BAB 12 - PUTUS HARAPAN

Drama Series 37878

TERMANGU Darleen Azra bersandar di dinding rumah. Kehilangan Qaseh Violet buat dia terlalu sedih hingga hilang semangat untuk terus hidup.

Apa yang dia boleh buat lagi? Hidupnya dah gelap gelita. Segala jiwa dan raganya telah rebah, tak mampu terus tabah. Kenyataannya, dia bukan seorang ibu yang baik. Dia tak mampu lindungi anak yang perlukan perlindungan daripadanya. Dia juga telah gagal menjadi isteri yang baik hingga suaminya angkat beg tinggalkan mereka sekeluarga. Sekarang dia hilang punca pendapat untuk beri anak-anaknya makan. Tak ada apa-apa yang tinggal termasuklah kebahagiaan, dia tak mampu berikan lagi. Anak-anak yang masih hidup hanya akan hidup dalam kesengsaraan bersamanya saja.

Kenangkan nasib anak-anak di masa hadapan, mungkin mereka juga senasib seperti arwah Qaseh Violet. Kasihan... dia tak kuat lagi. Mungkin dia perlu cari keluarga angkat untuk anak-anaknya dan serah kepada keluarga yang mampu berikan kehidupan yang lebih baik serta kebahagiaan dalam serba-serbi cukup.

“Mama… Hani nak susu ni..." Ujar Harraz Hazel mengendong bayi di dalam dakapannya. Nampak ibunya tegun memandangnya, dia duduk di sebelah.

“Mama… maafkan hazel tak jaga Violet. Hazel tidur, tak sedar violet keluar rumah ikut papa. Hazel yang salah mama. Hazel dah buat mama sedih. Hazel minta maaf..." Ditarik tangan ibu lalu dikucup lama memohon maaf. Berambu air matanya bukan saja sedih kehilangan adik, lebih terbeban dalam hatinya, dia amat rindukan suara manja violet. Dia tak mahu kehilangan ibu kandungnya pula.

“Mama... Hazel sayangkan mama. Janganlah macam ni. Hazel tak nak kehilangan mama pula. Cakaplah mama..."

Bagaikan tersedar mendengar esakan sayu Harraz Hazel, tubuh anak sulungnya didakap. “Bukan Hazel. Mama yang salah tak mampu lindungi anak-anak mama ni. Semua yang jadi salah mama."

Menangis Darleen dalam sesalan akan pilihan yang telah dipilih selama ini. Tak! Mana boleh dia ada perasan begitu! Anak-anaknya sangat berharga buatnya. Cukuplah di dah kehilangan seorang anak. Dia tak sanggup kehilangan kedua-dua anaknya pula. Bayi yang sedia melalak, bertukar ke dalam kendongan Darleen. Dapat saja susu, langsung terdiam.

Harraz Hazel masih tersedu-sedan, dirangkul sebelah tangan lagi lalu mengucup anak lelakinya itu.

“Mama akan terus kuat untuk anak-anak mama. mama tak nak kehilangan anak-anak mama lagi. Mama takkan serahkan Hazel dan Hani pada sesiapa. Mama tak sanggup. Hazel dan Hani anak mama dunia akhirat." Berpelukan Darleen merangkul tubuh anak-anak dalam keadaan gelap. Cukup sehingga malam ini. Selepas ini apa pun terjadi dia akan mencari jalan mengubah haluan kehidupan mereka sekeluarga.
. .
.
.
. BUNGKUSAN nasi lemak tersusun cantik di atas meja kecil berbumbungkan bonet kereta kelisa. Bayi kecil tidur di seat belakang tak banyak ragam, sedap ditiup angin kipas bateri.

Tiga jam telah berlalu sejak memulakan jualan, masih banyak tak terjual. Begitulah hari-hari Darleen Azra meneruskan kehidupan sebagai penjual nasi lemak sejak seminggu yang lalu. Dengan niat mencari rezeki untuk anak-anak teruskan kelangsungan hidup, dia terus cekalkan hati. Adat resam sebagai peniaga baru, mana mungkin laku keras sekelip mata. Dia hanya perlu terus tabahkan hati agar tak putus asa setiap kali nasi lemak tidak habis dijual.

“Tak apa... sabar Leen. Insya-Allah, ada rezeki anak-anak pasti habis terjual..." pujuk hati sendiri.

Berhenti sebuah motor membeli sebungkus nasi lemak.

