Tegak berdiri Ian Shah di sisi katil
memerhatikan Adelin yang baru sedarkan diri.
“Hubby… honey kat mana ni?” lemah suara menyoal begitu juga geraknya. Di bahagia perut masih terasa pedih dan tak selesa.
“Hospital." Sepatah menjawab. Tangan Adelin singgah ke tubuhnya, dipegang. “You ingat tak apa yang berlaku malam tadi?” soalnya ingin melihat apa yang dijawab Adelin.
Malam tadi? Kepala cedera sedikit masih segar dalam ingatan semua yang berlaku dan tubuhnya masih dapat rasakan tangan Iskandar menghalang badannya dari di hendak lebih hebat ketika hentaman berlaku. Ada baiknya dia menggeleng saja sebelum disoal lebih oleh suaminya.
“You accident and now you ada di hospital. You tak ingat kenapa, ke mana dan bagaimana you boleh accident?" Sekali lagi ditanya secara baik.
“Tak... yang honey ingat honey keluar rumah nak tenangkan fikiran." Jawabnya dengan jawapan selamat. Kepala tak sakit berkerut seribu juga dipegang bagaikan berdenyut. “Kepala honey sakitlah hubby..." minta simpati agar tutup segala soalan lain.
Tak ada hati dia nak sentuh isteri mengadu sakit, keluhan berat saja terlepas. Kecewanya dia pada Adelin. Dan lebih kecewanya bila fikirkan di mana silapnya hingga Adelin curang dengannya. Kerana terlalu kecewa hingga dia langsung tak ada semangat untuk tahu hal sebenar. Cara Adelin menjawab juga dia tahu pastinya Adelin tak akan mengaku.
“Sekejap lagi you akan di pindahkan ke hospital swasta yang telah ditempah daddy you. You rehatlah dulu." Langkahnya nak berlalu keluar, tangannya dicapai Adelin.
“Hubby nak pergi mana? Temanlah honey." Perasan tingkah laku suaminya sedikit kelainan tak seperti selalu apabila dia sakit pastinya Ian akan membelai-belainya dan memujuk. Kini dia sedikit cuak. “Hubby marahkan Honey ke?”
“Marah?” soalan itu cetus ketawa halus dibuat-buat Ian Shah. “You accident, you nak I ketawa ke bila tengok you terlantar di atas katil hospital?”
“Hubby… sampai hati hubby. Honey sakit…” Pilu hatinya dengan reaksi suaminya dan lebih pilu bila suaminya tak memanggilnya seperti biasa. Kenapa? Tak mungkin suaminya dah tahu!
“Mestilah sakit. You accident. Takkan sedap pula." Pandangannya tancap pada perut kempis. “And you miscarriage. Again.”
“Huh? I’m pregnant?" Tergamam riaknya buat-buat tak tahu pula.
“Mestilah you tak tahu you pregnant. Siapa yang boleh jangkakan? I pun tak tahu-menahu you akan pregnant. Sebabnya selama kita berkahwin ni, kita merancang. Dan pelindung yang I guna tak pernah tembus ke rahim you lagi.”
“So… you nak cakap I pregnant anak orang lain ke?” Soal Adelin sedikit berang.
“I tak cakap. You yang cakap.”
“Ian!!!”
Pintu bilik terbuka. Beberapa orang doktor dan jururawat masuk. Sebelum Adelin dibawa menaiki ambulance ke hospital lain, mereka perlu sahkan kondisinya dan lengkapkan report untuk dibawa ke sana.
Tak menunggu lagi, berlalu Ian Shah keluar tak menoleh Adelin lagi. Kemarahan, pedih dan kecewa yang ditanggung dalam hati tak mampu dibendung lagi. Dia mencari udara segar agar menjadi penawar hatinya terus bersabar. Bersabar agar mulutnya tak lafazkan talak. Mudah sangat kalau dia bebaskan Adelin begitu saja sedangkan sakit ditikam Adelin belum tentu sembuh sekiranya mereka berdua berpisah.
.
.
.
.
.
PERLAHAN pemanduan Adib mengikut di belakang van jenazah. Sesekali dia mengerling Darleen Azra diam memeluk bayi kecil yang sedang tidur. Air mata tak pernah kering masih menitis dalam diam tanpa sendu.
Kemudian anak matanya melirik ke cermin pandang belakang. Harraz Hazel duduk di belakang hanya membuang pandangan ke luar tingkap dengan mata yang telah bengkak kemerahan.
