“HONEY... siapa lelaki ni?" Ian Shah menyoal buat kali ke dua serta menujah jari telunjuk ke susuk tubuh tegun di muka pintu kamar mandi dalam bilik isterinya.
“Dia... em... maintenance. Toilat bowl tandas honey tu rosak. Honey panggil maintenance. Honey buka pintu tadi pun ingatkan maintenance... rupanya habby." Acah-acah ketawa halus menutup gementar ketakutan. Tak berbaloi dia nak kantoi disebabkan lelaki seperti Iskandar.
“So... dia ni maintenance? Tak nampak macam pekerja sini pun. Muka pun bukan orang sinikan?" Lebih curiga dalam soalannya memandang Adelin dan lelaki yang telah disimpan baik-baik imej itu silih berganti.
“Dia ni... bantu maintenance. Ha... dia bukan maintenance. Honey tunggu maintenance tak datang-datang. Lambat sangat maintenance nak datang. So dia ni tolong honey betulkan toilat bowl." Dipandangnya Iskandar tak bergerak dari depan pintu kamar mandi, “so mas, toilat bowl tu dah okey?"
“Iya... iya... udah boleh digunai seperti biasa. I pun tumpang buang air kecil tadi." Tiba-tiba bertukar lenggok bahasa negara seberang.
Ian Shah perasan mata itu memerhatikan isterinya, pantas dia mencapai baju di atas katil, lalu ditutupnya tubuh isteri yang hanya bersarung bikini.
“Hubby, dia ni pelancong dari Indonesia. Tadi time dia lalu depan bilik honey minta tolong. Air dalam toilet bowl tu melimpah ke luar. Hubby pun tahu honey geli dengan benda-benda kotor tu." Tambahnya buat jalan cerita lebih sedap dan relevan. Sekali lagi dia mengerling Iskandar, berkerut dahinya. Ishhh... tak reti-reti bergerak keluar lagi ke? “Jadi mas... makasih ya. Pintunya di sini." Cara halus Adelin menghalau Iskandar keluar.
Ketika lelaki tak tahu tujuan asal membantu isterinya melintasi ke arah pintu, Ian Shah tak lepas pandang dengan muka kelat. “Wait a second."
Cemas Adelin, merenit juga peluh di dahinya melihat gerak-geri suaminya. Jangan bagi penumbuk sudah!
Dompet telah dikeluarkan, menghulur duit berangka seribu bath sebanyak lima keping. “Thank you for helping my wife..."
Iskandar tak tahu nak ambil atau tak, nampak wajah Adelin mengangguk halus. “It's okey. I just really want to help." Berlalu Iskandar keluar dari bilik.
Tetapi Ian Shah tak lepaskan begitu saja, menyambar pergelangan tangan lelaki yang dikatakan dari Indonesia itu. Diselit juga duit pemberian tadi. “Just take up and thanks again."
Pintu ditutup rapat oleh Ian Shah.
“Hubby... macam tahu-tahu honey rindukan hubby." Teruja Adelin sambut kemunculan tiba-tiba suaminya,
melompat memeluk tubuh sasa suaminya.
Sebaik bibirnya dilepaskan Adelin, “Kenapa honey tak tutup badan depan lelaki tadi? Macam mana kalau dia tengok badan mengiurkan honey tu, dia tangkap dia buat perkara bukan-bukan tadi?" Soalan disekat di celah kerongkong, disoal juga. Ada sedikit tak puas hati dan lebih banyaknya kepada risau. Tapi disebabkan bibirnya menjadi tangkapan Adelin tadi, ditahan dulu soalan itu.
“Tak adalah... niat dia nak betulkan toilat bowl aje. Dah la hubby. Tak nak sebut pasal entah siapa-siapa tu. Lebih baik kita lepaskan rindu..." Ditarik suaminya ke arah katil. Godaannya saja mampu buat bibir itu lupakan perkara yang berlaku tadi.
.
.
.
.
.
Duit berada di tangan Iskandar digenggam kejap. Dari jauh pandangan tajam ke arah pintu bilik Adelin. Ketika dia berlalu keluar tadi, sempat dia nampak tangan Adelin telah melilit kemas di leher lelaki yang baru tiba. Dan semasa pintu itu ditutup lelaki itu, dalam cahaya hening bilik jelas kelihatan di retina cerahnya Adelin merapatkan wajah ke muka lelaki itu sebelum pintu tertutup rapat.
