka you tu pun boleh nampak you kepingin anak."
“Siapa tak nak anak? I ni cuma hormatkan keputusan Adelin. Lagi pun bab anak ni I tak nak desak dia. Biar dia terbuka hati dengan sendiri. Bersedia nak pikul tanggungjawab sebagai ibu. Bukan sebab atas kemahuan I sorang."
“You pujuklah dia. Ala... takkan I nak ajar. You and Adelin tukan pasangan romantis. Sedang-sedang bercinta tu, you usulkan kemahuan you tu. Cuba pujuk baik-baik, ubah fikiran dia."
“Don't know la." Lemah semangatnya.
“Wife you kat mana sekarang?" Dayyan Azad menyoal lagi.
“Krabi. Shooting edition terbaru pakaian butik dia."
“Dah cantik sangat tu. Dari you muram kat sini terkenangh-kenangkan anak orang, lebih baik you terbang ke Krabi. Pergilah buat surprise honeymoon. Mana tahu keluar baby terkejut juga." Jam sempat dikerling. “Kalau you pergi sekarang, petang pun dah boleh sampai. Hah... tak pun you pakai private jet I. Itu tanda sokongan I pada you."
“Sounds good." Timbul riak teruja. “Patutlah anak you dah tiga. Rupanya suka main-main terkejut ya."
“See the leg la. Panjang kaki I, panjang lagi akal I tau..."
Ketawa besar dua orang lelaki sangat akrab sejak menyambung pelajaran di universiti lagi. Dayyan Azad sebagai seniornya selalu saja membantunya di dalam kesusahan. Walaupun dilahirkan dalam keluarga berharta tujuh keturunan tak habis, Dayyan Azad bin Tan Sri Muzaffar tidak pernah malu berkawan dengannya sebagai anak yatim piatu.
.
.
.
.
.
Kerusi roda ditolak Adib perlahan dan lebih berhati-hati ketika masuk ke dalam lif. Darleen Azra berdegil nak berjalan sendiri, dipaksa Adib duduk di kerusi roda sambil memangku bayi perempuan sedang terlelap mata.
Ketika melintasi kaunter pembayaran, Darleen hairan Adib tidak membelok. Korneanya mengerling ke belakang.
“Abang Adib... kenapa kita tak ke kaunter pembayaran?"
“Bil hospital dah settle." Lemah bibirnya menarik senyum. Sebaik melepasi pintu utama, “Leen tunggu sini. Abang letak beg sekejap. Jangan pandai-pandai jalan sendiri. Tunggu abang tau." Itu arahan. Walaupun nadanya cukup lembut tapi arahan itu tetap tegas.
Takkan dia nak susahkan Abang Adib lagi. Setakat nak berjalan ke pintu kereta dalam jarak dua meter, boleh lagi langkahnya nak menapak. Sudahlah Abang Adib bayarkan bil hospital. Naik malu mukanya terus meneruskan mengharap pertolongan Abang Adib. Perlahan-lahan dia bangun sendiri.
“Tengok tu... tengok tu. Abang dah pesan, tunggu abang." Pantas dia memegang lengan Darleen, agar tubuh lemah itu dapat bergerak perlahan-lahan. Dalam nampak cekal Darleen cuba uruskan diri sendiri macam tak sakit, boleh nampak dengan jelas tubuh lemah itu kesakitan setiap kali melangkah. Hish... kalaulah Darleen Azra isterinya, senang dia dukung saja. Dia masih waras lagi Darleen Azra ni isteri kawan baiknya.
Sebaik kereta jenis Honda bergerak ke atas jalan besar, “Abang Adib, berapa bil hospital tadi?" soal Darleen ingin tahu.
“Adalah... jangan risau." Mengelak sebutkan hal angka yang pasti buat Darleen terkejut.
“Cakaplah... berapa? Leen nak tahu. Nanti Leen bayar balik kat Abang Adib." Mendayu nadanya memujuk.
Hah... alunan nada tu selalu berjaya buat lemah semangat. “Tak apa... nanti abang claim kat Iskandar." Cuba tak mahu mengalah.
“Jangan Abang Adib. Leen bayar. Leen tak nak susahkan Abang Iskandar. Leen yang bersalin kat hospital swasta tu. Kesian Abang Iskandar kena keluarkan duit banyak nanti. Tak boleh macam tu. Leen bayar." Sedikit cemas riak wajahnya tak senang duduk.