“Alhamdulillah...." Diselit duit dua ringgit di antara beberapa keping tersusun cantik di dalam bekas kecil.

Berhenti pula sebuah kereta mewah di bahu jalan. Keluar figura lengkap berpakaian fullsuit datang menghampiri. Teragak-agak Darleen ingin pelawa membeli. Tak mungkin seseorang bertaraf kayangan ingin makan nasi lemak di tepi jalan.

Berdiri tegak lelaki itu di hadapannya, tak berani dipandangnya. “Iya encik... encik nak beli nasi lemak?" Soal juga bila lelaki itu diam tak bertanya.

“Sebungkus berapa ni?"

Suara itu seperti pernah didengarinya. Masih tak terangkat muka. Mana mungkin dia mengenali seseorang bertaraf kayangan.

“RM2.00 sebungkus... jangan risau encik, nasi banyak setiap bungkus." jawab Darleen seraya menarik plastik.

“Em, bolehlah. Sebungkus jer. Saya nak beri pada pemandu saya tu. Nasi banyak tu harap kenyanglah sampai esok."

Terhenti sejenak pergerakannya terasa diperli, plastik berisi sebungkus nasi lemah dihulur juga. Duit RM100 dihulur lelaki itu, jeda dipandangnya. Besarnya duit! Manalah cukup dia nak beri baki. Hasil hari ni pun tak sampai separuh dari wang kertas berwarna ungu itu.

“Encik tak ada duit kecil ke? Saya tak cukup nak beri baki." Ujar Darleen masih rendah pandangannya.

“Oh... duit ni paling kecil yang saya ada."

“Atau Encik boleh guna qr?" Cadang Darleen mengeluarkan smartphone. Zaman moden sekarang ni, tak bawa dompet pun boleh bershopping merata.

“Sorry... phone saya ada di dalam kereta."

Perasan lelaki itu tak bergerak ke kereta berhampiran, “tak apa, encik ambil. Saya berikan aje."

“Kalau macam tu, macam mana nak untung? Awak jual murah sangat. Kata nasi banyak setiap bungkus ni, boleh tampung kos modal beli beras ke? Itu tak termasuk kos ikan bilis, cili kering, telur, timun lagi?"

Terdiam Darleen. Apa masalah pelanggan kayangan ni siap argue tentang kos modalnya pula? Dia nak beri free pun kena banyak soal ke?

Ketika itu berbunyi tangisan sayup Hani Lavend dari dalam kereta.

“Ni nasi lemak encik, tak apa... saya beri aje ni." Pinta Darleen meletakkan bungkusan di atas meja lantas membuka pintu belakang. Bayi yang makin kuat tangisan dikendongnya juga didodoi memujuk agar tidur semula.

“Dah besar Adelin Lavend..."

Suara lelaki tadi menyebut nama hampir menjadi nama anaknya ditoleh tepat ke wajah lelaki kayangan akhirnya.

“Awak..." tercegang Darleen seketika lalu mengerling bungkusan masih di atas meja dan wajah telah berdiri di sebelahnya dengan selamba mengambil anak kecil dari rangkulannya.

“Shhh..." Ditepuk lembut tanpa kekok. Seperti anak sendiri ditatang Ian Shah. Nampak selesa bayi kecil dalam dakapannya sambung tidur terganggu. “Awak tak kesian ke tinggal anak dalam kereta tu. Sudahlah sekarang musim panas. Kalau kena strok haba di dalam kereta tu macam mana? Kipas kecil tu angin pun tak keluar." Sedikit meninggi nadanya panas hati.

Tertunduk kepala Darleen, “saya terpaksa. Ni saja punca saya mencari rezeki untuk anak-anak. Saya dah diberhentikan kerja. Anak-anak saya perlukan duit untuk teruskan kelangsungan hidup."

Wajah sugul Darleen Azra diperhatikan, begitu juga wajah bayi dalam dakapannya. Sayu pula hatinya kenangkan nasib mereka anak beranak. Si bapa sibuk kejarkan isteri orang, anak isteri yang sah dibiarkan membahang di bawah cahaya matahari terik mencari rezeki.

“Awak bungkus semua nasi lemak awak, saya beli." Ujar Ian Shah memberi arahan.

“Eh... janganlah macam tu. Saya tak perlukan simpati awak. Tak apa, kejap-kejap lagi habislah tu."

“Siapa cakap saya simpati pada awak? Saya nak sedekah pada staf-staf saya. Lagi pun dah lama sangat saya tak buat amal jariyah."