Pastinya dia tahu apa yang sedang dibuat Adelin kini. Bayangan Adelin menggoda lelaki itu buat dia lebih membahang. Ikutkan hati menyirap darah ni, mahu saja dia tendang pintu bilik itu dan membawa Adelin lari daripada lelaki itu.
'Siapa kau! Kau hanya lelaki yang mencintai Adelin. Tetapi bukan lelaki yang memiliki Adelin. Lelaki tadi yang memiliki Adelin sepenuhnya...' kenyataan itu buat Iskandar lebih tak dapat duduk diam. Apa pun dia buat kini serba tak kena. Jiwanya memberontak mahukan Adelin berada di sisinya sepenuhnya!
Teramat begang, duit di tangan dibalingnya ke udara. Terbang duit ikut arah angin. “Ingat aku tak ada duit ke? Aku pun boleh bahagiakan Adelin dengan duit aku sendiri. Kau tunggu! Aku akan rampas cinta aku semula. Adelin hak aku! Hanya aku satu-satunya lelaki untuk Adelin!" Bersemangat dia tak akan mudah menyerah kalah, berlalu menjauh dari bilik itu.
.
.
.
.
.
Dress putih jarang tersarung di badan Adelin yang menapak di tepi pantai meninggalkan kesan jejak di belakang. Tangan Ian Shah masih tak dilepaskannya sejak keluar bilik tadi, begitu juga bibirnya bergayut senyum bahagia tak lekang.
Kakinya bermain ombak, terjengket-jengket dalam mulut bersenandung rentak slow dance. Setiap geraknya menari-nari perlahan mengajak serta menggoda suaminya turut serta dalam rentaknya.
And of course Ian Shah tak mungkin abaikan kemahuan Adelin, mengikut dalam rentak langkah Adelin. Berpusing beberapa kali pusingan Adelin di bawah lengannya, langsung ditangkap pinggang kecil isterinya melekat ke tubuh.
Anak mata mereka saling berpandangan. Masing-masing tak puas melepaskan rindu di atas katil tadi, masih bersisa rindu mendalam di celah hati.
“Hubby..." Kepala melentok di dada tegap milik Ian Shah cukup selera. Tangan telah melilit di pinggang suami, diperketatkan lagi. “Honey cintakan hubby tau. Sampai bila-bila pun hanya hubby lelaki yang honey cinta." Luah Adelin seikhlas hati. Bab lisankan cinta pada suami semuanya benar belaka. Iya... dia sedar dia bukan isteri sempurna. Tetapi cintanya tumbuh pada Ian Shah tulen dan tak mungkin mati.
“Hubby tahu honey." Diusapnya lembut kepala isterinya. “Hubby pun cintakan honey sepenuh hati hubby. Honey pengarang jantung hubby. Kalau tak ada honey, macam mana jantung habby nak berdegup. Matilah hubby."
Melantun kepala terangkat. “Jangan cakap pasal mati! Honey tak nak hubby tinggalkan honey. Honey sayangkan hubby. Honey tak sanggup kehilangan Hubby." Langsung berkaca matanya bila bayangkan Ian Shah takkan hadir lagi di hadapannya untuk selamanya. Tak... dia tak sanggup!
“Okey, sorry... sorry... mulut hubby ni nak kena tepuk. Berani buat honey bee takut." Ditepuknya manja bibirnya beberapa kali ditahan Adelin.
“Jangan la pukul bibir hubby tu!" Cup! Melekat sesaat bibirnya ke mulut ditepuk tadi. “Bibir hubby boleh ditepuk dengan bibir honey aje tau. Kalau nak hukum, silalah guna bibir honey, okey."
Meleret lebar senyuman ditarik Ian Shah. Mujurlah dia ikut saranan Dayyan Azad untuk terbang ke sini. Masa yang ada di sini, sangat manis buatnya bersama Adelin yang terlebih manja seperti selalu.
Pinggangnya masih tak dilepas Adelin, berpelukan mereka berjalan di persisiran pantai di bawah langit hening kegelapan.
“Hubby..."
“Hurmmm..." sahut Ian Shah sambil mengusap-usap lengan tak berbaju.
“Hubby pernah tak rasa menyesal jumpa honey?"
Ketika itu angin malam bertiup kuat, menyucuk sejuk di kulit tangan Ian Shah. Tak terus jawab, dia menanggalkan kot kasual lalu melabuhkan di bahu isterinya agar tubuh kesayangannya kurang dicucuk kesejukan. Biarlah dia yang dicucuk-cucuk angin sejuk pun tak apa.