“Leen! Iskandar tu suami Leen. Biar dia yang jelaskan bil hospital tu. Lagi pun Leen bersalinkan anak diakan." Ton suaranya juga meninggi sedikit. Ayat kesian Darleen tak bertempat tu bagaikan dijentik radangnya nak merampang.
“Leen tak nak susahkan suami Leen."
“Itulah masalah Leen. Selalu nak buat semuanya sendiri. Nak bayar sendiri. Tak nak susahkan Iskandar tu sampai dia lupa dia tu ada tanggungjawab! Abang tak suka cara Leen terlebih-lebih berdikari akhirnya makan diri tau tak!"
Rasa akan diri kena marah, terdiam Darleen. Iya... memang dia sentap. Dia tahu, Abang Adib susah nak meninggi suara. Kalau sudah nada seperti tadi, itu maknanya Abang Adib dalam mood meradang. Lebih baik dia kuncikan mulut saja.
Sedar akan ketelanjuran nadanya, “sorry Leen... abang bukan marah Leen. Abang tak setuju dengan sikap toleransi Leen pada Iskandar tu." Lemah semula suaranya.
“Tak apa. Leen faham. Terima kasih Abang Adib tolong Leen. Leen minta maaf dah susahkan Abang Adib hari ni." Bukan hari ni saja. Dah banyak kali dia susahkan Abang Adib.
Alamak... menggaru juga kepala tak gatal. Darleen dah terasa hati. Dia hanya nak sedarkan dan membetulkan keadaan Darleen saja. Bukan nak buat Darleen rasa terbeban menunggu rasa bersalah. Aduh!
“Leen... sungguh abang cakap, Leen tak pernah susahkan abang. Abang tolong Leen selama ni ikhlas dari hati abang. Lagi pun abang ni tak ada tanggungjawab lain. Abang tak ada anak bini nak jaga. Tak salah pun abang tolong Leen yang lebih memerlukan. Macam nilah Leen. Abang minta maaf kalau Leen terasa dengan apa yang abang cakapkan tadi. Abang nak Leen berubah. Itu saja harapan abang. Tolonglah share tanggungjawab tu dengan Iskandar. Jangan tanggung semua tanggungjawab termasuk tanggungjawab suami tu sorang seorang diri. Leen bukan ibu tunggal. Leen masih ada suamikan."
Mengangguk Darleen cukup faham apa yang dimaksudkan Abang Adib. Dia juga sedar apa yang dicakapkan Abang Adib semuanya benar-benar belaka. Tapi dia terlalu sayangkan Iskandar. Sayangnya dia sebolehnya dia tak nak susahkan Iskandar kerana dirinya. Malah dia pula nak bantu uruskan semua tanggungjawab suaminya supaya suaminya tak rasa terbeban dengan keluarga kecil ini. Semua kebaikan dia buat khas untuk Iskandar rasakan menjadi suami yang bertuah dan sangat dicintai.
“Leen... ingat, jangan pikul tanggungjawab Iskandar lagi." Sekali lagi diperingatkan dan jangan buat-buat lupa lagi.
“Baiklah Abang adib. Leen cuba..."
“Bukan cuba. Paksa Iskandar tu jalankan tanggungjawab yang dia dah lepaskan." Pesannya lagi. Matanya melirik Darleen Azra menyentuh anak yang sedang didakap.
Bukan kini saja dia rasakan menyesal. Setiap kali Iskandar buat perkara tak baik di belakang Darleen, batinnya pasti meraung, 'aku menyesal!!!' Menyesalnya dia lepaskan Darleen Azra kepada Iskandar. Sepatutnya dia rampas saja Darleen daripada Iskandar sebelum mereka melangsungkan perkahwinan.
Kisah sepuluh tahun yang lalu, tidak pernah dilupakan Adib. Ketika dia bekerja di salah sebuah coffee house terkenal, pelbagai wajah pelanggan dipandangnya seperti biasa. Tapi bila didatangi seorang perempuan muda sangat cantik berpakaian dress berwarna kuning air paras betis sebagai pelanggan yang ingin membeli cafe latte. Tetapi disebabkan perempuan itu tertinggal wallet, dia tidak sampai hati melihat wajah lembut itu kecewa tidak dapat minum cafe latte, dibayarkannya. Keesokkan harinya, perempuan cantik berambut panjang paras dada itu datang semula untuk membayar duitnya.
“Ambillah duit ni. Saya tak nak terhutang apa-apa dengan awak." Ujar perempuan itu sedikit paksa.
“Kalau awak nak bayar juga, awak belikan saya cafe latte yang sama untuk saya." Cadang Adib dengan senyuman sehabis kacak.