Terangkat kening Darleen. Pelik dia seakan telah buat kesalahan besar lalu dimarahi lelaki itu. Ada yang tak puas hati ke? Teragak-agak Darleen nak ke meja semula.

“Cepat sikit boleh! Lagi cepat awak bungkus semua tu, lagi cepat Adelin Lavend ni balik rumah." Diusap-usap lembut ubun-ubun bayi comel.

“Hani Lavend... tu nama anak saya."

Menoleh semula Ian Shah. Tingkah laku Darleen dipandang lama. Pastinya Darleen dah tahu kelakuan sumbang suaminya di belakang.

“Awak tak suka ke nama sebelum ni?"

Menggeleng Darleen. “Bukan tak suka. Suami saya tak benarkan letak nama tu." ringan mulut menjawab.

“Tak benarkan? Why? Special sangat nama tu?"

Terangkat kepala Darleen. Kali ini mata mereka bertaut. “Mana awak tahu nama tu special?" tukas Darleen tanpa sengaja. “Sorry, tak sepatutnya saya tanya. Awak pun bukannya kenal suami saya." Lemah menarik senyum sumbing.

Dua beg plastik telah diikat rapi, baru diangkat Darleen, “letak situ. Nanti saya bawa sendiri." Dikucupnya bayi comel sebelum diberikan semula ke pangkuan ibu kandung. “Ni duitnya..." Duit ungu tadi dimasukkan ke dalam bekas kecil di tepi meja.

“Banyak sangat ni. Semua nasi ni tak sampai seratus."

Ian Shah tidak menjawab, mengangkat tangan ke arah belakang kereta. Datang pemandu seakan faham isyarat tangannya.

“Duit tu advance untuk esok juga. Awak sediakan nasi lemak sama macam hari ni. Saya nak awak hantar ke pejabat saya. Esok Pak Rahmat akan jemput awak. Bawa sekali bungkusan nasi lemak tu dan serahkan sendiri di pejabat saya." Arahan mata diberikan kepada Pak Rahmat. Seperti biasa pemandunya itu faham dan mengangkat dua bungkusan plastik berlalu ke kereta semula.

Tanpa membuang masa, meja ditutup Ian Shah masuk ke dalam bonet.

“Awak jangan... nanti saya kemas." Kalut Darleen menghalang.

“Awak masuklah dalam kereta. Dah la panas ni. Kesian kat Hani." Arah Ian Shah dengan wajah serius lalu menutup bonet kereta.

Tanpa banyak bunyi, Darleen meletakkan anaknya ke dalam car seat semula. Ketika itu juga enjin keretanya menderum dihidupkan lelaki yang banyak membantunya. Aircon turut dihidupkan Ian Shah serta mendekatkan tangan ke ruang angin untuk pastikan aircond berfungsi dengan baik.

“Terima kasih..." ucap Darleen perlahan. Pandangannya jatuh segan kerana banyak susahkan lelaki itu.

“Ingat... hantar nasi lemak esok."

“Awak... tentang esok tu, rasanya saya boleh hantar sendiri. Tak perlu susahkan pak mat ambil saya."

“No... itu keputusan saya." Tegas Ian Shah menarik pintu kereta lebih luas. Itu maksudnya masuk segera. Dia tegak berdiri di sisi jalan sehingga kereta Darleen Azra hilang dari pandangannya.

“Aku akan akan gunakan kau seperti peluru untuk membunuh Iskandar!"
. .
. .
. BABY carrier bersangkut di hadapan badan Darleen Azra tidak menghalangnya menjinjing beg kertas penuh berisi 30 bungkus nasi lemak di kiri dan kanan tangan.

Pak Rahmat baru keluar dari perut kereta ingin mengambil beg kertas dielak Darleen.

“Tak apa Pak Mat... saya bawa sendiri. Pak Mat dah hantar saya ke sini pun alhamdulillah.... dah cukup bersyukur saya ni. Balik nanti saya balik naik bas."

“Jangan macam tu puan. Tuan Ian takkan benarkan puan balik sendiri."

“Tak apa. Nanti saya cakap pada dia. Terima kasih Pak Mat..." Senyuman lebar dihadiahkan buat Pak Mat sebagai penghargaan.

Dia merentasi lobi hotel bertaraf lima bintang ke kaunter reception. “Maaf... boleh saya jumpa..." berfikir-fikir nak menyebut nama apa. “Saya nak jumpa Tuan Ian." Ujar Darleen menyebut seperti Pak Rahmat tadi.