Dia juga turut sebak, ditahan air mata agar tak mengalir di hadapan Darleen.
Sebaik sampai di tapak perkuburan, “Leen duduk dalam kereta ya. Biar abang dan Hazel pergi ke tapak pengkebumian tu.”
“Leen nak ikut. Leen nak hantar anak Leen. Sudahlah papa dia pun tak ada. Takkan Leen sebagai mama Violet tak ada juga. Kesian Violet…” Sayu suara Darleen tumpah air mata ke pipi, dikesatnya.
Keluhan berat terlepas. Sukar juga dia nak membantah, mengangguk lemah. Lekas Adib keluar kereta, membukakan pintu di sebelah Darleen. Suasana di pagi ini pun nampak mendung seakan pilu dengan pemergian Qaseh Violet.
“Abang... Boleh tak abang call abang is sekali lagi. Mana tahu abang Is nak datang.” Pinta Darleen dan besar harapannya berharap Iskandar datang melihat Qaseh Violet buat kali terakhir.
Adib masih akur dengan kehendak Darleen, panggilan dibuat. Dia perlahankan langkah agar Darleen memintasnya ke hadapan. Taklah mendengar perbualannya dan Iskandar.
“Hah… mana kau? Dah sampai ke? Aku dah mesej lokasi tapak pengkebumian anak kau kan. Kau tak reti-reti nak datang ke?”
“Aku nak cepat ni… grab tengah tunggu aku.” Langkah tak seberapa cepat, kaki berjalan terhincut-hincut sebelah memakai tongkat akibat kecederaan kemalangan tak mematahkan semangat Iskandar cuba melangkah lebih cepat keluar dari hospital. Di badannya masih menyarung baju pesakit hospital. Dia yang belum dapat discharge, perlu cepat. Apa pun jadi, dia kena pergi juga.
“Eloklah tu kalau kau datang. Kesian Leen dan anak-anak kau ni perlukan kau. Lagi pun, mesti kau nak tengok Violet buat kali terakhir." Sayu suaranya melihat bonet van jenazah telah terbuka. “Cepat sikit datang tu."
“Aku bukan nak pergi sana. Aku nak pergi hospital Adelin. Aku kena jumpa Adelin. Kau tahu tak, Adelin keguguran. Dia keguguran anak aku. Kesian Adelin, dia perlukan aku saat-saat macam ni.”
“What!!! Anak kau ni, Qaseh Violat meninggal dunia tau tak!!! Ini peluang terakhir kau nak sentuh jenazah Violet, nak cium anak kau buat kali terakhir, kau boleh nak kejar perempuan tu lagi! Kau jangan jadi bodoh sangat Is!!!" Marah merampang Adib tak tahan dengan kegilaan Iskandar.
“Qaseh Violet dah meninggal. Apa yang aku boleh buat lagi? Tapi Adelin… dia baru kehilangan anak kami. Emosi dia lebih terganggu!" Melantun marah sama membahang. Dia baru mengisi tempat duduk kereta, mengarahkan pemandu itu bergerak.
“Habis tu Leen isteri kau yang sah ni, dia tak kehilangan anak ke? Qaseh Violet tu anak kandung kau dan Leen yang sah!"
“Tapi Leen ada kau. Kau tolonglah aku. Adelin lebih perlukan aku sekarang ni." Langsung menjunam suaranya memohon pertolongan. Dia juga tak ada tenaga nak bergaduh. Apa pun, dia nak cepat sampai bertemu Adelin. “Tolong cepat ya..." Arahnya pada pemandu grab.
“Kau ni memang bukan manusialah Iskandar. Aku kecewa betul dengan kau. Anak kandung kau meninggal dunia kau boleh abaikan. Kalau macam nilah, cukup-cukuplah kau seksa Leen tu. Baik kau lepaskan dia! Biar dia cari bahagia lain.” Pintanya telah perlahankan suara. Bertegang urat dengan Iskandar buang tenaga saja.
“Pasal tu kau jangan risau. Sampai masanya nanti kau boleh berbahagia dengan Leen tu. Okeylah… aku nak call Adelin ni. Aku dah on the way ke sana.”
Panggilan telah dimatikan Iskandar. Kecewanya dia melihat papan skrin telah hitam.
“Uncle…”
Menoleh ke belakang, “Hazel…” selangkah merapatkan jarak mereka.