“Alright..."
Cafe latte dipesan dengan senyuman manis itu buat bibirnya juga turut tersenyum malah terbawa-bawa dalam mimpi. Jantungnya juga berdegup hebat tidak kira jumpa di alam maya atau nyata. “Nama awak Darleen Azra, right?"
“Mana awak tahu ni?"
Wajah sedikit cuak, mungkin ingatkan dia seorang stalker. “Kan awak letak nama tu pada cup semalam?"
“Oh... awak ingat?" Lebih teruja Darleen ketika itu.
“Of course... perempuan cantik macam awak, siapa yang akan lupa." Meleret senyumannya sambil menulis nama penuh Darleen Azra di cup.
“Eh... tapi saya belikan latte ni untuk awak. Kenapa awak tulis nama saya pula?" soal Darleen pelik.
“Oh... Iyalah... salah saya. Tak apa..." lalu jarinya menyambung tulis Darleen Azra x Adib di atas cup. Dan cup itu masih disimpan baik oleh Adib.
“Oh... nama awak Adib. Panggil saya Leen..."
Ketika itu, cup besar dituang separuh airnya untuk berkongsi dengan Darleen dan mereka minum di bawah pokok sementara Adib habiskan waktu rehatnya. Sejak itu mereka berdua selalu minum cafe latte bersama-sama dan menjadi rapat walaupun usia Adib lebih tua tiga tahun. Darleen Azra ketika itu baru habis SPM dan akan melanjutkan pelajaran. Tetapi suatu malam ketika dia menutup kedai, Darleen datang kepadanya dalam keadaan menangis teresak-esak. Detik itulah dia akan berhentikan kalau boleh. Dan kalau boleh diulang, dia akan perbetulkan kesilapan di mana dia tidak akan sama sekali memilih untuk mempercayai Iskandar!
.
.
.
.
.
Pintu bilik dikuak Adelin dari luar. Hampir seharian tidak menjengah ke bilik sendiri. Barang-barang peribadinya semua masih ada di bilik ini.
Mengekor Iskandar dari belakang, duduk di bibir katil. “Sayang... bawalah beg you semua ke bilik kita. Lagi pun you bukan nak tidur sini dahkan."
“Siapa cakap I tak tidur kat bilik ni? Ni bilik I. Malam ni I tidur sinilah." Sengaja dia buat ayat yang akan buat Iskandar menggilakan dirinya lebih.
“I yang cakap." Sedikit tegas disuarakan tapi masih mood manja. Dia telah berdiri memeluk pinggang Adelin dari belakang. Mana boleh dia tidur tak bertemankan Adelin yang cantik bak bidadari ni. Dia sendiri tak tahu bagaimana dia akan hidup berjauhan dengan Adelin selepas ni. “I tak izinkan you tidur di bilik ni lagi. Officially bilik you sekarang di suite room honeymoon kita." Melekat bibirnya di pipi gebu lalu diusap-usap perut kempus Adelin. Lalu tangan gatalnya menarik jatuhkan tali bikini sebelah, dikucupnya bahu itu penuh ghairah.
“You jangan nak mengada ya!" Elaknya menjauhkan diri dari mulut Iskandar menjadi rakus. “Kata nak candle light dinner di tepi pantai. Nanti lambat tak dapat tengok sunset."
Berlalu Adelin sempat ditarik ke dalam dakapannya semula. “Mana mau lari. Sempat lagi sayang. Sempat kita kejar satu round lagi. Sayang tengok sunset atas I pun boleh." Tubuh Adelin telah dipusing menghadapnya dipeluk erat-erat. Bibir itu hampir bertaut, ditutup Adelin lebih pantas. Aduh... bab main tarik tali Adelin ni memang tahap tak boleh bawa bincang. Boleh buat dia menggila tak tentu arah ketagihkan kemanisan Adelin.
“No! Kalau you nak, tunggu lepas candle light dinner... I akan..." sengaja dikunci mulutnya tiba-tiba. Barulah Iskandar lebih teruja.
“You akan?" Terangkat keningnya menunggu ayat yang pastinya buat dia rasa berbunga api dalam hatinya.
Bibir mungil telah mendekati ke telinga Iskandar. “I akan beraksi malam ni. You... hanya rasakan kemewahan segala posisi yang I akan buat."
Meleret lebar bibir Iskandar terbit senyum teramat suka. I told you! Adelin bijak buat dia rasa teruja menggila hingga rasa dalam hati dipenuhi lampu kelip-kelip di bawah percikan bunga api yang indah. “Okey... I tunggu." Dilepaskan tubuh itu menggali-gali baju dalam bagasi telah ternganga.