Dirangkulnya semula Adelin melekat ke tubuhnya. Wajah manja itu ditatap walaupun kaki sesekali terkena air ombak tetap melangkah terus ke hadapan.
“Yes... Hubby menyesal kalau hubby tak selamatkan honey dulu. Nasiblah hubby ikut gerak hati, bawa lari honey daripada stalker honey tu. Akhirnya honey pula melekat dengan hubby. Kalau tak, rugilah hubby tak dapat isteri cantik..." telinganya dirapatkan pula. "Mantap pula tu." Meleret senyumannya serta mengenyit mata menggoda.
“Hubby!" Ditepuk manja dada tegap suaminya dan tayang muka malu-malu kucing. Sedangkan dia amat sukakan pujian nakal begitu. Timbul rasa geram sayang pada suaminya, digigitnya bahagian dada Ian Shah.
“Auchhh... kot honey sayang sangat dengan hubby, janganlah seksa hubby macam ni."
Ketawa mereka berdua, dengan sengaja Adelin larikan diri daripada suaminya. Pasti suaminya akan mengejar. Dia suka babak kejar-mengejar.
Mana boleh lepaskan, Ian Shah mengejar laju dan menangkap sekali lagi pinggang ramping lalu melayang kaki halus ke udara beberapa saat. Sebaik jejak ke tanah semula, pipi Adelin kesejukan dikucupnya bertalu-talu. Merah kembali pipi gebu itu. Barulah lebih cantik.
“Jangan lari dari hubby. Bila hubby dapat tangkap, hubby tak lepas dah. Because i'm falling in love with you... and I really love you so much, honey bee..." Wajah cantik milik isterinya dipandang penuh kasih dan tak pernah jemu. Kerana wajah cantik ini dalam ketakutan pada sepuluh tahun yang lalu, termaterilah hubungan lanjutan mereka berdua hidup bersama.
Seminggu dia pulang ke Malaysia selepas bertahun-tahun belajar di luar negara, niat hati mencari kerja. Buat sementara waktu, dia mengikut kehendak Dayyan Azad yang memintanya bekerja sebagai pemandu sambilan. Untuk Dayyan Azad seorang kawan rapat merangkap abang dan terlalu banyak membantunya sepanjang mereka belajar di luar negara, setakat menjadi pemandu pada Dayyan Azad sikit pun dia tak kisah. Laju dia terima selagi tak dapat kerja tetap.
Selepas menghantar Dayyan Azad ke pejabat, tiba-tiba seorang perempuan menerjah masuk ke kereta. Lengannya juga tak semena-mena dipegang perempuan yang telah bergenang air mata ketakutan. Tangan perempuan itu menggigil halus juga boleh dirasakan.
“Bang... tolong bang. Ada lelaki kejar saya. Lelaki tu stalker saya setiap hari. Hari ni dia kejar saya, dia nak tangkap saya."
Ian Shah membuang pandangan ke luar tingkap sebelah penumpang nampak dengan jelas seorang lelaki memandang ke kiri dan kanan seakan mencari seseorang. Mujurlah cermin kereta Mercedes itu gelap dan kekunci kereta telah dilepaskan.
Lelaki itu mara ke arah kereta, lebih kalut perempuan muda tak diketahui nama mengelupur ketakutan, “gerak bang... gerak sekarang!" Jeritnya lebih kuat memegang tangannya ketika itu.
Tanpa berlengah dia menekan minyak terus membawa ke balai polis untuk membuat laporan. Sepanjang hari dia menemani perempuan yang telah diketahui nama. Adelin... baginya nama itu cukup indah dan setiap kali berpandangan mata, jantungnya berdegup laju. Sebelum parah, dia cepat-cepat alihkan pandangannya.
Apabila daddy Adelin datang menjemput di balai polis, dia dapat meneka dari penampilan lelaki itu, Adelin bukan perempuan biasa-biasa.
Kerana Adelin, dia kini memegang jawatan tertinggi di dalam syarikat milik daddy Adelin. Seperti kedatangan Adelin dalam hidupnya bagaikan rezeki terpijak.
“Hubby..." Disentuh tangan suami diam setibanya mereka di restaurant resort ini. “Hubby ingatkan siapa tu? Termenung jauh sangat. Sedangkan honey ada depan mata hubby ni." Muncung bibirnya sedikit tak puas hati.