“Biarlah papa tu. Hazel tahu dia dah tak sayang kami.” Lemah suara Harraz Hazel mengeluarkan ayat. Telinganya jelas mendengar setiap butir ayat yang disebut Uncle Adib sebentar tadi.
“Hazel… jangan cakap macam tu. Papa Hazelkan tengah sakit. Dia tak boleh datang.” Langsung dia peluk tubuh anak lelaki telah tinggi paras pinggangnya.
“Kesian Violet… harap Violet sempat jumpa papa sebelum dia pergi. Violet rindukan papa sebenarnya. Violet selalu sebut papa sejak akhir-akhir ni. Kesiannya violet… abang minta maaf tak dapat lindungi Violet… abang sayangkan Violet…” Terluah isi hatinya yang dipendam sendiri. Tubuh Uncle Adib yang banyak membantu ibunya dipeluk erat dan melepaskan tangis tersedu-sedan. Tiada siapa lagi yang boleh dengar luahannya selain uncle Adib.
“Sabar Hazel.. semua ni dah ketentuan Allah. Violet meninggal dunia kerana ajal dia dah tiba. Kita sebagai umat Allah, kena terima walaupun sedih. Sabar… kalau Hazel sayangkan Violet, Hazel banyak-banyak berdoa untuk Violet dan sedekahkan Al-Fatihah. Fahamkan…” tubuh Harraz Hazel diusap-usap lembut. “Jom… kita sempurnakan jenazah Violet. Tak baik lengah-lengahkan.”
Pelukan telah terlepas, dia menjinjing tangan Harraz Hazel ke tapak perkuburan. Adib turun ke lubang kubur telah digali, membantu jemaah surau menyempurnakan pengebumian itu.
Sempat lagi Adib berbisik, “Violet rehatlah di sana. Main puas-puas di taman syurga. Di sana tak akan ada sesiapa lagi yang dapat sakiti hati Violet. Uncle di sini akan jaga mama dan adik-beradik Violet. Tenanglah di sana sayang. Assalamualaikum…” menitis juga air matanya disela laju sambal menaburkan tanah di atas jenazah dikhafankan sempurna.
.
.
.
.
.
TERASA kepala diusap-usap, tersedar Adelin dari lena. Pastinya suaminya telah tiba. Dia dibawa ambulance tadi ke hospital ini, lebih selesa ditempatkan di dalam bilik taraf hotel hingga terlelap mata. Sebelum matanya celik, terukir senyuman manis. Dia tahu, suaminya pasti akan datang menjaganya juga.
“Hubby... honey sakit..." Ditarik tangan itu lalu dikucupnya bertalu-talu.
“Iya sayang... hubby tahu sayang sakit. Hubby takkan ke mana-mana lagi. Hubby akan berada di sisi sayang, jaga sayang sampai sayang sembuh."
Itu bukan suara Ian Shah!!! Terbelalak matanya cam tangan yang dipegang. Langsung ditolak kasar tangan itu menjauh darinya.
“You dah gila ke datang sini? Balik... I tak nak tengok muka you! keluar!!!" Naik angin Adelin terpacak duduk menghalau Iskandar.
“Sayang... hubby tahu sayang marahkan hubby. Hubby tahu hubby salah. Hubby cuai hingga kita kehilangan anak kita tu. Hubby minta maaf... Maafkan hubby sayang." Tangan Adelin telah digenggamnya, turut ditarik melekat ke hidungnya sebagai permohonan maaf.
“Eh! lepaslah!!! Siapa hubby? you bukan hubby I! Hubby I Ian Shah. Selama-lamanya Ian Shah husband I. You siapa? Macam mana you boleh masuk sini hah? Sepatutnya husband I saja boleh masuk ke sini!" Meradang Adelin turun naik nafasnya.
“I mengaku depan nurse tadi yang I husband you. I nak jaga you sayang. I tahu you tengah sedih kehilangan anak kita. I nak pujuk you sayang." Kali ini dia telah berdiri ingin memeluk tubuh Adelin. Dia ingin mengusap-usap lembut tubuh lemah, memujuk dan menanggung beban kehilangan bersama-sama. Tapi niat baiknya ditolak kasar.
“Keluar! Keluarlah... keluar!!! you memang gila ada kat sini. Sekejap lagi husband I sampai. Baik you pergi dari sini. I tak nak you! I nak husband I!!!"
Terpekik Adelin melepaskan kemarahannya makin memuncak. Dia tak nak tengok muka Iskandar lagi.