“Mana better?" Ditayang dress pendek satu berwarna putih jarang akan dipakai bersama lingerie hitam di dalamnya yang amat seksi. Dan satu lagi pilihan ditayangnya dress pendek hanya bertali halus dan luas di bahagian dada pasti menampakkan bukan saja lurah, tetapi bonjolan dadanya.
Satu-persatu dipandang Iskandar. Baginya kedua-dua cantik di badan kekasih hatinya. “I rasa lagi cantik you tak pakai apa-apa."
“Hey... Takkanlah I nak berbogel sambil candle light dinner."
“Apa salahnya. Malam tadi you bukan macam tu ke?"
“Itu dalam bilik. Lagi pun bukan I yang nak. You yang tanggalkan baju I. Kalau larang, mesti you sanggup koyak baju I kan? Lagi pun baju I tu mahal. Branded item and limited edition. Mana boleh I biarkan you rebok-robekkan baju kesayangan I."
“Tahu pun... Macam tu juga I. I terlalu sayang, cinta, kasihan you." Lalu ditangkap pinggang kecil itu lagi yang sentiasa buat dia rasa geram dan sayang nak lepaskan badan perfect tu. Ikutkan hati dia keluar bilik pun tak nak. Tapi atas desakan Adelin, mereka keluar dari sarang. Adelin merengek-rengek nak snorkeling. Dia yang teramat cintakan Adelin semestinya akan merealisasikan segala permintaan Adelin yang manja tu.
Selepas snorkeling tadi, Adelin nak bersantai di tepi pantai pula sambil mengeringkan bikininya. Pada ketika itu juga, Adelin mengadu sakit kaki dan pinggang kerana aktivi berat mereka berterusan. Jadi dia yang amat mengambil berat akan Adelin tak mungkin biarkan saja. Tangan kasarnya ini memicit-micit bahagian sengal yang pastinya dia penyumbang terbesar sengal di tubuh itu. Bergayut tak senyum sendiri walaupun hanya teringatkan semula saat-saat bersama Adelin tadi.
“I nak terkencing jap."
“Hishhh... tak senonohlah. Itu pun nak cakap!" Buat-buat marah Adelin lalu ketawa halus.
“Tak nak temankan I masuk tandas ke?" Soal Iskandar cuba menggoda.
“Tunggu la sayang... malam nanti okey. Dalam tandas, dalam bathtub, atas singki pun boleh."
Berat hati berlalu juga Iskandar ke dalam kamar mandi melepaskan hajat.
Loceng bilik berbunyi. Kedengaran, “room service..."
Adelin membuka pintu. Staf hotel menyerahkan baju-baju miliknya yang telah siap dibasuh.
“Thank you..." Senyuman senang di hadiah tanpa kisah badan hanya mengena bikini.
Masuk dia ke dalam bilik sambil bersenandung rentak gembira. Belum sempat dia menggantungkan baju-bajunya, berbunyi sekali lagi loceng bilik. Dia parking baju-baju di atas katil dulu dan berlari anak membuka pintu.
"Surprise..."
“Hubby..." Berubah terus bawah Adelin dan wajahnya sedikit membahang panas. Betul ke suaminya yang berdiri di hadapannya ini.
Tubuh Adelin telah dipeluknya meregangkan pelukan. Lalu dipandang tubuh yang hanya menutup bahagian sensitif saja. “Amboi... cantiknya bikini. Memang nak sambut hubby ke ni?"
Tanpa pelawa, Ian Shah merangkul bahu isterinya masuk ke dalam bilik dan menutup rapat. Kini berdiri mereka di belakang pintu. Ian Shah memerhatikan wajah yang amat dirindunya. Tangan telah mengunci di bawah rahang isterinya, mengusap pipi gebu dan bibir merah bak delima itu.
“Hubby rindu sangat dengan honey bee ni." Tangannya menarik wajah itu mendekati wajahnya. Ikutkan hati awal-awal tadi dia nak kucup bibir itu tapi tidaklah untuk tayangan umum. Itu dia melepaskan hajat di belakang pintu tertutup.
Perasan ekor mata Ian Shah ada bayang yang baru keluar dari kamar mandi dalam bilik isterinya hanya berseluar pendek dan bersinglet kelabu.
“Siapa lelaki ni?" Berubah tegang wajah Ian Shah dalam retinanya mengecam susuk wajah lelaki juga berwajah serius.
Share this novel