Seorang receptionist bersolek tebal memandang pelik ke wajah Darleen serta bayi silih berganti. “Tuan Ian? You mean Mr. Ian, our CEO?" soalnya was-was. Terangkat keningnya memandang sinis penampilan gerangan tak setaraf bosnya yang handsome itu. Kalau bukan kerana isteri Ian Shah, ramai yang tak menjaga mata dan berani menaruh hati pada big boss pujaan ramai.

Darleen pula teragak-agak mengangguk perlahan. Manalah dia nak tahu jawatan yang disandang lelaki yang telah banyak membantunya itu. Rupanya... seorang CEO. Patutlah penampilan pun gaya-gaya T20.

Dalam ragu-ragu, receptionist membuat panggilan. Setelah bercakap entah dengan siapa, receptionist itu memberi arahan direction kepada Darleen terus ke laluan di belakang bangunan. Di situ pejabat urusan terletaknya tuan bilik dicari.

Seorang perempuan berpakaian mini skirt paras lutut dan blouse menyambut ketibaannya dengan senyuman manis. “Puan Darleen Azra right? Mr. Ian dah lama menunggu tu."

Hanya senyuman halus mengiyakan. Sebaik pintu diketuk perempuan free hair tadi, pintu ditolak seluas-luas untuknya.

"Assalamualaikum..." ucap Darleen Azra perlahan.

Ian Shah dengan wajah serius menjawab salam dalam hati, memerhatikan Darleen Azra teragak-agak melangkah masuk.

“Nasi lemak ni saya nak letak mana ya?" soal Darleen masih perlahan nadanya.

Mulut lelaki diam seribu bahasa bagaikan tak menyambut kedatangannya, lebih kekok Darleen tak tahu nak letak di mana paper bag itu. Merata matanya melilau mencari tempat sesuai.

“Saya letak di sini. Terima kasih... saja jual." Ucap Darleen lagi seraya dia meletakkan paper bag di atas meja sisi bersebelahan kakinya berdiri. Dia sangat menghargai lelaki yang sudi menjadi pembeli pertama buat kali kedua air tangannya. Dulu Pavlova dan kini nasi lemak pula.

“Liz... ambil paper bag tu, tolong agihkan pada staf yang nak." Terkeluar juga arahan daripada mulut tertutup rapat.

“Hah... baik bos." Teragak-agak juga Liz mendapat arahan khas. Paper bag ambilnya. Dari aroma menusuk hidung tahu apa yang ada di dalam paper bag itu. Masalahnya... nak beri pada siapa ni? Sedangkan semua staf dalam hotel ini telah pun kenyang. Mereka semua mendapat makanan free di kantin hotel cukup mula dengan sarapan hingga supper untuk staf shif malam. Dimasak pula oleh chef-chef hotel mana boleh tandingi oleh perempuan entah siapa-siapa ni. Dia mengerling wajah perempuan entah datang dari mana, berbaju lusuh mengendong bayi kecil. Apa pula urusan perempuan sebegini dan bosnya segak bergaya tampannya?

“Saya pergi dulu. Thank you again..."

“Tunggu... ada perkara saya nak cakap." Bantah Ian Shah lalu meminta setiausahanya berlalu keluar. Sebaik menutup pintu rapat, kepilan kertas dikeluarkan dari laci diletakkan di atas meja. “Ni untuk awak..."

“Apa tu?"

“Tengoklah..." pintanya kurang mesra.

Langkah Darleen masih teragak-agak tetap merapat ke meja Ian Shah. Kepilan kertas ditatapnya sedikit demi sedikit merubah wajahnya tercegang.

“Jangan cakap awak..." langsung terkunci bibirnya.

“Iya... tu bil hospital awak bersalin dulu. Saya yang langsaikan bil rawatan dan perubahan awak."

“Oh... maaf. Saya betul-betul tak tahu awak yang bayar. Saya ingatkan abang Adib... bukan, saya ingatkan kawan husband saya yang bayar. Saya betul-betul minta maaf. Saya tak tahu-menahu hal ni. Tapi, saya akan bayar semula duit awak. Sama jumlah bil ni." Sedikit gelabah mengetahui perkara mengejut itu.

“Awak ada duit ke?" Soal serius Ian Shah menarik pandangan mereka berdua bertaut seketika.

“Nak pulangkan baki seratus pun tak boleh. Nak bayar bil cecah 11k tu? Mampu?" Soalnya terjegil biji mata.