“Sampai hati you. Kita baru kehilangan anak kita. I menyesal. Memang salah I. Salah I tak jaga you dan kandungan anak kita baik-baik. Sepatutnya I bawa perlahan saja malam tu. Bolehlah kita tengok anak kita lahir." Makin sayu hatinya kenangkan anak dalam kandungan Adelin telah tiada.
“Diamlah! I tak nak dengar lagi. tolonglah keluar dari sini. I merayu dengan you, baliklah. I tak nak husband I nampak you. I tak nak kehilangan husband I. Cukuplah apa yang dah jadi sebelum ni. Matinya anak dalam kandungan I, matilah hubungan kita setakat di sini. Tolonglah pergi. Jangan pernah muncul lagi depan I. Kita tak kenal antara satu sama lain."
“Tak.. I tak nak pergi. I sayangkan you. I terlalu cintakan you seorang saja Adelin... I nak hidup bersama you sampai bila-bila. I tak mampu nak jauh dari you lagi. Janganlah halau I macam ni." Rayu Iskandar bersungguh.
“No!!! Kalau betul you cintakan I, keluar dari sini. Buktikan cinta you pada I dengan hilangkan diri you. Bayang you pun tak nak pandang. Bebaskan I berbahagia bersama husband I. Jadi... barulah I akan letak you dalam hati I selamanya. Kalau you terus muncul macam ni, ganggu hidup I, I akan benci you selama."
“Sayang... janganlah macam ni..." Dipeluknya Adelin walaupun tubuh halus itu meronta-ronta minta dilepaskan.
Pintu terbuka. Ian Shah bukan saja dengar tapi melihat drama cinta terlarang sejak dari mula lagi. Dia nampak Iskandar turun dari grab tergesa-gesa ke wad Adelin. Dia diamkan diri di balik pintu terbuka sedikit, bersabar dan terus bersabar dalam tangan telah mengebal buku lima.
“Kurang ajar kau!!!" tumbukan padu melekat ke rahang muka Iskandar.
Terjelupuk Iskandar ke lantai cuba bangun. Sakit mukanya lebih sakit kakinya sukar untuk berdiri. Tetapi leher bajunya telah dicengkam Ian Shah sekali lagi, ditarik hingga kakinya mampu berdiri semula.
“Kau siapa? Apa hubungan kau dengan isteri aku?" soal Ian Shah nak dengar pengakuan dari mulut lelaki itu.
“Aku? Aku dan Adelin, kami..."
“Dia instructor gym honey. Dia bukan siapa-siapa hubby. Dia tak penting pun pada honey. Hubby janganlah salah faham."
“Instructor gym? Bukan muka ni ke yang you katakan Indon betulkan mangkuk jamban dalam bilik hotel you di Krabi tu?" menyoal lebih tegas.
“Memang betul dia ni betulkan tandas bilik honey. Cuma dia bukan Indon. Honey tak nak hubby fikirkan bukan-bukan."
“Fikirkan bukan-bukan yang macam mana? Apa lagi yang you nak tipu hah? Kandungan you tu? Betul ke benih tu datang asalnya dari I?"
“Hubby... sampai hati hubby tanya macam tu? Hubby suami honey. Kalau honey pregnant, benih tu mestilah datangnya dari hubby. Honey pregnantkan anak hubby. Anak kita dah tak ada hubby. Perlu ke hubby ungkit-ungkit lagi?" Teresak-esak Adelin menangis di atas katil hospital.
Tanpa rasa kesian, malah lebih parah Adelin menikam-nikam hatinya dengan penipuan, langsung dicekaknya leher Adelin.
“Baik you cakap benar! Anak I atau anak dia?" desak Ian Shah telah hilang pertimbangan. Dia nak Adelin mengaku!
“Anak hubby... anak hubby! sumpah!!! anak hubby!!!" Gagahkan mulut bersuara dalam nafas makin lama makin tersekat.
Tetap tak nak mengaku Adelin! Cengkamannya lebih hebat diperketatkan di leher Adelin hingga tercungap-cungap.
“Hey!!! kau dah gila ke? Lepaskan dia! Lepaskan dia!!! Kau nak bunuh dia ke?" Mengelupur Iskandar ketakutan Adelin tak bernyawa, ditariknya tubuh Ian Shah hingga terlerai lalu gilirannya pula melayangkan buku lima. Tapi tak cukup kuat untuk rebahkan Ian Shah. Janji leher Adelin berjaya dilepaskan.