“Hubby teringatkan pada Adelin yang buat hubby berdebar jatuh cinta pandang pertama."
“Oh... Adelin tu Adelin yang sama depan hubbykan. Buat apa teringat sedangkan boleh peluk-peluk. Nak cium pun boleh."
Tidak dikucup bibir telah muncung ke arahnya, sebaliknya kucupan hangat melekat ke tangan Adelin cukup mesra dan ketika itu juga makan malam terhidang.
Seperti biasa Ian Shah pasti melayan isterinya makan. Adelin amat manja dan suka makan suap-menyuap, dilayankan seperti selalu. Menu berbeza terhidang di atas dua pinggang juga telah dikongsi sama-sama rasa.
“Hubby... honey ke wash room kejap."
“Jom hubby temankan."
Tidak sempat berjawab, smartphone Ian Shah berbunyi. Tertera 'daddy' di skrin telefon. Bapa mentua dah call.
“Hubby jawab dulu. Honey ke wash room."
Tak lama di dalam tandas, keluar dia membasuh tangan. Sebaik pintu ditariknya, pergelangan tangannya dicengkam kuat membawa kaki tak dapat dikawal mengikut langkah luas ke belakang restaurant.
“Hey... lepaslah. Sakit tahu tak!!!" Cuba rentap melepaskan pegangan tak berjaya. “Lepaslah!!! You ni apa hal? Nak bawa I ke mana?"
“Malam ni you sepatutnya candle light dinner dengan I kan?"
“You gila ke? lepaslah!!!" Sekuat hati kakinya melawan arus ke belakang dan dengan daya badannya merentap sekuat hati. Terlepas juga. Kakinya kalut menyusun atur ke haluan asalnya. Buat apa lagi nak layan orang gila seperti Iskandar.
Disambarnya lagi lengan halus agar berhenti. “I takkan biarkan you bersama lelaki tu! You kena bersama I. Dia dah curi masa kita berdua. You sepatutnya bersama I malam ni!" Tegas Iskandar tak sudah. Baginya dia sedang mempertahankan cintanya.
“Stop it, boleh tak! You ni dah hilang akal ke apa? Dah tak boleh bezakan yang mana khayal, yang mana kenyataan? You jangan lupa, lelaki tu suami I. You bukan siapa-siapa pada I. So sedar diri you tu. Bukan suami I, tapi you yang dah curi I dari suami I."
“I yang curi? You tu yang dah buat I bahagia dengan you, sekarang you nak buat lelaki tu pula bahagia. I takkan biarkan. I sorang saja berhak ke atas bahagia you tu."
Hishhh! Malas nak layan lelaki tak sedar diri ni. Lebih baik dia cepat pulang ke pangkuan Ian Shah. Lambat sikit saja, confirm Ian Shah akan mencarinya di seluruh resort ni. Mana boleh dia biarkan suaminya bersusah habis tenaga semata mencarinya.
“No... I tak nak you balik pada lelaki tu. Adelin... tolonglah stay dengan I." Dipeluk pinggang Adelin dari belakang, melekat ke tubuhnya. “Please... I terlalu cintakan you. Jangan pergi. I tak sanggup tengok lelaki tu pegang-pegang you. I cemburu. I tak boleh nak tahan. You milik I. Badan you hanya untuk I." Merayu Iskandar. Terseksa batinnya mengintip dan menonton babak romantis cinta hatinya berkepit dengan lelaki bagaikan tak boleh berpisah.
“Lepaslah!!! Sejak bila I jadi milik you. Seingat I, I dah kahwin dengan lelaki dalam restaurant tu. Badan I, cinta I hanya untuk suami I yang sah, Ian Shah. Bukan you. I layan you selama hampir dua hari ni bukan sebab I cintakan you. Secebis cinta pun tak ada. You yang perangkap I dalam bilik hotel tu. Bukan I yang gilakan you sampaikan otak I gila nak tinggalkan suami I semata nak bersama you. Sorry... you tak setanding suami I. So sedar diri tu dan jangan ganggu I lagi, faham!!!"
“No... no... Adelin... jangan buat I macam ni. I tak boleh hidup tanpa you. I dah berikan semua cinta I pada you. I sanggup buang hidup I untuk buktikan cinta I hanya untuk you. I tak kira, I takkan lepaskan you lagi. Kalau paksa saja jalan penyelesaian I dapat bersama you, I sanggup paksa you stay dengan I and I akan paksa suami you ceraikan you!"