Jeda anak mata Darleen tancap di wajah lelaki bersuara sumbang dalam nada perli. Bergenang air matanya dilarikan pandangan. Dia sedar diri, apa yang disebutkan lelaki itu benar. Tapi... perlu ke dia dihina begitu?

“Iya... saya tahu. Saya tak ada duit sekarang. Tapi saya tetap akan bayar."

“24 jam. Itu masa yang awak ada untuk jelaskan." Pintasnya menunggu respons. Tetapi seluruh tubuh Darleen kejur tak berbunyi. “Mungkin 24 tahun pun belum tentu awak dapat bayar." Berseloroh sendiri.

Menekur wajah Darleen. Telinganya dapat menangkap ayat terakhir lelaki itu. Jadi inilah tujuan dia dipanggil ke sini. Bukan kerana membantu, rupanya untuk collect hutang. Tak apalah. Kalau tak, sampai mati dia ingatkan abang Adib yang settle bil hospital.

“Atau awak boleh minta husband awak bayarkan?" sinis dia memberi cadangan. Sebut saja suami Darleen Azra sudah cukup membangkitkan kemarahannya ingin membalas dendam dengan cara yang sama. Biar lelaki itu rasa perit bagaimana isteri dan anak-anak dirampas lelaki lain.

“Saya bayar sendiri. Saya yang bersalin, saya yang menerima rawatan di hospital tu, jadi saya yang akan bayar. Cuma saya betul-betul minta masa lebih panjang. Saya janji, saya bayar." Rayu Darleen harap dapat lebih banyak masa.

“No! Dalam masa 24 jam. Kalau awak tak mampu bayar, esok datang ke sini bayar dengan tenaga awak."

Berkerut kening Darleen. Tenaga? Takkanlah dia kena bayar dgn badan pula?

“Kerja dengan saya selama 11 bulan, saya akan tolak 1k dari gaji awak. Itu pilihan kedua saya berikan."

“Tapi anak saya masih baby. Susah saya nak lepaskan orang lain jaga. Tak boleh ke awak berikan saya masa 11 bulan tu? Saya akan bayar sendiri 1k setiap bulan."

“Dengan duit apa hah? jualan nasi lemak sebungkus dua ringgit nasi lebih yang tak ada orang nak beli tu? Jangan mimpilah..." Lebih sinis senyuman Ian Shah sengaja memperlekehkan hasil jualan Darleen.

“Iya... saya sedar saya tak..."

“Kalau sedar diri tu tak mampu bayar, esok pagi lapor diri di HR." Potong Ian Shah tak membenarkan Darleen mencanang pujuk rayu lagi. Apa pun jadi, Darleen mesti kerja di sini, menjadi pelurunya membunuh lelaki durjana tu!

“Simple... kerja dengan saya selama 11 bulan. Selepas tu awak nak resign saya tak kisah. Dan kalau boleh jangan tunjuk muka depan saya lagi." Desaknya lebih tajam nadanya walaupun mendatar.

“Hubby..." Meluru masuk Adelin ke ruangan kerja suaminya langsung memeluk erat tubuh yang amat dirindunya.

“Sorry Mr. Ian. Saya dah cuba halang." Serba salah Liz memberi alasan di muka pintu. Dia telah diberi arahan tak membenarkan Adelin masuk ke pejabat itu walau apa jua alasan. Dia dah cuba memberi pelbagai alasan, mana mampu nak melawan kegilaan anak perempuan pemilik hotel itu bila naik hantu.

“It's okey..." miming mulut Ian Shah juga memberi isyarat agar membawa Darleen Azra keluar.

Darleen juga terkesiap dengan kemunculan perempuan seksi yang hanya mengenakan dress paras atas lutut menerjah masuk, terkebil-kebil matanya tepat di lilitan tangan erat di tubuh Ian Shah tanpa malu.

“Jom kita keluar..."

Mengangguk Darleen. Ketika kaki melepasi pintu kepala masih teleng ke arah wajah lelaki tiada sepalit senyuman di matanya. Tapi... muka perempuan tiba-tiba muncul sepintas lalu sempat dipandangnya sepertinya pernah dilihat?

Pintu ditutup rapat oleh Liz, keluhan berat terlepas di mulut Ian Shah. Kecewanya tak sempat dengar kata putus daripada Darleen lagi.