"You dah gila ke tumbuk muka husband I?" Dalam tercungap-cungap menarik nafas, tetap memarahi Iskandar.
Iskandar tak kisahkan Adelin, masih membara marahkan Ian Shah berani cekik cinta hatinya. “Baik kau ceraikan Adelin sekarang, kalau kau hanya nak sakiti Adelin saja. Kau tak layak jadi suami Adelin! Depan mata aku pun kau boleh cekik dia!"
“Hey!!!" ditarik belakang baju Iskandar agar berhenti bercakap. “Berani you cakap macam tu pada husband I?"
“Dia nak bunuh you! You nak bela dia ni lagi ke? Kalau dia tak dapat bunuh you hari ni, esok lusa dia akan cuba lagi. Sedarlah Adelin... dia ni bukan suami yang baik! Baik dia lepaskan you saja."
“Cukup!!! jangan sesekali hasut suami I lepaskan I. Kalau dia bunuh I sekali pun, I sanggup mati di tangan dia. Hidup mati I sebagai isteri Ian shah!" Laung Adelin masih mempertahankan statusnya.
“Adelin... Bukan dia ni, tapi I ni yang patut you cintai! Adelin... I cinta you sepenuh hati I..." Mengaku Iskandar tanpa kisahkan Ian Shah lagi masih jadi pemerhati.
Tamparan Adelin hinggap ke pipi Iskandar. “Jaga mulut you! Siapa you yang I nak cintai. Ian husband I. Orang yang I cintai, satu-satunya insan yang I akan cintai sampai I mati, hanya Ian Shah seorang. You faham tak!" Tanpa perdulikan lagi Iskandar, Adelin turun katil memaut tangan suaminya. “Hubby... tolonglah percayakan honey. Cukup untuk kali ni. Honey tak ada apa-apa hubungan dengan lelaki ni. Sumpah... dalam hati honey hanya ada nama Ian Shah yang honey cinta dan selamanya hubby husband honey." Dikucupnya tangan suaminya. “Honey minta maaf kalau hubby rasa honey tipu hubby. Honey tak tipu. Sungguh honey sayang hubby sorang."
“Kalau betullah you tak ada hubungan dengan lelaki ni, kenapa dia ada di sini? kenapa dia mengaku suami you? Dan kenapa dia mengaku anak dalam kandungan you, anak dia?" Soal Ian Shah lebih mendesak.
“Hubby tengok sendiri dia yang tergila-gilakan honey. Bukan honey. Honey dah banyak kali tolak dia! tapi dia ni tetap ganggu honey. Berkali-kali ganggu honey." Jawab Adelin bersungguh pula.
“Dia ganggu you? Dia ganggu you sampaikan baiki jamban bilik you dengan tak berbaju? Adelin... apa lagi yang you nak tipu I hah?"
“Honey tak tipu. Betul hubby, dia masuk bilik honey nak betulkan jamban saja. Dia datang ke Krabi tu pun sebenarnya jadi model honey. That's all... lepas dari tu, dia mula ganggu honey. Dia stalker honey. Asyik cakap cintakan honey. Dia selalu mengaku sebagai husband honey. Mulalah dia buat cerita yang honey dan dia dah bersama hingga honey pregnantkan anak dia. Sedangkan mana ada! Semua tu bayangan dia sendiri! Dia ni yang berhalusinasi. Dia yang menipu kita, hubby. Percayalah honey, hubby..."
Kini dia pandang Iskandar. “Puas hati you dah berjaya porak-perandakan hubungan I dengan husband I. Sekarang you boleh keluar!!! Keluar! I tak nak tengok muka you lagi. Kalau you tunjuk lagi muka you, you buat cerita yang bukan-bukan depan husband I, I tak teragak-agak ambil tindakan ke atas you atas kes sexual harassment. You faham tak? Keluar!!!" Dengan tenaga bersisa, dia menolak-nolak tubuh Iskandar hingga keluar bilik. Sebaik menutup pintu, lemah tubuh Adelin rebah ke lantai, sempat disambut Ian Shah.
Assalamualaikum... terima kasih sudi menunggu... maaf lambat update... jangan marah sya, okey.... Marahkan Adelin dan Iskandar boleh... jangan lupa, marah di komen... bolehlah kita marah berjemaah... hahahaaa luv u...
Share this novel