“Itulah bezanya you dengan suami I. Suami I tak pernah paksa I apa-apa termasuklah hal atas katil. Dia tu amat menghormati dalam setiap keputusan I tapi you? You suka paksa-paksa I. You tak hormatkan I. Macam tulah you paksa I untuk tidur dengan you! I benci orang macam you ni tahu tak! I benci orang suka paksa-paksa I! I benci you!"
Berlalu Adelin ke arah restaurant semula meninggalkan Iskandar dalam gelap.
Iskandar pedih hati bukan saja dapat perkataan 'benci' lebih menghiris hatinya bila Adelin memberi bukti benci pada riak wajah di lemparkan di hadapannya sebentar tadi. Apa dia boleh buat lagi kalau Adelin sudah bencikan dirinya. Mungkin tiba masanya dia lepaskan Adelin, kuburkan cintanya di sini.
.
.
.
.
.
.
Keluar dari kamar mandi, Adelin hanya bersarung robe. Dalam niat dia menyapu serum ke muka terlebih dahulu, sempat dia perasan Ian Shah telah ready di atas katil memandang dengan pandangan sesuatu.
Tak mungkin Ian Shah nampak adegan tarik-menarik peluk-memeluk di belakang restaurant resort tadi? Ligat saraf otak berhubung mencari alasan bakal diberikan.
Seingatnya juga ketika dia datang semula ke meja makan tadi, Ian Shah baru tamatkan panggilan daddy. So confirm Ian Shah tak nampak gelagatnya bersama Iskandar. Tapi kenapa suaminya pandang begitu?
“Hubby... tahulah honey pakai robe pun nampak seksi. Pandang tak berkelip tu." Tegurnya mencari punca pandangan itu.
Ketawa halus Ian Shah telah turun dari katil. Dia memeluk isterinya masih duduk di hadapan cermin lalu melabuhkan kucupan di atas kepala.
“Honey..." Tangan Adelin digenggamnya lalu kepala lutut singgah ke lantai. Pandangannya terdongak tepat ke wajah cantik walaupun tanpa make up. “Apa kita kita cuba sekali lagi."
“Cuba? maksud hubby?" Terangkat kening, tangannya bertongkat di bahu Ian Shah. “Ooo... hubby nak cuba posisi baru ke? I'm ready..."
Sekali lagi cetus ketawa halus, “boleh juga tu. Asalkan honey setuju. Apa kata kita cuba dapatkan baby kita."
“Baby? maksud hubby, anak ke?"
Mengangguk perlahan agar nampak dia tak beria sedangkan dia berharap sangat Adelin akan setuju dengan cadangannya kali ini.
Keluhan berat terlepas. “Hubby pun tahukan... honey tak bersedia lagi. Lagi pun, apa salahnya kita hidup berdua. Hubby dah bosan hidup berdua dengan honey?"
“Bukan macam tu. Bosan takkan pernah ada dalam hidup hubby bila bersama honey. Cuma hubby teringin nak tengok, nak kendong, nak layan teletah baby versi muka cantik macam honey plus kacak macam hubby."
“Kalau honey cakap honey tak bersedia sampai bila-bila macam mana?"
“Maybe honey kena benarkan hubby kahwin lagi satu..."
“Hubby!!! Sampai hati hubby cakap macam tu? Dah ada niat dalam hati ke?" Langsung suram wajahnya.
“Honey tahu hubby macam manakan? Honey rasa hubby akan buat perkara macam tu?" Tukas Ian Shah.
Tetapi tak dibalas mahupun dijawab Adelin, langsung memeluk tubuh Ian Shah. “No! Honey percaya pada hubby. Hubby takkan menduakan honeykan? Honey tak boleh terima kalau hubby menduakan honey. Honey tak boleh share cinta hubby dengan mana-mana perempuan. Dan mana-mana perempuan pun tak boleh rasai cinta hubby. Honey takkan benarkan! Segala cinta dan kasih sayang hubby hanya untuk honey sorang selama hubby hidup. Janjilah hubby. Jangan pernah terlintas pun nak menduakan honey. Promise me... Promise la hubby?" Mengalir air mata Adelin tumpah ke pipi juga kedengaran teresak-esak makin keras.
“Honey... sorry... hubby tak bermaksud nak buat honey menangis." Dikesatnya air mata tumpah di pipi telah kemerahan. “Hubby sorry okey... sumpah, terlintas pun tak pernah honey. Hubby hanya cakap-cakap saja." Ayatnya tadi hanya untuk pancing Adelin terima cadangannya dan bersetuju untuk berusaha dapatkan baby mereka. Rupanya dia dah menyentuh sensitiviti isterinya.
Ian Shah mencempung tubuh isterinya ke katil. Dalam dia merawat tangis isterinya, dia memujuk diri sendiri agar terima cadangannya kali ini untuk mendapat anak masih gagal. Anggap saja rezeki belum sampai. Tapi mood dia honeymoon masih ada dan lebih teruja.
Adelin terbuai dalam setiap sentuhan suaminya, sedikit lega Ian Shah tetap terima dan menghormati keputusannya tak bersedia mendapatkan anak.
Sedar suaminya telah lena dalam keletihan, matanya masih terbuka menitis-nitis air mata tumpah ke atas katil. Matanya tak dapat lelap kerana kepalanya mengingatkannya peristiwa lampau.
Iya... dia mengaku salah satu sebab dia tak mahu anak kerana dia tak mahu badannya rosak dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Bukan saja dia terlalu sayangkan badannya yang mampu mengiurkan mana-mana lelaki tergila-gilakannya, lebih dia takut jika tak ada lagi yang sudi memuja kecantikan badannya.
Dia dah tengok ramai perempuan yang berikan anak kepada suami tetapi apa yang mereka dapat? Hari demi hari rasa cinta makin pudar dan lebih teruk tak ada rasa cinta tetapi teruskan perkahwinan demi anak-anak. Dia kagum pada perempuan-perempuan begitu yang kuat menelan perit hidup semata untuk kebahagiaannya anak. Kalaulah mummynya begitu...
Makin laju air matanya hampir mengeluarkan esakan, digigit bibir sendiri agar terus diam tak menjagakan suami dari tidur.
Baginya pula sekiranya pasangan suami isteri memilih membawa haluan sendiri, apa pula jadi pada anak? Seperti dia yang telah dibesarkan tanpa mummy yang telah bercerai dengan daddy kerana mummy pergi mengikut lelaki lain yang lebih dicintai. Dan dia telah diserahkan hak penjagaan sepenuhnya kepada daddy mungkin kerana dirinya dirasakan beban pada mummy yang tak pernah dia rasakan kasih sayang.
Kerana dendam terhadap mummy terlalu mendalam, dia tak nak anak dan tak mampu nak menjalankan tanggungjawab sebagai ibu. Dia amat takut anaknya akan diabaikan seperti mana mummy telah abaikan dirinya dengan mudah.
Perit dan pilu yang dirasai sepanjang hidup tanpa kasih sayang seorang ibu dan matanya nampak dengan jelas daddy berusaha mengisi tempat kekosongan sebagai mummy juga. Kerana itu, apa saja dipinta, daddy pasti turutkan asalkan dia tak rasa kekurangan kasih sayang ibu. Tapi tempat kosong itu tetap tak mampu diisi sehinggalah dia berjumpa Ian Shah. Hari-harinya dan hatinya disembuhi dengan cinta dan kasih sayang Ian Shah.
Cuma... sikap ingin dikagumi dan dipuja lelaki di luar sana amat susah untuk dia buang. Lagi nak dibuang lagi keinginannya mencanak tinggi. Mungkin juga sifat ini menurun daripada mummy! Itu yang buat dia lebih bencikan mummy!
Ian Shah dalam sedap dibuai mimpi terasa tempat tidurnya bagaikan terbuai halus. Sedar dia dari tidur, bergeger halus tubuh di sebelahnya.
“Honey... kenapa ni?"
Teguran Ian Shah membangkitkan tangisan serta esakannya lebih kuat mendorong tubuhnya bergoncang hebat mengikut rentak tersedu-sedan.
“Allahuakhbar... honey." Tubuhnya terangkat sikit, menarik badan halus ke dalam pelukannya. “Hubby minta maaf. Hubby bangkitkan luka lama honey. Silap hubby. Maafkan hubby." Diusap-usapnya belakang tubuh isterinya.
Dengar alunan esakan menyentak dada berombak kencang, tiada tanda suruh. Malam ini Ian Shah akan berjaga hingga ke pagi. Selagi Adelin tak tidur, selagi tu dia akan berjaga. Dah terlalu lama hal begini tak terjadi, dia hampir lupa akan trauma yang dihadapi isterinya. Memang salahnya membangkitkan hal anak.
Share this novel