“Hubby... honey rindukan hubby. Sampai hati hubby abaikan honey. Honey sakit sendirian tak berteman di wad tu. Berhari-hati honey tunggu hubby datang, hubby langsung tak muncul. Kenapa hubby buat honey macam ni? Hubby tak sayang honey dah ke?"

Diam tak berbunyi mulut Ian Shah. Apakan lagi nak jawab segala soalan Adelin yang nak pandang pun dia tak nak. Pandangannya tegun cahaya di tingkap saja.

“Hubby! Pandanglah honey." Ditolaknya wajah suaminya agar tancap ke matanya. Tetapi tak berjaya. Malah kepala suaminya keras ke satu arah. “Sampai hati hubby tak nak jaga honey time sakit. Biarkan nurse yang jaga. Honey tak nak nurse tu! Honey nak hubby! Honey nak suami honey..." Menangis sayu Adelin di dada suaminya tak dipujuk. Malah pelukannya juga tak berbalas.

Iya... setelah kejadian di wad itu, keesokkan harinya dia telah upah jururawat peribadi untuk menjaga Adelin. Untuk dia kembali ke wad itu, tak mungkin! Kepala serabut perlu memikirkan keputusan terbaik untuk dia membalas dendam atau bebaskan saja Adelin bersama lelaki yang tergila-gilakan sangat isterinya. Tapi... dia juga ada maruah yang telah dipijak-pijak mereka berdua dan ada gilanya yang masih dibendung. Mana mungkin dia dapat maafkan semudah lepaskan isterinya dengan talak satu. Tak!Talak tiga juga tak dapat membalas segala kelakuan sumbang yang telah dilakukan mereka berdua!!! Sebelum talaknya jatuh, dia nak tengok kedua-dua mereka hancur dalam dosa yang mereka lakukan.

“Hubby.... Hubby tak percayakan honey lagi ke? Sumpah honey tak ada apa-apa hubungan dengan lelaki tu. Kawan pun bukan. Dia tu hanya instructor gym honey. Okey... honey janji honey takkan jejak kaki di gym tu lagi. Honey akan buktikan, honey hanya cintakan hubby seorang. Honey tak nak sesiapa melainkan hubby selayak-layaknya suami honey. Please... believe me hubby..."

Langsung ditolak tubuh Adelin menjauh daripada tubuhnya. Masih berani lagi memutar-belitkan fakta yang ada.

“Hubby... janganlah macam. Honey nak hubby yang dulu... honey nak suami honey..." Berambu Adelin menangis sayu dalam memujuk rayu. Dia turut cuba memeluk tubuh suaminya tak berjaya. Ian Shah bukan saja mengelak malah menepis tangannya.

“Hubby..."

“You baliklah... I perlu fikirkan penentu terbaik hubungan kita." Lemah dia memberi keputusan dalam membelakangkan Adelin.

“Penentu? Penentu apa? Hubby dah janji sampai bila-bila I wife you!"

“Janji?" ketawa sinis dalam statik tubuhnya tunjuk belakang. “Itu dulu. Macam you juga. Beria mengaku cintakan I, nak I sebagai hubby you. Apa? I selayak-layaknya jadi suami you, itu mungkin dulu. Manusiakan... macam tulah, mudah berubah. Mungkin dah tiba masanya I pula mengubah keputusan I, hala tuju hidup I sama ada terus bersama you atau lepaskan..."

"Stop it!!!" laung Adelin sekuat hati. Dadanya telah berombak kencang kerana berang bercampur takut. Dia tak sanggup suaminya lafazkan apa-apa yang dapat memutuskan hubungan mereka sekelip mata. “No! I takkan izinkan you ubah keputusan you! Janji tetap janji. Hanya you suami untuk I dan hanya I isteri untuk you!" tegas Adelin telah menggigil seluruh badannya.

“We will see..." lemah Ian Shah membalas.

“Fine... we will see. I akan pastikan you tetap di pangkuan selamanya seperti janji you. Kalau tak, I akan pastikan hidup you takkan pernah rasa bahagia lagi selepas kehilangan I! Try me, Ian shah?"

Sebelum mengayun kaki lebih jauh, tegun dia di muka pintu. “I berikan masa pada you untuk clearkan segala rasa sangsi you tu. Lepas ni, balik ke pangkuan I jadi seperti hubby I yang dulu. Seorang yang caring, penyayang dan pandang mata I seperti I saja perempuan yang dapat bahagiakan you."

Pintu tertutup dipandang Ian Shah diiringi keluhan kesal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience